Assalamualaikum dan salam muhibbah buat semua yang sedang
membaca.
Entry kali ini ditujukan khas buat para pelajar Sekolah
Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS), khususnya buat pelajar puteri. Rasanya
pelajar puteri sudah pun sedia maklum bahawa kita akan mengadakan Usbu’ul
Humaira’ tidak lama lagi. Maka pihak BADAR telah menganjurkan satu pertandingan
menulis artikel dan diharapkan agar ramai yang berminat untuk menyertainya.
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori seperti yang telah saya
tampalkan di board asrama, iaitu tokoh dan teladan.
Di sini saya ingin menjelaskan lebih lanjut tentang
pertandingan tersebut. Bagi kategori tokoh, pelajar bolehlah menulis sebarang
artikel tentang tokoh-tokoh Islam yang terkemuka dahulu misalnya Salahuddin,
Muhammad al-Fateh, Saidatina Khadijah ataupun sesiapa yang dirasakan mampu
dijadikan iktibar kepada semua.
Bagi kategori teladan, pelajar bolehlah menulis sebarang
cerita yang berunsurkan Islam dan memberikan pengajaran. Tidak kisahlah anda
mahu menulis tentang haiwan atau manusia. Kalau boleh, kami mahu artikel yang
anda karang ini asli dan bukannya setakat copy paste sahaja. Anda dibenarkan
merujuk mana-mana sumber sama ada internet, majalah, atau buku ilmiah. Kalau
boleh, apabila anda menghantar karya nanti, sertakan sekali rujukan anda.
Penyertaan
bolehlah diserahkan kepada saudari NoorMizan Shahira (5 Zamrud) ataupun
mana-mana pihak BADAR. Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel-panel khas
yang terdiri daripada kalangan guru. Tiga pemenang bertuah akan dipilih dan
hadiah akan diserahkan pada malam kemuncak Usbu’ul Humaira’ yang dijangka jatuh
pada 29 Jun nanti. Karya-karya yang terpilih juga akan dipertimbangkan untuk
disiarkan di dalam buletin BADAR yang diedarkan dua minggu sekali. Pelajar
putera yang ingin menghantar artikel juga bolehlah berbuat demikian untuk kami
siarkan di dalam buletin.
No comments:
Post a Comment