Monday, 10 April 2017

Laptop Buat Hal

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Cuti pertengahan semester sudah pun berakhir. Saya tak dapat menikmati cuti secara total kerana terlibat dengan konvensyen. Tapi alhamdulillah saya bertuah sebab dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan baru.

Sekarang, perlu berpijak semula di atas bumi realiti. Kelas pun akan bermula. Banyak assignment yang masih belum selesai. Dan laptop saya, sudah buat hal di saat-saat genting ini. Pada mulanya dulu Cuma ada simbol-simbol aneh yang muncul setiap kali saya menggunakan Words atau software lain. Tak apalah sebab tak mengganggu pun masa printing. Saya tak tahu nak kenal pasti punca masalah. Setiap kali nak menulis huruf yang ditekan tak akan muncul sama seperti yang ditekan, Yang akan keluar adalah huruf lain dan angka. Saya tak tahu macam mana nak selesaikan. Kalau hantar repair, kosnya mesti mahal. Kalau beli baru apatah lagi.

Saya rasa untuk beberapa minggu ni saya perlu belajar survive dengan laptop nyawa-nyawa ikan tu. Semua benda penting ada dalam tu. Dan banyak software yang memang perlu guna laptop tu juga sebab kalau pinjam laptop kawan pun mereka tak ada. Macam Corel Video Studio Pro dan Adobe Photoshop. Blog entry ini pun saya taip menerusi Android sahaja.

Timing yang dipilih untuk laptop saya buat hal adalah sangat tidak kena. Waktu beginilah ramai yang minta saya untuk siapkan itu dan ini. Saya minta maaf kalau agak lewat dalam menyelesaikan apa yang diminta. Kakak minta buat video dari hari tu pun masih belum siap. Hidup ni memang banyak cabaran yang tak dijangka.

But life must go on.

1 comment:

  1. Adoi.. Seksa kalau laptop buat hal..
    Pernah mengalaminya juga..

    ReplyDelete