Sunday, 21 February 2016

Sejarah Hoverboard


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Saya mula mengenal ‘hoverboard’ ni sejak menonton klip video seorang YouTuber tak lama dulu. Saya agak teruja dengan penggunaan hoverboard ni. Tak lama selepas mengetahui tentang kewujudan hoverboard barulah saya menonton filem Back To The Future, filem lama tahun 1985 kalau tak salah saya. Filem Back To The Future ni memang sebuah filem epik, selalu juga disebut-sebut oleh guru sastera di dalam kelas dulu. Filem yang berkaitan dengan mesin masa dan masa depan. 

Hoverboard buat kali pertamanya muncul di dalam filem tersebut. Tapi hoverboard tu jenis yang boleh terapung di udara, tidak seperti yang ada di Malaysia hari ini. Hoverboard kita masih lagi menggunakan roda, tapi masih kelihatan menarik bagi saya. Walaupun mungkin masih tidak relevan memanggilnya hoverboard kerana hover maksudnya terapung.

Sejak filem Back To The Future ditayangkan, maka ramailah inventor yang cuba untuk mencipta alat masa depan ni. Mei 2015, seorang pencipta hoverboard bernama Catalin Alexandru Duru akhirnya berjaya pecah Guinness World Record sebab berjaya travel paling lama dengan hoverboard ciptaannya. Selepas ditayangkan dalam filem BTTF, hoverboard pun turut muncul dalam permainan video, animasi dan juga novel.

Sebagaimana skateboard dan rollerblade yang kembali menjadi trend kini, saya rasa tak mustahil hoverboard pun akan menjadi trend dalam masa yang terdekat. Saya cuma pernah melihatnya sekali sahaja setakat ini memandangkan masih belum menjumpainya di mana-mana kedai. Memanglah teringin nak beli, tapi rasanya harganya sekitar RM900 ke atas. Jadi tak apalah, saya lupakan saja hasrat tersebut buat masa kini. Berbalik kepada cerita, ketika itu saya sedang melawat pangsapuri ibu saudara di Kelana Jaya. Ketika hendak menaiki lif, kebetulan saya ternampak dua orang kanak-kanak bersama hoverboard masing-masing. Cara mereka bergerak seolah-olah hoverboard itu boleh membaca minda mereka. Entahlah. Sejak itu saya menjadi lebih teruja dengan hoverboard.




Selain YouTubers yang selalu saya lihat, hoverboard ni pun pernah muncul dalam rancangan realiti di Malaysia iaitu ‘The House’. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang rancangan tersebut. Hoverboard ni digunakan oleh selebriti Malaysia iaitu Chacha Maembong dan adik-beradiknya. Rancangan The House ni dah tamat dah pun siarannya kalau tak salah saya.

Saya tak tahu di kedai mana anda boleh membeli hoverboard, tapi hoverboard ni banyak juga dijual menerusi Instagram. Kalau anda rajin dan bertuah, mungkin anda boleh memiliki hoverboard dengan menyertai giveaway yang dianjurkan penjual di Instagram. Hoverboard yang kelihatan mustahil suatu ketika dulu pun dah berjaya dicipta. Jadi, adakah mesin masa seperti dalam BTTF pun akan berjaya dihasilkan? Eheh. Ada banyak teori saintis pasal kajian tentang mesin masa ni. Tapi buat masa sekarang, lebih baik kita hargai saja masa yang ada. Kadang, ada benda yang lebih baik disimpan saja dalam masa lampau kita dan dibiarkan misteri untuk masa depan.