Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Saya baru sahaja selesai mendaftar kursus untuk semester
dua. Lapan subjek semuanya yang perlu diambil. TITAS, English, Principles of
Marketing, Operations Management, Managerial Psychology, Macroeconomics,
Business Law dan Business Communication. Macam mana nak survive semester dua
pun saya tak tahu. Eheh. Apa pun, selagi ada masa cuti semester ni, ayuhlah kita
gunakan peluang yang ada. Nanti dah buka semester tak ada masa dah nak update
blog segala.
Seperti yang saya janjikan pada ramai pihak (ramai yang
minta saya update cerita Integrasi Borneo dalam blog), maka saya nak
kongsikanlah serba sedikit pengalaman saya dan team IB 5.0 ke Sarawak dan Sabah
baru-baru ini. Saya akan cuba ringkaskan sependek mungkin sebab takut pembaca
bosan. Haha
14 Januari 2017
Kami perlu berkumpul jam 4 pagi. Bayangkan, 4 pagi. Malam
itu, saya berjaga di bilik gerakan sebab uruskan kotak, tagging, barang dan
sebagainya. Dalam jam 2 lebih, naik ke bilik dan bersiap. 4 pagi turun semula
dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menaiki van HEPA
(Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Flight kami jam 7 pagi.. dan sekitar 8.45 tu
dah sampai ke Kuching, Sarawak. Di
airport, kami disambut oleh pelajar UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak). Saya
sangat suka mereka sebab semuanya peramah dan sporting. Dan terlebih sporting
pun ada. Siap bawa sepanduk lagi untuk menyambut kami.
Untuk permulaan, kami menaiki bas UNIMAS dan menuju ke
UNIMAS dulu untuk simpan barang dan bersiar-siar di kawasan UNIMAS. Sepanjang
perjalanan, Millan bertindak sebagai tourist guide kami dan kami pun
berkenal-kenalan di dalam bas. Millan merupakan peserta lelaki tunggal mewakili
UNIMAS. Selama ini saya cuma mendengar cerita tentangnya daripada Nickson, jadi
agak terujalah bila dapat berjumpa sendiri orang yang selama ini cuma berurusan
dalam telefon. Barulah saya tahu kenapa Nickson selalu bercerita tentang
Millan.
Dari kiri: Julian, Julika, Millan, Mira dan Elsie dari UNIMAS |
Setelah membuat lawatan di UNIMAS, kami terus ke bandaraya Kuching.
Kali terakhir saya ke Kuching adalah ketika saya darjah enam kalau tak salah
saya. Millan menunjuk kawasan ChinaTown dan Waterfront Kuching. Kami juga
sempat menaiki sampan di Waterfront menuju ke kedai kek lapis di seberang. Tapi
nak beli bawa balik tu takut tak tahan pula untuk 9 hari lagi. Sewaktu nak
bergambar di Tugu Kuching pula, sedang ada construction. Tapi disebabkan Millan
adalah professional photographer, kami bergambar juga di situ. Hasilnya tak
dapat lagi sebab dia belum share. Haha. Kami juga sempat berkunjung ke Muzium
Kuching dan tengok kebudayaan masyarakat Sarawak terutamanya replika rumah-rumah
panjang di sana.
Malam itu pula, saya memberikan taklimat kepada peserta
UNIMAS tentang modul-modul yang akan kami jalankan di sekolah-sekolah. Hari
pertama kami lebih kepada santai dan berjalan-jalan. Kami masih boleh tersenyum
tawa kerana tidak tahu apa yang menanti pada hari-hari mendatang.
15 Januari 2017
Seawal pagi lagi kami sudah bertolak ke Sri Aman. Destinasi
jelajah kami yang pertama adalah di SMK Engkilili. Perjalanan dari Kuching ke
Sri Aman mengambil masa dalam 3 jam lebih kalau tak salah saya. Saya agak
terkejut dan teruja apabila sampai sahaja di SMK Engkilili, berderet pelajar
sudah berbaris menunggu ketibaan kami. Terasa sangat dihargai. Macam kami ni
VIP pula. Siap offer angkat beg dan sebagainya. Sudahlah student perempuan tu
badannya kecil, nak angkat beg pakaian kakak-kakak yang besar gedabak. Adeh.
Kami tiba agak awal di SMK Engkilili dan diberikan bilik
tidur di asrama. Millan terpaksa tidur di rumah cikgu-cikgu kerana dia seorang
peserta lelaki tunggal. Bertabahlah.
Perancangan aktiviti kami adalah jam 4 petang, tetapi
pelajar-pelajar di SMK Engkilili memang bagus. Saya tak tahu mereka bersedia
pukul berapa, tapi sekitar jam 3 saya turun ke dewan, MPP mereka sudah pun
bersiap siaga di sana. Dari segi pengurusan, saya memang puji pelajar-pelajar
sekolah ini. Kami pun mengadakan
aktiviti sukaneka dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.
Julian tak sempat masuk |
Bagi saya,
SMK Engkilili mempunyai pelajar yang paling sporting. Dari segi pengurusan kami
team IB, saya rasa kami masih lagi kekok kerana itu merupakan sekolah pertama
kami. Dan saya sendiri pun sebagai pengarah program tidak mempunyai perancangan yang rapi. Tapi
alhamdulillah aktiviti kami berjalan lancar dan saya boleh puji diri sendiri
sebab apa yang kami rancangkan selama ini akhirnya terlaksana.
Cabaran di sekolah ini bagi saya bukanlah dari segi program,
tetapi dari segi bagaimana kami team IB nak sesuaikan diri dengan kehidupan
asrama. Fasiliti dan kemudahan sekolah tidaklah berada dalam keadaan excellent.
Susah juga nak mandi dan menggunakan bilik air. Saya boleh katakan yang pelajar
di sana tidak dimanjakan dan mereka sangat berdikari. Tahniah kepada semua
pelajar asrama SMK Engkilili!
16 Januari 2017
Waktu pagi, kami mempunyai program pula dengan pelajar
tingkatan 6 di SMK Engkilili. Untuk program bersama tingkatan 6, modul kami
lebih bersifat perkongsian. Modul “Penjanaan Prestasi Kecemerlangan Kendiri”
disampaikan oleh saudari Siti Farah atau saya panggil Kak Farah. Selepas itu,
kami membuat perkongsian peribadi peserta-peserta IB berkenaan kursus
masing-masing. Rata-rata kami sedang menuntut kursus yang berlainan seperti
Ilmu Pendidikan, Kewartawanan, Perakaunan, Ekonomi, Design Technology dan saya
sendiri Management. Dan majoriti kami juga berasal dari tingkatan 6, jadi saya
rasa perkongsian daripada kami tentang pengalaman sendiri sangat membantu
adik-adik yang bakal menghadapi lagi dua semester di tingkatan 6.
Selesai program di SMK Engkilili, kami mengangkut barang dan
beg pakaian masing-masing, menaiki bas menuju ke Bintulu pula. Perjalanan ke
Bintulu adalah sekitar 8 jam. Bayangkanlah betapa lamanya waktu yang dihabiskan
di atas bas sahaja. Pada awalnya saya rancang untuk ke Sibu dulu sebelum
Bintulu, tetapi disebabkan pihak pengurusan suruh cut Sibu, jadi kami teruslah
ke Bintulu. Kami sempat singgah di pasar Bintulu dulu. Di situlah kami jumpa
ulat sagu yang dijual hidup-hidup dan buah-buahan yang tak pernah dilihat di
Semenanjung (atau cuma saya yang tak pernah lihat).
Penginapan kami malam itu adalah di UPM Bintulu. Mulanya
saya fikir UNIMAS adalah universiti yang sangat luas, tapi rupa-rupanya UPM
Bintulu jauh lebih luas daripada UNIMAS. UPM Bintulu ni adalah kampus yang
lebih menekankan research untuk penternakan. Tak hairanlah sepanjang kampus
akan nampak kandang lembu atau ternakan yang lain. Saya akan ceritakan tentang diskusi kami dengan UPM Bintulu dalam entry seterusnya.
Setelah letak barang di
bilik dan pengurusan diri, kami terus ke SMK Bintulu. Di SMK Bintulu pun, kami
menggunakan modul yang sama sahaja. Alhamdulillah, program pun berjalan dengan
lancar di SMK Bintulu. Selesai program, kami pulang ke UPM dan berehat untuk
berprogram lagi esok hari.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment