Saturday, 12 January 2013

Diari#40: Form Five



Sudah seminggu lebih masuk sekolah, tetapi kini bergelar pelajar tingkatan lima. Pelajar senior. Setiap kali bertembung dengan adik-adik tingkatan satu, mereka akan tunduk sambil beri salam. Rasanya memang telah menjadi budaya di semua SBP barangkali. Masuk sahaja sekolah sudah ada peperiksaan. Alhamdulillah, pagi tadi peperiksaan sudah tamat. Lega rasanya. Pelajar tingkatan lima pula kini sudah mulai sibuk dengan pelbagai program kerana kami merupakan barisan utama peneraju sekolah. 

Masuk sahaja sekolah, kami sudah diuji dengan ketiadaan air. Lama pula tu. Kemudian pada suatu hari semua pelajar lelaki disuruh untuk bergerak ke masjid. Tinggallah pelajar perempuan sahaja di sekolah dan kami bersama-sama mendirikan jemaah di surau. Pengalaman pertama saya menjadi imam dan pengendali majlis benar-benar merupakan suatu pengalaman yang bermakna. Secara tidak langsung dapat melatih saya untuk bercakap di hadapan khalayak, macam penceramah gitu. Tetapi tak adalah banyak pun yang disampaikan, sebab masih baru lagi. 

InsyaAllah, selepas ini nampaknya saya akan lebih banyak bercakap di hadapan kerana ini merupakan tanggungjawab terhadap pelajar-pelajar. Cuma masih belum dapat fikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai lagi untuk pelajar puteri setiap kali liqo' diadakan. 

Kelas baru pula, bergabung dengan pelajar-pelajar yang lain. Tetapi tak adalah janggal sangat sebab saya sudah pun mengenali sebahagian daripada mereka. Cuma masih perlukan beberapa masa lagi untuk mengenali sifat-sifat mereka yang lain. 

Alhamdulillah, adik-adik atau rakan-rakan yang lain tidak segan-segan untuk bertanya kepada saya dan kakak-kakak mereka yang lain sekiranya ada masalah. Harapnya kami dapat membantu mereka di samping membantu diri kami sendiri. Yalah, jika disuruh untuk tanya ustaz ustazah, pasti ramai yang segan dan malu. Itulah gunanya kami sebagai senior. Mudah-mudahan tahun ini berjalan dengan lancar.

1 comment: