Saturday 2 July 2011

Aina Zalia Part 12

“Cinta selalu hadir walaupun tidak diundang. Kita tidak akan mampu menolaknya kerana itu anugerah Allah.”

Itulah ayat terakhir Daniel di talian tadi apabila Zakwan menanyakannya tentang cinta. Lelaki itu mengucap panjang sebaik meletakkan punggungnya di sofa empuk. Entah kenapa, seribu perasaan sedang bercampur-baur di dalam hatinya. Serba tak kena semuanya. Rasa menyesal pun ada. Bukan main mesra lagi Zalia dengan pengawal upahan muda yang baru bekerja di tempat kediamannya itu.

Argh. Benci! Benci! Apa hubungan Zalia dengan dia? Aku… jelous ke? Mengapa ini semua harus berlaku.. apakah ini semua kerna diriku.. sedangkan aku cuma watak dalam percintaan.. 

“Abang ngah! Balik awal hari ni?” Ayuni terkejut melihat sekujur tubuh di atas sofa itu. Ala, spoil betul la budak ni. Baru aku nak jiwang kejap.

“Erm. Papa bagi balik awal.” Ayuni mengangguk-angguk. Kemudian gadis itu pergi ke dapur dan kembali membawa secawan minuman panas. “Yuni….”

“Apa?” Ayuni mengangkat kening.

“Zalia dengan budak Aziz tu ada apa-apa ke? Mesra semacam aje abang tengok…”

“Ai abang ngah.. pelik semacam aje pertanyaan tu. Diorang berdua tu kawan aje la.”

“Kawan?” Zakwan buat muka pelik. Pandangannya menala ke arah Zalia yang baru masuk ke ruang tamu vila besar itu. Zalia terus naik ke tingkat atas, tanpa mempedulikan Zakwan yang berada di situ.

“Zalia akan tinggal di sini buat beberapa hari lagi aje. Nanti dia nak balik, Yuni ingat Yuni nak pergi shopping sekali dengan dia petang ni, beli barang-barang rumah. Tapi… err.. abang ngah, dengar tak apa yang Yuni cakap ni?” Bicara Ayuni terbantut sejurus melihat Zakwan yang sepertinya tidak menumpukan konsentrasi pada dirinya. Selamba saja wajah lelaki itu.

“Abang ngah! Dengar tak ni?!” Kali ini nada suaranya ditinggikan. 

“Dengar.. dengar apa?” Tersentak lelaki itu daripada lamunannya. Astaghfirullah. Kenapa aku kerap termenung ya akhir-akhir ini?

“Huh!” Ayuni mengeluh kecil. Sia-sia aje aku cakap dia tak dengar langsung!

“Apa yang Yuni cakap tadi? Ulang balik boleh?”

“Yuni nak pergi shopping dengan Zalia.”

“Abang ikut sekali boleh?”

“Dah buang tebiat ke apa abang ngah ni! No men are allowed,” Ayuni mencebik. “Siapa orang tu?”

“Orang? Orang apa pulak ni.. tiba-tiba aje.” Zakwan mengerut kening.

“Orang yang dah berjaya tambat hati abang Yuni ni sampai asyik termenung aje kerjanya..” ada tawa tercetus di hujung kata itu. Terus Zakwan jadi resah gelisah tak menentu.

“Mana ada!” Zakwan cuba menutup malu. “Memandai aje budak ni! Dah , dah. Pergi la shopping sana. Abang nak tengok tv ni.” Dia membuka suis utama dan menekan alat kawalan jauh. Ayuni tersenyum melihat telatah abangnya yang cuba menyembunyikan sesuatu itu.

Sementara itu, Zalia yang sedang berada di dalam bilik pula membuka laptop di atas meja kerja Ayuni. Jari jemarinya terus membuka laman web Facebook. Terdapat lebih kurang 20 notifications dan 1 mesej. Notifications semuanya cuma ‘like’ daripada rakannya Nur Ina dan Ayuni. Dia terus membuka mesej daripada Daniel.

“Kita sering mahukan hari yang cerah, tetapi Tuhan lebih tahu hakikat hujan perlu diturunkan. Kalau kita sayangkan seseorang itu, kita kena ikhlas. Bila dia jatuh, kita hulurkan tangan sama ada dia minta bantuan kita ataupun tidak.” –Daniel 

Zalia tersenyum. Pasti kata-kata Daniel itu untuk menabahkan dirinya supaya kuat dengan penderitaan daripada Anastasya dan Drizella. Insya-Allah, abang Daniel. Insya-Allah. Fikiran Zalia kemudiannya menerwang entah ke mana. Terkenang kembali segala peristiwa pahit yang terjadi. Dan tiba-tiba, hati gadis itu rindu kepada ibu bapanya. Sangat rindu. 

Ayuni masuk ke dalam bilik. “Zalia, jadi tak nak pergi shopping ni?”

“Erm. Mestilah jadi.” Dia tersenyum.

“Oh ya. Aku tengok kau macam rapat aje dengan si Aziz tu,” Ayuni merebahkan tubuhnya di atas katil.

“Apa yang rapat? Macam biasa aje. Aku cuma ajarkan dia tentang islam. Katanya, dia dah lama tinggal solat. Baguslah, kalau ada niat nak berubah.” Pandangan mata Zalia masih terlekat pada skrin Facebook.

“Ada apa-apa ke dengan Aziz?”

“Tak ada la. Kawan. Kot. Entahlah.”

“Macam… kau dengan abang aku?” tanya Ayuni sungguh-sungguh. Tetapi akhirnya dia sedar dia sepatutnya tidak bertanya berlebihan, takut Zalia tersinggung. Zalia masih mendiam. Sengaja dibiarkan pertanyaan itu. “Zalia!” Zalia menoleh, menuju ke katil dan melabuhkan punggungnya.

“Dia sebatang kara, Yuni. Aku tak tahu apa masalah dia, tapi besar pahalanya mengajak orang kepada kebaikan. Dia saudara kita. Cuma, kau doakan la agar Allah bantu aku.” Kemudian Zalia menyepi.

Dingin Cerita Luka-4

Atif terbatuk-batuk keras. Batuknya mengeluarkan darah. Segera dia ke sinki yang berdekatan untuk berkumur. Dia tidak mahu sesiapa melihatnya begitu. Tiada yang perlu tahu penderitaannya. Secara peribadi, itu kifarah baginya. Ujian itu didatangkan sebagai penghapus dosa.

"Atif,"panggilan seseorang menyentak suara Atif. Dia kemudian berkalih setelah yakin bibir dan telapak tangannya sudah tiada kesan darah. Allah ... adakah aku bermimpi?

"Awak sakit ya? Berdoalah selalu, semoga saya membantu dengan izin-Nya."

Suara Saqirah rupanya yang memanggil Atif. Sungguh, semua ini terasa bagaikan mimpi yang dusta. Mungkinkah Saqirah sudi mendatanginya begitu? Dalam keadaan dia cuba berpijak di bumi nyata, perlahan wajah dan jasad Saqirah bagaikan pudar dimamah angin. Dari kaki hingga ke wajah yang satu per satu semakin pudar, Atif dapat melihat senyuman Saqirah yang sayu, berserta matanya yang redup berkaca. Seakan terdengar-dengar bisikan Saqirah sebelum hilang,

"Selamat tinggal ..."

Lalu suaranya tidak lagi kedengaran. Jasadnya sudah dimamah angin sepenuhnya. Atif melangkah ke hadapan seraya melutut memerhatikan jejak Saqirah tadi. Tiada. Semuanya lesap. Mengapa?

******

Atif terjaga dari lena dengan wajah yang berpeluh serta mata yang basah. Mimpi rupanya. Namun Atif tidak sedap hati. Saqirah ... mengapa dengannya?

Sebentar kemudian, Atif melihat jam di meja bersebelahan katilnya. Jam menunjukkan pukul empat pagi. Dia bingkas mengambil wuduk lalu menunaikan solat tahajjud. Rasanya sudah cukup waktu tidurnya malam ini. Kini waktu untuknya menyendiri dengan Allah.

Segala kedukaan Atif dicurahkan kepada Allah. Sesungguhnya cuma Allah yang memahami semua dalam hatinya. Menyedari hakikat kehidupannya hampir berakhir membuatkan Atif bersyukur. Sekurang-kurangnya dia diberi peluang untuk menyediakan diri menghadap Ilahi.

"Ya Allah, tolong aku, jagakan dia bila aku tiada nanti. Rahmati dia dalam cinta-Mu..." terselit juga Saqirah dalam doa munajatnya.

*********

Semua yang ada terpana bagaikan tidak percaya. Keadaan Saqirah yang tiba-tiba pengsan dengan bibirnya mengeluarkan darah itu membuat semuanya panik. Namun betapa dalamnya sikap individualistik Liza dan Diyana, kedua-duanya tidak membantu. Mungkin panik, mungkin sengaja. Hanya Allah yang tahu.

Sebentar tadi, Liza telah bertindak menampar Saqirah kerana Saqirah muncul menegur perbuatannya berpegangan tangan dengan teman lelakinya. Gadis itu tidak jatuh pun, tetapi tiba-tiba sahaja wajahnya semakin pucat dan terus rebah ke lantai. Dalam keadaan itu, teman lelaki Liza terus beredar kononnya mahu mendapatkan bantuan, tetapi kemudian tidak kembali pun.

Diyana yang datang mencari Liza pula berkali-kali ganda lebih terkejut. Terus dia mengatakan Liza sudah membunuh Saqirah. Hakikatnya, nadi gadis itu pun tidak diperiksa. Kemudian, dia mencadangkan Liza agar mengalihkan 'mayat' Saqirah ke tepi kantin. Biarkan orang lain yang menemui gadis itu. Asal jangan mereka yang disalahkan.

"Ya Allah, Kak Qirah!"jeritan Syaza menyentak mereka ketika sedang berusaha mengalihkan tubuh Saqirah. Dia kemudian melaung memanggil Amira yang tertinggal di belakangnya. Amira juga terus tergesa-gesa berlari mendapatkan Diyana, Liza dan Saqirah.

"Kak, apa kak buat ni? Kak pukul Kak Qirah?"soal Amira terang-terangan. Tubuh Saqirah yang baru sahaja hendak dialihkan oleh Diyana dan Liza kini berada di ribaannya. Pipi Saqirah yang pucat lesi itu ditepuk-tepuk, mengharapkan gadis itu sedar. Leher Saqirah dipegang, cuba mengesan denyutan nadi. Ternyata gadis itu masih bernafas ... tetapi mungkin nyawa-nyawa ikan.

Liza dan Diyana pula kini hampir sama pucatnya dengan Saqirah. Perbuatan mereka mahu menyorokkan Saqirah kini bertukar menjadi igauan ngeri. Mereka tidak akan terlepas lagi. Seketika kemudian, Atif tiba di kawasan itu dengan wajah kerisauan. Ternyata teman lelaki Liza tadi memanggil Atif, tetapi dia sendiri entah ke mana.

"Amira, pergi panggil ketua pelatih! Cepat!"suara Atif sudah keras. Ya Allah, inikah petanda dari mimpiku semalam?

"Kamu berdua, jangan ke mana-mana! Kalau kamu lari pun, aku sendiri yang akan kejar engkau sampai asrama!"bentak Atif dengan telunjuknya tepat mengarah kepada Diyana dan Liza.

Mungkin disebabkan terlalu tertekan, nafas Atif mendesah kuat. Dia menekan dada sendiri kerana terlalu sakit. Seketika kemudian, terasa cecair pekat mengalir di tepi bibirnya. Darah.
Sejurus itu, dia terbatuk-batuk keras dan ternyata batuknya berdarah.

"Kak Qirah, kak kena kuat. Syaza sayang kakak,"tangis Syaza yang sedang memangku Saqirah. Air matanya menitis ke kelopak mata Saqirah. Mata Saqirah seakan terbuka sedikit. Bibirnya mengukir senyuman.

"Dah lama ... tak dengar ada orang cakap sayang pada kakak,"air mata kesepian mengalir dari mata Saqirah. Syaza mengesatnya biarpun mata sendiri sudah merah. Ternyata benar telahannya. Saqirah tidak dingin. Dia cuma sepi.

Bunyi yang agak kuat menyentak hati Syaza, Diyana dan Liza. Atif telah rebah ke bumi dengan bibir dan telapak tangan berlumuran darah. Suasana semakin gawat.

"Kak Qirah!"saat itulah muncul Natasya. Kebetulan dia berada bersama dengan seorang pelatih lelaki. Pelatih lelaki itulah yang menguruskan Atif sementara dia mendapatkan Saqirah.

"Kak ... kenapa? Kenapa jadi begini?"

Tepat pada ketikanya, ketua pelatih telah datang bersama Amira. Ambulans telah dipanggil. Kesemuanya menanti penuh sabar, biarpun sabar seakan-akan di penghujung melihat keadaan dua pesakit yang kronik itu.