Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua. It feels good to be home. Dapat
melarikan diri sebentar daripada kesibukan di universiti. Dapat menghirup udara
Kedah. Benarlah apa yang orang kata,
there’s no place better than home.
Dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu lagi
tempat menarik yang mempunyai suasana kondusif untuk penginapan. Cuma, tempat
ini bukanlah hotel atau homestay yang sesuka hati menerima sebarang penginapan.
Baru-baru ini, saya terlibat mewakili Majlis Penghuni Desasiswa
(MPD) untuk menyertai Program Pendidikan Pengundi untuk Pemimpin Pelajar
Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan
Pendidikan Tinggi (AKEPT) Nilai, Negeri Sembilan. Fuh, panjang nama. Enam orang yang terlibat mewakili universiti. Tiga
orang lagi wakil Sahabat MPP dan MPD Tekun.
Perjalanan dari Penang ke Nilai
mengambil masa lebih kurang enam jam. Dipendekkan cerita, enam jam kemudian
kami sampai ke AKEPT.
Apa yang boleh saya katakan, bangunan AKEPT sangat menarik
dari segi binaan dan rekaannya. Kami disuruh check-in terlebih dahulu. Dan
bilik penginapan yang disediakan untuk peserta sudah setaraf dengan bilik
hotel, bahkan lebih besar dan cantik. Ringkasnya, memang selesalah bilik yang
disediakan! Cuma tak ada Astro sahaja. Makan pun dah macam hotel. Siap ada
waiter lagi.
Apa pun, the main point kami menghadiri program ini adalah
untuk mendapatkan pendedahan lebih lanjut tentang sistem pilihan raya di
Malaysia. Bagaimana prosedur mengundi dari awal hingga ke akhir. Semuanya
ditunjukkan oleh pegawai SPR yang terlibat.
Apa yang saya belajar, walaupun cuma satu dua undi kurang pun mampu menyebabkan kekalahan atau kemenangan sesebuah parti yang memerintah. Walaupun saya masih belum cukup
umur untuk mengundi, saya rasa pendedahan seperti ini adalah penting kepada
belia supaya semua orang menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memilih
barisan kepimpinan negara. Paling penting, semua peserta dapat hamper untuk dibawa pulang. Orang dah bagi, kita terima.
Pihak SPR tidak menyokong mana-mana parti tetapi bersifat
neutral. Jadi, program ini bukanlah berunsur politik dan sebagainya. Program ni
cuma pendedahan input berguna yang saya yakin dapat dimanfaatkan oleh semua.
Dari tak tahu cara nak mengundi, terus
boleh mengundi.
Point is, sebagai seorang rakyat Malaysia, kenalah ambil tahu juga tentang isu negara dan isu semasa. Sebab kita juga yang akan menjadi penggerak masa hadapan negara. InsyaAllah. Senyum dan terus percaya.