Sunday, 26 April 2015

Diari#57: Sweet Nineteen!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada 24 April yang lalu, secara rasminya usia ini telah mencecah 19 tahun. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Hooray!


Usia 19 tahun ni memang mengajar saya banyak benda baru. Sepanjang 19 tahun ni banyak yang saya dah lalui, pengalaman pahit dan manis. Pengalaman pahit sebagai pengajaran untuk perkara yang akan mendatang dan pengalaman manis pula sebagai kenangan terindah yang akan tersemat di jiwa. Saya sangat bersyukur dapat peluang untuk hidup selama 19 tahun ini. Apa pun semuanya berkat jasa ibu yang telah susah payah melahirkan dan ayah yang sabar menjaga dan membesarkan saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa ibu bapa saya. 

So yeah, untuk entry ringkas ini, saya sekadar ingin berkongsi tentang sambutan hari lahir saya. Sebenarnya, pada usia 19 tahun ni, saya tak berharap sangat pun nak sambut birthday. Kalau nak sambut pun, I was hoping to celebrate it with my parents tapi apakan daya jarak dan kesibukan yang menghalang. Saya akan cuba ringkaskan penulisan ini memandangkan ada exam pada esok hari.

Kejutan pertama saya adalah apabila mendapat kunjungan daripada seorang rakan lama yang baru menyelesaikan asasi di Palam. Kebetulan, dia juga menyambut tarikh kelahiran yang sama dengan saya. Sanah Helwah, Nor Syafiqah Razak! 

Malam itu pula, seorang rakan saya, Tasya memberitahu dia mahu datang ke rumah untuk meminjam buku. Bila Tasya dan Azlin muncul di hadapan rumah, Tasya terus mengajak saya untuk menemaninya ke kedai fotostet. Walaupun agak pelik, saya ikut sajalah. Kemudian, Tasya kata kami perlu singgah ke rumah seorang rakan yang bernama Najat. At that moment I was like, okay, what’s happening? Si Tasya akhirnya membawa saya di hadapan KFC. Dan di situlah bermulanya kejutan yang sebenar. Aslina, Alia dan Najat telah menunggu di KFC dengan hidangan yang tersedia untuk menyambut ulang tahun kelahiran saya. 

What they did for me was something really awesome. Walaupun perancangan yang tak berapa nak menjadi (berdasarkan apa yang mereka cerita), tapi berjaya mengejutkan saya. Memang tak sangka. Thanks Tasya for the kidnap. Thanks Alia for the treat. Thanks girls for everything. Terima kasih juga buat Najat dan Syafinas untuk hadiah. Terima kasih kerana menjadikan malamku lebih indah. Cewah.

Bagi menggantikan gambar ayam KFC dan gambar selfie

Keesokan harinya pula, sekali lagi birthday disambut bersama rakan-rakan PRS yang lain. Terima kasih Puan Norfaziela sebagai mastermind. Kek marble tu memang sedap. Serious. 

Abaikan kualiti gambar
Tidak cukup dengan itu, ada pula seorang mastermind yang lain mandikan saya dengan tepung. Memang balik rumah penuh dengan tepung. Terima kasihlah ya. Patutlah pagi tu suruh saya pakai tudung hitam. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. :P

Habislah baju I
Dan pagi ini juga, terima kasih kepada rakan-rakan yang ucapkan selamat hari lahir walaupun hari lahir saya dua hari yang lepas. Siap ada yang menyanyi lagi. Eheh. Comel jer. Dan tak lupa juga kepada Fatin sebab bagi saya kek. Awwww.

Bagi saya, dapat luangkan masa dengan rakan-rakan pun sebenarnya dah cukup bermakna. Hidup akan menjadi lebih indah kalau kita yang mencorakkannya sendiri. Saya harap, pada usia 19 ini, saya dapat lebih mematangkan diri dan cekal dalam menghadapi dugaan hidup. Saya mahu belajar dan teruskan pengembaraan hidup yang pastinya lebih mencabar, dengan izin Allah. Banyak lagi yang perlu saya kecapi dalam hidup ini. Begitu juga anda.


p/s: Doakan exam saya esok ya! Terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment