Glasgow, buku Biology dan Klang |
Alhamdulillah, setelah berjam-jam perjalanan ke Kulim, akhirnya kami tiba juga ke destinasi yang dituju sekitar subuh tadi. Banyak perubahan yang terjadi di dalam rumah. Banyak barang baru. Dan ada kucing-kucing baru. Adik kata, kucing itu memang telah dibela sejak lahir lagi. Dan anak-anak kucing yang saya belum pernah lihat itu sudah membesar. Bayangkanlah betapa lamanya saya tidak pulang ke rumah. Terdapat tiga ekor anak kucing dan seekor ibu kucing. Anak-anak ini diberi nama Sendai, Glasgow dan Klang sempena tempat kelahiran kami adik-beradik. Apa yang menarik lagi, saya temui sebuah buku baru berjudul The Choice- Dialog Islam dan Kristian yang diberikan oleh kakak saya sempena ulangtahun kelahiran saya pada bulan April yang lalu. Saya sungguh teruja untuk membacanya, tetapi belum boleh lagi melakukan sedemikian sehinggalah peperiksaan SPM berakhir. Sekarang kami pelajar tingkatan lima sedang menduduki trial SPM yang agak mendebarkan. Huh~ Semoga semuanya berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment