Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Saya rasa bulan Februari Mac ini lebih sibuk daripada
menguruskan program Integrasi Borneo dulu. Selaku Exco Grafik, saya perlu
mendesign beberapa poster dan baju untuk program-program yang akan datang.
Dalam masa yang sama, turut memegang jawatankuasa untuk beberapa program
sepanjang bulan Mac dan April ini. Padahal, laporan IB 5.0 dan urusan
surat-menyurat pun masih belum selesai. Sebabnya, buka sahaja semester kedua,
sudah mula gerak kerja untuk program lain. Post mortem IB 5.0 tempoh hari pun
masih belum sempat diadakan.
Hendak dijadikan cerita, telefon saya pula mati dan sudah tidak
mampu diselamatkan lagi. Saya sebenarnya tak ada masalah sangat jika tidak
menggunakan WhatsApp, masalahnya orang lainlah yang nak hubungi saya untuk
urusan kerja. Ada yang terpaksa cari di FB dan IG untuk hubungi saya. Sudah
hampir seminggu saya tidak menggunakan WhatsApp dan tekanan semakin terasa
disebabkan banyak hal yang belum diselesaikan. Kalau dulu, mungkin WhatsApp itu
cuma satu medium untuk mengeratkan komunikasi, kini WhatsApp sudah menjadi
medium keperluan pula. Tambahan lagi, banyak assignment yang perlu disiapkan
secara berkumpulan. Perbincangan semuanya dilakukan menerusi WhatsApp. Jadi
saya turut mengalami masalah untuk mendapatkan informasi dan sebagainya.
Apa projek saya sekarang yang konon-kononnya sibuk tu? Eheh.
Untuk yang terdekat, saya terlibat di bawah AJK Hal Ehwal program Debat Piala
Naib Canselor yang merupakan program tahunan universiti melibatkan penyertaan
daripada semua desasiswa. Untuk bahagian hal ehwal ni kami berperanan mencari
juri, menyediakan borang pemarkahan dan menguruskan hal-hal yang berkaitan
dengan pemarkahan, usul dan sebagainya. DPNC akan berlangsung dari 17-19 Mac
ini. Saya tak mahu menghuraikan dengan lebih panjang kerana bimbang manalah
tahu terkongsi benda yang tidak sepatutnya dikongsikan. Disebabkan telefon
rosak, masih ada juri yang belum saya dapatkan butirannya lagi. Haraplah dapat
selesaikannya dengan segera.
Gambar tak ada kena-mengena: Teman-teman seperjuangan dalam kuliah |
Kami menyasarkan jumlah pengunjung seramai 4000 orang
melibatkan mahasiswa sendiri dan pengunjung yang tinggal di sekitar kawasan
Pulau Pinang. InsyaAllah, ada banyak tarikan menarik seperti artis dan pameran
daripada jabatan-jabatan besar. Ada juga permainan-permainan menarik
disediakan. Posternya saya masih belum dapat lagi untuk dipromosikan.
Disebabkan tak ada arahan untuk saya siapkan poster PaMADFH, rasanya mungkin orang
lain yang buatkan. Kalau sudah ada nanti, mungkin lebih mudah untuk saya
promosikan. Kalau ada yang berminat untuk masuk berniaga dan menyewa tapak
jualan, boleh hubungi menerusi emel saya nurina24@ymail.com memandangkan
telefon saya masih tidak berfungsi. Kalau ada pihak yang berminat untuk
penajaan pun sangatlah kami alu-alukan.
Dalam bulan ini juga, sudah bermula kuiz online
Macroeconomics dan hujung bulan ini sudah bermulanya era mencemaskan iaitu
mid-term test. Mungkin bagi course lain, kebanyakannya tidak ada ujian
pertengahan penggal. Tapi untuk course Management, kami ada. Dan untuk semester
dua ini, saya perlu lebih fokus untuk menjaga pointer. Jika tidak pihak yayasan
akan gantung peruntukan saya. Uhuk. Saya tak tahu macam manalah hendak survive
semester ini dengan kesibukan yang melanda. Subjek-subjek semester ini pun
boleh tahan susahnya.
Apa pun, saya sangat berharap untuk skor dalam mid-term
test. Harapnya juga program-program yang kami rancangkan ni dapat berjalan
dengan lancar. Oh ya, sama juga dengan program-program yang dirancangkan oleh
persatuan-persatuan dan kelab lain. Semoga mendapat sambutan dan berlangsung
dengan baik. InsyaAllah, baik yang kita niatkan, Allah permudahkan.
Anime Hyouka |