Tuesday, 20 September 2016

Mengurus Diri


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Apa khabar anda yang sedang membaca? Alhamdulillah, saya sihat sahaja di sini. Cuma masih sakit tekak disebabkan terlebih minum ais tempoh hari. Harap anda berada dalam keadaan yang sihat dan jagalah kesihatan ya! Akhir-akhir ini rasanya banyak saya update di blog tentang kehidupan saya berbanding perkongsian informasi atau motivasi. Tapi harapnya apa yang saya kongsi walaupun dalam bentuk pengalaman atau peristiwa semasa, masih dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada sesiapa yang membaca. Insya Allah.

Awal-awal di universiti tempoh hari, jadual saya kosong. Tapi rasanya bermula semalam, barulah saya dapat rasa ‘kesibukan’ di universiti ini. Itu belum lagi bermula kelas tutorial. Kalau sudah mula, rasanya memang jadual akan padat.

Buat masa ini, saya terlibat dengan program Variasiswa yang saya ceritakan dalam entry lepas. Saya terlibat dalam mengendalikan props iaitu bahan, alatan dan sebagainya. Saya memang lebih suka bekerja di balik tabir daripada perlu membuat persembahan di atas pentas.

Pagi dan petang semalam, kami perlu menyiapkan beberapa lakaran untuk bahan yang akan digunakan dalam persembahan pentas nanti. Cerita lanjutnya saya tak boleh kongsikan di sini kerana manalah tahu ada pihak lawan yang membaca. Nanti terbongkarlah rancangan. Eheh.


Rough sketching with my Chinese friends


Malam pula, saya menghadiri perjumpaan pertama untuk Management Society setelah dipilih menjadi wakil persatuan tersebut. Terpaksalah lari sebentar daripada Variasiswa. Dipendekkan cerita, entahlah apa yang berlaku, saya menjadi Head of Department bagi Multimedia untuk sebuah program yang akan berlangsung tak lama lagi. Dan malam ini, malam esok, mungkin malam-malam seterusnya akan ada perjumpaan pada waktu malam.

Tapi semua perjumpaan dan tugasan itu sebenarnya tak adalah menjadikan diri kita sesibuk mana pun. Kita perlu pandai mengurus diri untuk pelajaran, tugasan, dan ‘relaxation time’ untuk diri sendiri. Selepas habis perjumpaan semalam, saya boleh memilih untuk terus tidur dan berehat. Tapi saya luangkan masa untuk membantu rakan sebilik dalam tugasan Englishnya sebab saya rasa kita perlu luangkan masa dengan rakan dan pelajaran juga. Saya harap saya akan dapat memahami subjek-subjek Pengurusan dengan lebih baik kerana setakat ini masih banyak yang belum difahami.

Dalam masa yang sama juga, saya sebenarnya sedang cuba menyiapkan design poster untuk pertandingan yang saya sertai.




Saya tak adalah mahir dalam designing, masuk pun sekadar nak mengumpul mata MyCSD di sini. Tak tahulah apa hasilnya. Harap saya akan dapat mengurus diri dengan baik kerana bahang ‘kesibukan’ sudah mula terasa. Lagi bertambah kerja apabila menjadi ketua untuk kumpulan assignment. Masya Allah. Macam manalah mereka yang berjawatan tinggi semua boleh mengurus masa dan diri dengan baik? Harapnya saya juga mampu mengurus diri dan masa.

But you know, bekerja dalam kumpulan ni banyak memberikan pengalaman kepada kita di samping menambah kenalan. Macam benda yang saya tak pakar, saya boleh belajar dan perbaiki diri. Kadang-kadang sengaja buat pakar pun pernah. Kita kenalah mencuba benda baru dan mencorakkan perjalanan hidup. Hidup, kalau ada satu warna sahaja mesti tak berapa menarik. Jadi kitalah yang kena mencari warna-warna tersebut. If you get what I mean.

Buatlah sesuatu yang baru. Belajar sesuatu yang baru. Asalkan jangan lupa urus diri, masa, pelajaran dan waktu dengan Tuhan. Insya Allah niatkan lillahi taala. Pasti ada manfaatnya.

Senyum dan terus percaya.

No comments:

Post a Comment