Assalamualaikum dan salam 23 Ramadan!
Sedar tak sedar, kita cuma ada lebih kurang lima enam hari sahaja lagi untuk berpuasa. Sayangnya nak tinggalkan bulan Ramadan. Tahun hadapan, dah tak boleh pergi terawih dengan housemates dah. Mungkin juga dah tak dapat nak jalan-jalan lagi di bazar Ramadan area Padang Serai. Bukan senang juga nak ada peluang tadarus dengan rakan-rakan. Kali ini juga kali terakhir dapat berbuka puasa dengan housemates.
Apa pun, saya hargai setiap detik yang ada dalam bulan Ramadan ini. Banyak yang saya belajar. Banyak yang menyedarkan saya. Alhamdulillah. Saya selalu teringat ayat ini: Ada dua nikmat yang ditemui oleh orang berpuasa. Satu, nikmat ketika berbuka puasa. Yang kedua, nikmat ketika bertemu dengan Tuhannya. Allahu.
Enam hari lagi pula, kita akan memasuki ke fasa baru, iaitu bulan Syawal, bulan kejayaan buat umat Islam. Sudah tentunya juga sebagai salah satu bulan kegemaran ramai. Alhamdulillah, persiapan untuk Syawal sudah pun saya dan keluarga lakukan sedikit demi sedikit. Kami sudah menggantikan langsir, membuat kuih raya (chocolate chip) dan baru tadi, selesai memasukkan duit raya ke dalam sampul raya untuk diberikan kepada sepupu-sepupu kecil di kampung nanti. Mungkin juga sepupu besar. Baju raya masih belum siap lagi, mungkin dalam dua tiga hari ini ibu saya akan mengambilnya setelah siap dijahit.
Bercakap tentang Syawal dan Aidilfitri, saya juga telah membuat sedikit perubahan pada blog Nafas Baru seperti yang anda lihat. Saya edit header baru, walaupun cuma ala kadar tetapi bolehlah. Background juga simple sahaja tetapi sekurang-kurangnya adalah juga kelainan di sini. Eheh.
Di kesempatan ini juga, saya sebenarnya ingin berterima kasih kepada beberapa orang blogger yang menghantar kad raya ke rumah saya sepanjang minggu ini. Saya memang suka mengumpul kad raya. Jom kita lihat siapa penghantar kad raya tersebut. Jangan segan-segan untuk klik link bloggers hebat ini dan berkunjung ke blog mereka ya.
1. Blogger Ejulz (kampung-kameq.blogspot.com)
Kad ini khas dikirimkan dari Sarawak! Terima kasih saya ucapkan!
2. Blogger Wawa Ashihara (www.wawaashiharaa.com)
Comel sungguh tuan blog ni. Siap kirimkan namecard lagi. Terima kasih ya!
3. Blogger Azhafizah (www.azhafizah.com)
Kad raya rekaan beliau sendiri. Memang cantik, berwarna merah jambu. Siap ada vector yang sangat stylish. Terima kasih saya ucapkan!
Terima kasih kepada para blogger yang sudi luangkan masa dan tenaga untuk kirimkan kad-kad raya ini. Bagi saya, kad raya ni ada nilai sentimentalnya yang tersendiri kalau nak dibandingkan dengan kad raya digital atau ucapan melalui media sosial. Saya cuma berharap agar tradisi kad raya ini tidak akan hilang ditelan zaman.
No comments:
Post a Comment