Bismillahirrahanirrahim.
Assalamualaikum.
Seperti biasa, setiap kali masuk
tahun baru, saya akan membuat refleksi terhadap perkara yang telah saya lakukan
sepanjang tahun yang sebelumnya. Tahun 2017, adalah tahun yang banyak
memberikan pengalaman bermakna buat saya, terutamanya dalam kehidupan saya di
universiti. Alhamdulillah, semua yang saya lalui, memang bernilai dan banyak
mengajar saya. Saya bersyukur kerana telah melalui satu lagi tahun dalam fasa
kehidupan saya. Belum tentu lagi saya dapat lalui tahun 2018, dan juga
tahun-tahun yang seterusnya. Jadi, nikmatilah saat-saat lepas, dan momen yang
sedang kita alami kini.
Fasa terbesar dalam hidup saya
pada tahun ini, adalah menguruskan sebuah projek yang saya kira, agak besar
bagi saya. Projek ke Sabah dan Sarawak, negeri-negeri yang asing buat saya. Bukan
mudah nak uruskan projek besar seperti itu, dan saya tidak tahu bagaimana saya
boleh survive menjalankan projek tersebut. Saya juga banyak terlibat dalam
program-program universiti pada tahun 2017, tetapi tidak semuanya saya
berkesempatan untuk kongsikan di blog Nafas Baru.
Jom baca pencapaian saya pada
tahun 2017. Boleh klik pada tajuk sekiranya berminat untuk membaca lebih
lanjut. Kalau berminatlah. Haha.
Integrasi Borneo ni merupakan
projek besar bagi saya. Banyak pengalaman yang saya
peroleh melalui projek ini dan impaknya terhadap saya, memang tidak ternilai.
Melalui projek ini juga, saya boleh katakan banyak mengajar saya untuk menjadi
lebih ‘detail’ dalam sesuatu perkara. Puas rasanya bila menjelajah ke 7 buah
sekolah, dan memberikan senyuman kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Perjalanan dalam bas yang berjam-jam lamanya, tetapi dipenuhi oleh keriangan
daripada peserta projek. Saya memang tidak mampu untuk gambarkan kepuasan
menyertai projek ini. Alhamdulillah, Integrasi Borneo 5.0 telah mendapat respon
positif banyak pihak dan artikel program ini turut terpampang di akhbar.
Program ini juga merupakan satu
program yang besar bagi saya kerana saya memegang peranan yang agak penting
juga. Saya perlu mencari peniaga-peniaga yang ingin berniaga di karnival
tersebut, dan menguruskan semua yang berkaitan dengan koridor niaga. Jujur saya
katakan, di sini juga saya belajar mengenal ragam manusia yang berbeza-beza. Bukan
mudah untuk puaskan hati semua orang. Apa pun, saya puas hati kerana mendapat
pasukan yang boleh memberikan kerjasama baik terhadap saya. Karnival ini bagi
saya, juga merupakan satu kejayaan besar buat saya bagi tahun 2017.
Konvensyen ini juga, salah satu
program yang memberikan impak kepada saya. Saya menjelajah lagi ke sekolah di
Kuala Lumpur, dan juga menjadi pengerusi majlis di sekolah tersebut. Lama
rasanya saya tidak dipanggil untuk menjadi pengacara majlis mana-mana program.
Nampak sangat tak laku. Eheh. Menghadiri sebuah konvensyen, dan membawa nama
universiti, bagi saya merupakan satu penghargaan buat diri saya sendiri. Bukan
semua orang bertuah untuk mendapat peluang sebegini. Harapnya, insyaAllah saya
akan dapat sertai program-program hebat seperti ini lagi.
Tahun 2017, berjaya juga blog
Nafas Baru menganjurkan satu Giveaway kepada para blogger lain di luar sana.
Giveaway ini merupakan giveaway ketiga yang pernah saya anjurkan. Lebih banyak
kita memberi, lebih banyak kita menerima, bukan? Nantikan giveaway saya yang
seterusnya ya.
Alhamdulillah, saya merupakan
pelajar yang menerima PPBU daripada YBR. Bukannya senang untuk mendapatkan
biasiswa sekarang ni disebabkan terlalu banyak persaingan dan kekurangan
tawaran. Jadi, bagi saya, PPBU ni sangat membantu. Semua pelajar tajaan YBR
telah dihantar untuk mengikuti Student Development Program (SDP) di Primaland
Resort & Convention Centre. Sambil-sambil berprogram, kita holiday sekali.
Kalau tahun 2016, anugerah
terbesar buat saya adalah Anugerah Kepimpinan dari JKKK Kampung, tahun 2017,
anugerah Pengarah Projek Terbaik adalah anugerah yang saya tidak sangka boleh
saya terima. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kepercayaan kepada
saya.
Berjaya juga saya menghasilkan
sebuah filem pendek tahun lepas. Alhamdulillah, ramai yang memberikan respon
positif, tetapi lebih ramai yang ketawa disebabkan pelakon-pelakonnya. Kepada
sesiapa yang belum menonton lagi, silakan berbuat demikian.
Banyak lagi perkara yang terjadi
kepada saya sepanjang tahun lepas dan alhamdulillah, semua yang telah terjadi
itu banyak memberikan nilai kepada saya. Saya akan mengaplikasikan pengalaman
yang telah saya peroleh, dan memanfaatkannya untuk tahun 2018, dan tahun-tahun
yang mendatang. Banyak lagi episod yang perlu dicorakkan dalam kehidupan ini.
Semoga lebih banyak perkara yang dapat saya sumbangkan kepada masyarakat.
Seperti quote yang selalu saya pegang, “The most beneficial person are those
who contribute to the society.”
Itu adalah cerita 2017 saya. Anda
pula bagaimana?