Wednesday, 24 April 2013

Diari#44: Sweet Seventeen



Finally, it's 24th of April. And I'm finally turning into seventeen. Alhamdulillah, a lot of praises to Allah for rewarding me such a wonderful life and I'm grateful for the air that I breathe all this while. I'm oficially seventeen. I can't believe it. It has been seventeen years since I was born. I was lucky to have such awesome parents. Wonder what happened today? Well, let's check it out.

It was twelve midnight and I was completing my Mathematics module in front of the door. Suddenly a friend came and told me I was assigned to complete a BADAR (Badan Dakwah dan Kerohanian) file. Well, actually I knew it was a prank. Suddenly, my 4 Zamrud '12 friends came and they sang the Birthday song while everyone was sleeping. I was very excited and glad of course to see them. Later, they forced me to finish their Chemistry module. As I opened the book, I found a plague written 'Happy Birthday Rina Cool'. Rina Cool is my nickname. :P Later, my juniors started wishing me.

This morning, I went to my class as usual and I was surprised to find a very cute handmade card by a friend. It was very cute. Like seriously. He sketched the cartoons by himself.


After the assembly, my classmates started wishing me. I appreciate all the efforts very much. Mizan wrote "Happy Birthday Nurina" on the whiteboard. The most meaningful moment is when my classmates gave me a card signed by each one of them. It is actually a hari raya card. But that's not important. I'm touched. Thank you guys, I really, really appreciate that.


And one more thing, I got a carton of HL milk! It is my favourite since I first drank it two days ago. Delicious. Thank you Elisa. 


Just now, I met Cikgu Hasnah to discuss about the theatre. I was actually hoping that she would wish me. At first, nothing happened. As I was almost leaving, suddenly she called my name and I was excited. She actually reminded me to discuss the theatre with my friends. The second time I meant to leave, she called my name again. And this time, she wished me a happy birthday. Thank you cikgu. You really made my day. Thank you my friends especially 4 Zamrudians. You guys are actually the reason that I smile. 
 photo sign-2_zps160b16ac.png

Tuesday, 23 April 2013

Diari#43: Lokar Terkunci Atau Dikunci?



Minggu yang sangat menguji dan penuh dengan cabaran. Pada awalnya, teater dimaklumkan akan dijalankan pada hari pertama dan kedua peperiksaan tetapi telah ditunda pada bulan Jun. Suatu peristiwa lagi yang pada awalnya membuatkan saya tertawa, kini telah menjadi suatu yang serius. Tidak saya sangka pula lokar saya yang terkunci itu sebenarnya disebabkan oleh pihak yang berniat jahat. Pada awalnya saya cuma fikir bahawa silap saya sendiri yang tertinggal kunci tetapi ternyata kunci itu telah dibawa lari beserta semua duit hasil jualan novel di asrama. Ini semua salah saya, kerana tidak pandai menjaga duit dengan baik. Mungkin boleh dijadikan iktibar kepada anda yang membaca supaya menjaga barangan peribadi dengan baik.


Tiba-tiba pula tadi butang video camera saya tercabut sebab orang. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan orang lain juga kerana saya sendiri yang membenarkan mereka meminjamnya. Lagipun, itu semua cuma perkara remeh-temeh. Minggu ini begitu banyak kelas tambahan untuk para pelajar tingkatan lima, saya begitu risau kerana peperiksaan sudah semakin hampir dan persediaan yang ada masih belum mencukupi. Menjadi seorang pelajar yang kurang cemerlang pelajarannya, saya sedar saya harus berusaha berlipat ganda daripada para pelajar yang lain. Saya pinta tembakan doa kalian agar saya berjaya menghabiskan ulangkaji dan berjaya menghadapi minggu yang sukar ini dengan tenang.

Suatu kelainan lagi tahun ini ialah saya tidak akan menyambut ulangtahun kelahiran bersama keluarga. Rindu rasanya mahu berkumpul bersama-sama mereka dan berkongsi detik-detik bahagia bersama. Namun apakan daya, jarak memisahkan. Sebenarnya saya teringin makan kek coklat Indulgence yang ada tulisan Happy Birthday di atasnya. Erm, lazat! Tetapi mimpi sajalah ya. Huhu. Selain masalah wang dicuri, sebenarnya banyak lagi masalah yang datang melanda namun rasanya tidak perlulah semuanya diceritakan. Cuma sedikit terkilan kerana duit itu adalah hasil jualan buku-buku. Seorang rakan baik saya pernah berkata, jika kita ditimpa ujian, itu adalah tanda bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Saya berterima kasih kepadanya kerana menyedarkan saya. 


Walaupun minggu ini kadang-kadang menjadikan saya lesu dan tidak terkata, saya masih bersyukur kerana ada rakan-rakan yang mendukung dalam setiap kondisi. Begitu juga dengan adik-adik dorm yang sanggup membantu saya mengopak lokar sehinggalah perkara ini dibangkitkan di perhimpunan pagi tadi. Cikgu beritahu ada seorang pelajar puteri yang tertinggal kunci di dalam lokar. Namun hakikat yang sebenarnya, lokar saya dikunci dan duit dicuri. MasyaAllah, pening pula memikirkan mengapa kejadian sebegini boleh berlaku. Meskipun demikian, saya rasa di mana-mana asrama pun pasti ada berlaku kes kecurian. Selepas ini, saya akan menjaga barangan saya dengan lebih cermat, insyaAllah.

 photo sign-2_zps160b16ac.png