Bagi ku, dia seorang yang unik. Dalam kelas, dialah orang pertama yang akan menyiapkan tugasan sekolah dan semua pertanyaan yang dilontarkan oleh guru mampu dijawabnya dengan pantas dan tepat. Sudah lama aku perhatikan dirinya. Bila tiada guru di dalam kelas, dia cuma berdiam diri. Ramai yang kata lelaki itu sombong. Tetapi, aku tidak rasa begitu. Mungkin ada sesuatu dalam diri Fariz yang dirahsiakan, tetapi aku tidak tahu apa.
Sudah beberapa kali aku cuba menghampiri pelajar itu, namun dia cuma mendiamkan diri. Aku melihat kesakitan dalam matanya. Seolah-olah hatinya sedang menjerit ‘Bebaskan aku…’
“Awad, kau tak nak balik lagi?” suatu sergahan mengejutkan aku. Si Rasyad rupanya.
Aku sekadar menggeleng.
“Kau baliklah dulu dengan kawan-kawan yang lain, Cad. Aku ada hal,” mulutku bersuara, tetapi mataku asyik memerhatikan Fariz.
Rasyad memegang bahuku seraya berkata, “Kau jangan macam-macam dengan budak tu sudahlah. Aku tak suka dia. Dia pelik.”
Aku kembali memerhatikan Rasyad pula yang berlalu pergi bersama rakan-rakan yang lain. Hujan renyai-renyai sejak tadi berterusan. Kalau tunggu lebih lama, mungkin awan sudah tidak sanggup bertahan dan terpaksa memuntahkan bebanan yang ditanggung. Tetapi Fariz.. kenapa dia masih tidak mahu berganjak dari situ? Adakah dia memang manusia pelik seperti yang mereka katakan?
***
Sambungannya dalam:
MAJALAH YEZZ!
KELUARAN JUN 2013
Kak Nurina, terima kasih untuk novel tu :D best cerita single unavailable tu :)) suka sangat sangat. terima kasih sebab bagi signature and tulis ayat power kat situ :D good luck for the Spm :) A+ insyaallah :))
ReplyDelete