Tuesday, 15 December 2009

Motivasi: Benarkah Cara Kita?

Saya hanyalah hamba-Nya yang biasa, ingin mengutarakan pendapat sendiri. Sudah menjadi trend bagi para remaja di zaman modenisasi ini mewarnakan rambut masing-masing. Yang paling parah sekali, kebanyakan para remaja yang dimaksudkan tersebut beragama Islam.

Apakah tidak ada kesedaran sedikit pun di hati masing-masing bahawa semua yang dikatakan trend ini sebenarnya adalah salah satu perkara yang dimur
kai oleh Allah SWT kerana perkara ini dianggap mengubah ciptaan-Nya? Kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan warna rambut yang semula jadi. Seandainya kita mewarnakan rambut, amalan solat kita tidak akan sah tetapi itu semua terletak di tangan Tuhan. Memang rambut merupakan perhiasan dan dianggap mahkota wanita. Tetapi adalah lebih manis seandainya seorang kaum Hawa itu mengenakan jilbab. Cermin diri anda sendiri dengannya. Manis bukan?





Islam bererti taat, patuh dan pasrah. Jadi apabila kita mengaku beragama Islam maka kita harus taat, patuh dan pasrah terhadap aturan-aturan yang ditentukan oleh Allah SWT. Aturan-aturan tersebut tidak lain tidak bukan terdapat dalam al-Quran dan As-Sunnah. Keduanya -duanya adalah sumber dari segala sumber hukum. Keduanya adalah pedoman hidup yang pasti dapat menyelamatkan manusia dari segala macam penyakit "jasmani dan rohani". Hanya Islam yang mampu mengatasi pelbagai penyakit sosial yang melanda masyarakat dewasa ini. Al-Quranlah ubat mujarab yang akan menyelesaikan berbagai penyakit. Allah SWT berfirman:

"Dan Kami turunkan al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Al-Israa': 82)

Al-Quran ertinya bacaan yang harus dibaca setiap saat. Jangan sampai al-Quran hanya dijadikan hiasan rumah dan dibuka ketika ada orang meninggal dunia. Inilah bentuk kekeliruan yang sebenarnya sangat fatal. Kekuatan al-Quran sebagai wahyu Tuhan akan hilang sekiranya keliru memahami maknanya.

Pesan saya, jadilah diri anda sendiri asalkan itu yang terbaik. Tak perlu jadi diri orang lain. Anda sebenarnya unik, cuma, mungkin anda sendiri yang tidak menyedarinya.