Wednesday, 27 April 2011

Diari#20: Sanah Helwah Kak Syidah

Yeah. Punyalah malas selama ni nak update blog. Mesti buang sifat itu jauh-jauh! Sebenarnya hari ini ulang tahun Kak Syidah, senior bahas sekolah. Pagi tadi tak sempat wish, baru dapat nombor telefon Kak Syidah daripada Kak Iman lepas Maghrib tadi. Disebabkan tak boleh guna internet lama-lama maka entry ini cuma pendek saja. Sorry Kak Syidah.

Siapa Kak Syidah?

Ok, nama penuh dia tak hafal. Nur Syahidah Zakaria kot. Sorry Kak Syidah. Kak Syidah ni saya kenal dari tahun lepas kalau tak silap. Dia memang aktif dalam pidato, resensi buku, bahas dan mungkin yang lain-lain lagi. Banyak kali dah nampak dia waktu sesi petang, tapi tak rapat sangat. Ya, tepat kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kita tidak akan dapat sayangkan seseorang itu jika kita tidak mendalami sifat dan peribadinya, kan?

Bahas dan Badlishah

Masih ingat kata-kata Kak Syidah sampai sekarang. Cinta mati Badlishah. Kak Syidah sangat sayangkan bahas dan sekolah badlishah. Wow, Kak Syidah, Nurina pun tak ada semangat sekuat Kak Syidah!

Kak Syidah sangat pandai bahas sampai pernah dapat pembahas terbaik. Hampir setiap acara yang dia masuk mesti menang. Sudahlah pandai, dapat straight A's dalam SPm baru-baru ini. She's really my idol.

Kata-kata Nurina buat Kak Syidah

Kak Syidah, happy birthday ya! Sweet 18... Nurina sayang Kak Syidah, always keep smiling as usual.

~Allah selamatkan kamu~
~Allah selamatkan kamu~
~Allah selamatkan Kak Syidah saya...~
~Allah selamatkan kamu~

Kak Syidah! Nurina dan semua orang terutamanya junior2 bahas will always be supporting you. Ni lagu untuk Kak Syidah.

Anytime You Need a Friend - Mariah Carey

If you're lonely
And need a friend
And troubles seem like
They never end
Just remember
To keep the faith
And love will be there
To light the way

Anytime you need a friend
I will be here
You'll never be alone again
So don't you fear
Even if you're miles away
I'm by your side
So don't you ever be lonely
Love will make it alright

When the shadows are closing in
And your spirit diminishing
Just remember
You're not alone
And love will be there
To guide you home

If you just believe in me
I will love you endlessly
Take my hand
Take me into your heart
I'll be there forever baby
I won't let go
I'll never let go



* Yang berdiri: Kak Pikah, Kak Atikah dan Kak Diyana
Yang duduk : Abang Lan dan Kak Syidah

Sunday, 24 April 2011

Diari#19: Selamat Hari Lahir Diri

Alhamdulillah, dapat juga saya lalui 24 April 2011 ini dengan tenang. Haha. Buat pengetahuan semua ya, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran saya. Saya masih ingat beberapa orang yang merupakan antara insan-insan pertama mengucapkan selamat hari lahir pada saya. Ada yang sanggup telefon dan hantar mesej pada jam 12 tengah malam.

Pagi tadi saya datang lambat sedikit ke sekolah, haish. Tiba di sekolah ramai yang telah pergi ke tapak perhimpunan. Pintu kelas telah pun ditutup. Saya masuk ke kelas dan letak beg. Tiba-tiba ternampak sebuah bungkusan kotak di bawah kerusi tempat duduk saya. Tertanya-tanya pula siapa yang meletakkannya di situ...

Saya langsung bergegas ke tapak perhimpunan. Yeah. Nasib masih belum terlambat. Kawan-kawan panggil saya ke barisan hadapan dan mengucapkan selamat ulang tahun. Rakan yang berkongsi tarikh kelahiran dengan saya, Ika memberitahu Kak Iman, iaitu senior bahas saya ada letakkan kotak bungkusan bawah meja. Saya tersenyum.

Ya, kebetulan pula pada hari ini terdapat acara penyampaian hadiah sempena Bulan Semarak Nilam dan Bahasa Kebangsaan yang pernah diadakan dulu. Jadi para pemenang diminta berbaris di tepi dewan. Saya pun beratur di tepi dewan bagi menerima hadiah. Johan bagi acara resensi buku dan tempat ketiga bagi acara bahas ala parlimen. Saya tak sangka pula dapat johan untuk kategori resensi kerana langsung tak mengharapkan kemenangan sebab banyak pesaing yang hebat.

* Plag kemenangan...

Ketika berbaris, saya ternampak Kak Iman. Hehe. Terus peluk dia. Terharu. Kemudian Kak Iman beritahu Kak Una dan yang lain-lain tentang hari lahir saya. Heh. Balik kelas, kawan-kawan kelas pula ucap selamat hari lahir. Cikgu belum masuk, jadi saya buka hadiah daripada Kak Iman dan Kak Shahidah. Woh, dapat teddy bear. Comel sangat. Saya suka! Sayang kalian. Kawan-kawan pun ada bagi hadiah, ada bagi kad. Terima kasih. Sayang kalian juga!

* Hadiah daripada senior bahas. Comel kan?

Balik pula nenek sudah siapkan kek ulang tahun yang sangat istimewa, buatan sendiri! Tak perlu susah-susah beli. Kek coklat! My favourite!


* Semangat nenek buatkan kek! Sedap kan? Jangan jealous...


* Bergambar dengan kek ulang tahun

Tarikh ulang tahun blog

Saya juga berkongsi ulang tahun kelahiran dengan blog ini sebenarnya. Hurm, setelah campur tolak bahagi darab, ternyata sudah dua tahun lebih blog ini aktif ya. Sejak tahun 2009. Alhamdulillah, pengikut blog sudah hampir mencecah 600, insyaAllah. Banyak pengalaman pahit manis yang telah dilalui bersama blog ini. Saya sayang blog saya!

Tarikh pelancaran novel di KLIBF

Ya. Hari ini juga Single Unavailable mungkin sekali telah dilancarkan di pentas utama PWTC, di mana saya tidak dapat hadir ke sana. Haru! Tak apa, saya akan balas dendam. Hari Sabtu ini saya akan datang ke sana. Nantikan kehadiran saya. Kuala Lumpur, here i come...

Tarikh ulang tahun Ika

Seronoknya dapat berkongsi ulang tahun dengan kawan. Haha. Sudahlah kami berada di kelas yang sama. Yah... ini yang dinamakan jodoh barangkali? Ika, semoga murah rezeki selalu dan menjadi muslimah sejati ya... Jangan nakal-nakal ya? PMR 8A. Gambatte!


Secara kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memaknakan ulang tahun kelahiran ke-15 saya ini. (Masih muda ya...) Haha. Terima kasih kepada ibu bapa saya, nenek, abang, kakak dan adik, keluarga saya, kawan-kawan, senior bahas, senior PBSM, keluarga UTW, rakan-rakan 3A8, rakan-rakan penulis, Ariffah dan semuanya. Maaf jika tak dapat mention nama kalian.

* Updated: My mom bagi dress untuk pakai masa KLIBF nanti. Mahal juga. Ini kali pertama saya dapat dress mahal untuk birthday, tahu?

Saturday, 23 April 2011

Informasi: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011


Tiba-tiba terasa hendak membersihkan blog ini daripada sawang. Hihi. Ok, kerana semua sedang sibuk membicarakan tentang KLIBF 2011 yang sedang berlangsung dengan meriah di PWTC sepanjang 22 April sehingga 1 Mei ini, maka saya juga turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan tarikh saya akan berada di sana. Cewah.

Tarikh : 30 April 2011 (Sabtu)
Masa : 3.45 - 4.45 ptg
Tempat : Gerai Galeri Ilmu Sdn Bhd
A 14 - A 19 Ruang Legar PWTC


Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama saya akan ke sana. Macam-macam perasaan ada. Teruja, nervous, semualah... Kalau ikutkan, saya juga diundang pada 24 April kerana pada tarikh tersebut ada pelancaran novel Single Unavailable di pentas utama PWTC. Ehem, 24 April? Haha. Tapi saya tidak boleh pergi kerana hari persekolahan. Walaupun satu hari ponteng tetap rasa rugi. Kerana itulah saya mengambil keputusan pergi hari Sabtu.

Jadual minggu ini agak padat juga. Banyak aktiviti. Ada pertandingan akhir bahas kelas, doakan saya ya... Kemudian pada hari Jumaat nanti ada kursus sistem automasi baru di perpustakaan, tetapi pada hari yang sama juga saya akan bertolak dari Kulim ke Kuala Lumpur. Hari Sabtu terus ke PWTC dan insyaAllah hari Ahad pulang semula ke Kulim.

Jadi kepada sesiapa yang teringin berjumpa saya secara langsung (err.. ada ke?) atau mendapatkan tanda tangan dan sebagainya bolehlah datang pada tarikh yang telah dimaklumkan. Sebenarnya saya juga tidak sabar-sabar mendengarkan komentar daripada kalian semua tentang novel saya. Rancangan saya, selepas sesi beramah mesra selesai mahu menjenguk-jenguk satu PWTC tu! Haha. Saya nak jumpa rakan-rakan penulis UTW dan para penulis terkenal tanah air yang lain. Oh ya, dan buat pengetahuan kalian ya, saya ini pendiam sikit orangnya. (ye la tu) Cuma dengan orang yang kenal saya banyak la cakap. Jadi jangan pelik kalau saya tak banyak cakap. Dan jangan kata saya sombong pula ya...

Apa-apa pun, kita jumpa di sana!