Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, setelah lama berfikir-fikir, akhirnya semalam
saya berjaya membuat pembelian telefon bimbit baru. Fon (phone) saya dah memang
nyawa-nyawa ikan sebab diwarisi daripada ibu saya. Dah bertahun-tahun lama tak
terkira. Walaupun baru dibaiki tapi sama saja, baterinya tetap buat hal dan
susah untuk saya nak ambil gambar. Tak ada gambar, tak bolehlah kongsi dengan
anda, kan? Eheh. Tablet pula tak sesuai untuk dibawa ke mana-mana sebab besar.
Kalau nak buat tengok YouTube puaslah tapi tak sesuai untuk ambil gambar. Dan
charger untuk fon dan tablet dua-dua buat hal. Jadi beli fon baru, senang
cerita. Dapat charger dan earphone sekali.
Test fon baru katanya |
Saya membeli Samsung A20e, cukup
dengan bajet saja. Gambarnya tak adalah secanggih iPhone atau kamera yang lain,
tapi bolehlah buat cukup syarat. Kalau ikutkan dari Malaysia lagi rasa nak beli
fon baru, tapi fikir nak jimat-jimat. Dah sampai sini makin nazak pula ya,
terpaksalah kita ganti baru.
Hari ini adalah hari untuk placemest test bahasa Jerman
saya. Macam biasa, setelah study semalam pada saat-saat akhir, saya gagahkan
diri untuk ke medan peperangan di University of Regensburg. Ramai rakan-rakan
sekelas A1 (beginner) tak ambil placement test sebab mereka boleh terus masuk
ke level A1. Tapi saya target level A1.2 sebab saya dah pernah ambil level A1.1
di USM dulu. Jadi untuk menentukan saya layak atau tak ambil level A1.2, saya
perlu mengambil placement test. Felia dan Anja sudah tentulah di level lagi
tinggi daripada saya kerana mereka dah belajar tiga tahun bahasa Jerman di
Indonesia.
Sampai di depan University, saya nampak Sofia
(Russia) dan Ami-chan (Jepun). Saja tambah ‘chan’ acah-acah feeling Japanese. Rupanya
mereka pun ambil placement test beginner. Sofia kata dia saja nak cuba nasib
tengok macam mana placement test. Kemudian ada beberapa lagi pelajar exchange
dari Sepanyol yang turut hadir. Mereka tu sebenarnya dah tahu bercakap dalam
Jerman tapi tak tahulah kenapa masuk kelas beginner. Jam 9 pagi, kami dibawa
masuk ke dalam sebuah kelas. Tak ramai pun yang ambil placement test untuk A1,
cuma belasan orang kalau tak silap saya. Alhamdulillah, saya bolehlah juga
jawab walaupun ada juga perkataan yang tak faham. Ada 40 soalan objektif dan
kata lecturer yang bertugas tu, kalau tak faham submit saja paper jangan main
tembak sebab ujian ni nak tengok level kita. Saya tembak juga sebab gigih nak
masuk A1.2. Kalau tak, tak boleh transfer credit pula nanti.
Setelah selesai, kami cuma perlu angkat tangan dan lecturer
tersebut akan menyemak terus jawapan kami. Saya antara 3 orang yang terakhir
jawab, walaupun ada soalan yang tak faham gigih nak jawab juga. Yang lain semua
dah keluar. Saya pun tak perasan bila masa semua orang keluar. Tinggal lima
minit sebelum masa tamat, saya mengangkat tangan tanda selesai. Lecturer
tersebut datang menyemak jawapan saya. “You get more than half of the scores.
Do you want to stay and join the test for the next level?” soalnya pada saya
selepas selesai menyemak. “When is the next test?” soal saya. “In five more
minutes.” Maka tak sempat berfikir panjang, saya pun duduk saja tak keluar
bilik tu. Dalam lima minit kemudian, pelajar-pelajar yang ambil placement test
untuk next level mula masuk. Felia terkejut melihat saya di dalam bilik itu.
Dia sempat bergurau mengusir saya keluar.
Saya sengaja mencuba nasib saja, nak tengoklah juga macam
mana test level lagi tinggi. Tapi saya give up awal. Ada 40 soalan objektif
juga. Saya menjawab beberapa soalan, menembak beberapa soalan dan menghantar
lebih awal daripada orang lain. Kali ini, lecturer izinkan saya keluar. Agaknya
dia pun dah pasrah tengok jawapan saya. Keputusan level akan diumumkan petang
ini juga melalui e-mel, jadi kami cuma perlu tunggu. Apa yang saya suka tentang
sistem di OTH dan di Jerman, semuanya pantas dan efisien. Lecturer pun semuanya
akan membalas e-mel dengan pantas.
Setelah selesai menjawab placement test, saya pulang ke
rumah untuk makan tengah hari dan solat sebelum keluar semula ke kampus OTH.
Hari ini, semua pelajar exchange perlu mengambil student ID card yang dah siap.
Saya juga mendapat surat dari municipality yang menunjukkan saya adalah
penduduk di Regensburg. Jadi saya dah halal tinggal di sini. Saya gembira dapat
ID card sebab dengan ID card ni, saya boleh travel dalam bas di Regensburg
tanpa perlu beli monthly tiket. Boleh makan di mensa, guna fasiliti di
perpustakaan, gym (kalau pergi la) dan yang lain-lain. ID card ni ibarat kad
Touch and Go di Regensburg. Dengan student ID card juga, saya boleh dapatkan
diskaun di kedai. Pendek kata, ID card inilah IC dan Touch and Go saya
sepanjang tinggal di sini. Cuma itulah, masalahnya gambar di ID card tu gelap yang amat. Macam tak nampak masa depan.
Setelah mengambil ID card, petang itu juga saya menyemak e-mel untuk melihat keputusan placement test. Ariana dan Vesa juga lepak sekali sebab nak pinjam laptop saya untuk urusan daftar subjek.
Alhamdulillah, lepas buat semakan, saya layak masuk
ke level A2.1. Saya target A1.2 saja tapi dapat pula lompat level. Saya pun tak
pasti sama ada saya kadang-kadang bijak atau saya memang ada bakat menembak
soalan.
Setelah mengambil ID card, petang itu juga saya menyemak e-mel untuk melihat keputusan placement test. Ariana dan Vesa juga lepak sekali sebab nak pinjam laptop saya untuk urusan daftar subjek.
OOTD dalam rumah gitu |
Pada waktu malam pula, kami berkumpul ramai-ramai di Haus Hemma untuk
meraikan dah habis kelas intensif bahasa Jerman sebulan kami. Sebenarnya tak
sampai sebulan pun, boleh kira dalam 10 hari saja macam tu. Cepat betul masa
berlalu, dah nak habis September dah. Dalam jam 6.30 petang, Ariana, Vesa,
Albiona, Anis, Chris dan Parag datang. Felia dan Anja yang mengajak mereka.
Saya tak tahu macam mana, suka hati saja Anja masukkan saya dalam plan mereka
nak tengok High School Musical musim pertama. Chris dan Parag adalah buddy
kepada Anis dan Ariana. Saya tak ajak Paula sebab dah cukup ramai dah di ruang
tamu Haus Hemma tu. Mereka menyambung laptop pada televisyen dan kami cuma
bersantai menonton HSM. Anja sudah siap-siap membeli snek dan wain petang tadi.
Parag pula memesan piza untuk kami semua. Dan kami cuma menonton, berbual dan
makan sampailah mereka pulang ke rumah masing-masing.
So that’s how I end my day. Sampai bertemu lagi di penulisan
seterusnya.
27 September 2019