Saturday, 2 July 2011

Aina Zalia Part 12

“Cinta selalu hadir walaupun tidak diundang. Kita tidak akan mampu menolaknya kerana itu anugerah Allah.”

Itulah ayat terakhir Daniel di talian tadi apabila Zakwan menanyakannya tentang cinta. Lelaki itu mengucap panjang sebaik meletakkan punggungnya di sofa empuk. Entah kenapa, seribu perasaan sedang bercampur-baur di dalam hatinya. Serba tak kena semuanya. Rasa menyesal pun ada. Bukan main mesra lagi Zalia dengan pengawal upahan muda yang baru bekerja di tempat kediamannya itu.

Argh. Benci! Benci! Apa hubungan Zalia dengan dia? Aku… jelous ke? Mengapa ini semua harus berlaku.. apakah ini semua kerna diriku.. sedangkan aku cuma watak dalam percintaan.. 

“Abang ngah! Balik awal hari ni?” Ayuni terkejut melihat sekujur tubuh di atas sofa itu. Ala, spoil betul la budak ni. Baru aku nak jiwang kejap.

“Erm. Papa bagi balik awal.” Ayuni mengangguk-angguk. Kemudian gadis itu pergi ke dapur dan kembali membawa secawan minuman panas. “Yuni….”

“Apa?” Ayuni mengangkat kening.

“Zalia dengan budak Aziz tu ada apa-apa ke? Mesra semacam aje abang tengok…”

“Ai abang ngah.. pelik semacam aje pertanyaan tu. Diorang berdua tu kawan aje la.”

“Kawan?” Zakwan buat muka pelik. Pandangannya menala ke arah Zalia yang baru masuk ke ruang tamu vila besar itu. Zalia terus naik ke tingkat atas, tanpa mempedulikan Zakwan yang berada di situ.

“Zalia akan tinggal di sini buat beberapa hari lagi aje. Nanti dia nak balik, Yuni ingat Yuni nak pergi shopping sekali dengan dia petang ni, beli barang-barang rumah. Tapi… err.. abang ngah, dengar tak apa yang Yuni cakap ni?” Bicara Ayuni terbantut sejurus melihat Zakwan yang sepertinya tidak menumpukan konsentrasi pada dirinya. Selamba saja wajah lelaki itu.

“Abang ngah! Dengar tak ni?!” Kali ini nada suaranya ditinggikan. 

“Dengar.. dengar apa?” Tersentak lelaki itu daripada lamunannya. Astaghfirullah. Kenapa aku kerap termenung ya akhir-akhir ini?

“Huh!” Ayuni mengeluh kecil. Sia-sia aje aku cakap dia tak dengar langsung!

“Apa yang Yuni cakap tadi? Ulang balik boleh?”

“Yuni nak pergi shopping dengan Zalia.”

“Abang ikut sekali boleh?”

“Dah buang tebiat ke apa abang ngah ni! No men are allowed,” Ayuni mencebik. “Siapa orang tu?”

“Orang? Orang apa pulak ni.. tiba-tiba aje.” Zakwan mengerut kening.

“Orang yang dah berjaya tambat hati abang Yuni ni sampai asyik termenung aje kerjanya..” ada tawa tercetus di hujung kata itu. Terus Zakwan jadi resah gelisah tak menentu.

“Mana ada!” Zakwan cuba menutup malu. “Memandai aje budak ni! Dah , dah. Pergi la shopping sana. Abang nak tengok tv ni.” Dia membuka suis utama dan menekan alat kawalan jauh. Ayuni tersenyum melihat telatah abangnya yang cuba menyembunyikan sesuatu itu.

Sementara itu, Zalia yang sedang berada di dalam bilik pula membuka laptop di atas meja kerja Ayuni. Jari jemarinya terus membuka laman web Facebook. Terdapat lebih kurang 20 notifications dan 1 mesej. Notifications semuanya cuma ‘like’ daripada rakannya Nur Ina dan Ayuni. Dia terus membuka mesej daripada Daniel.

“Kita sering mahukan hari yang cerah, tetapi Tuhan lebih tahu hakikat hujan perlu diturunkan. Kalau kita sayangkan seseorang itu, kita kena ikhlas. Bila dia jatuh, kita hulurkan tangan sama ada dia minta bantuan kita ataupun tidak.” –Daniel 

Zalia tersenyum. Pasti kata-kata Daniel itu untuk menabahkan dirinya supaya kuat dengan penderitaan daripada Anastasya dan Drizella. Insya-Allah, abang Daniel. Insya-Allah. Fikiran Zalia kemudiannya menerwang entah ke mana. Terkenang kembali segala peristiwa pahit yang terjadi. Dan tiba-tiba, hati gadis itu rindu kepada ibu bapanya. Sangat rindu. 

Ayuni masuk ke dalam bilik. “Zalia, jadi tak nak pergi shopping ni?”

“Erm. Mestilah jadi.” Dia tersenyum.

“Oh ya. Aku tengok kau macam rapat aje dengan si Aziz tu,” Ayuni merebahkan tubuhnya di atas katil.

“Apa yang rapat? Macam biasa aje. Aku cuma ajarkan dia tentang islam. Katanya, dia dah lama tinggal solat. Baguslah, kalau ada niat nak berubah.” Pandangan mata Zalia masih terlekat pada skrin Facebook.

“Ada apa-apa ke dengan Aziz?”

“Tak ada la. Kawan. Kot. Entahlah.”

“Macam… kau dengan abang aku?” tanya Ayuni sungguh-sungguh. Tetapi akhirnya dia sedar dia sepatutnya tidak bertanya berlebihan, takut Zalia tersinggung. Zalia masih mendiam. Sengaja dibiarkan pertanyaan itu. “Zalia!” Zalia menoleh, menuju ke katil dan melabuhkan punggungnya.

“Dia sebatang kara, Yuni. Aku tak tahu apa masalah dia, tapi besar pahalanya mengajak orang kepada kebaikan. Dia saudara kita. Cuma, kau doakan la agar Allah bantu aku.” Kemudian Zalia menyepi.

No comments:

Post a Comment