Assalamualaikum.
Kebelakangan ini, banyak aktiviti
dan program yang berlaku dan tidak sempat untuk saya kongsikan di Nafas Baru.
Antaranya ialah program Haluan Pewaris yang saya sertai di UUM, bengkel teknik
menjawab, mesyuarat agung, dan Speaker’s Corner. Sudah tentulah segala aktiviti
ini mendatangkan banyak manfaat buat saya di samping menambahkan pengalaman
yang sedia ada.
But that’s not the ultimate
point. Sebenarnya saya sudah lama mahu menulis entry tentang penghargaan. Yeah.
Menghargai dan dihargai. It’s a bit complicated but let me just get this to the
point. Do you have this natural feeling that you need to appreciate everything
that goes around you? Kalau ya, kita sama. Saya akan menghargai apa yang orang
lain lakukan pada saya, walau sekecil apa pun perkara itu. Dan akhirnya, saya
akan rasa bersalah kalau orang itu terus melakukan benda yang sama kepada saya.
Contohnya, saya minta bantuan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan
dia mampu melaksanakannya dengan baik. Jadi selepas itu, setiap kali saya
terpaksa meminta pertolongannya lagi, saya akan jadi berat hati pula. Rasa
macam menyusahkan. Tapi akhirnya saya minta juga dia tolong. Eheh.
Dalam isu persahabatan pula, saya
ada satu perasaan bahawa saya harus menghargai rakan-rakan saya, walau macam
mana pun caranya. Mungkin dalam bentuk pertolongan balas, belanja, buah tangan,
dan hadiah. Saya akan buat apa pun untuk menghargai mereka. Rasa tak lengkap
kalau kita tak hargai orang yang ada di sekeliling kita. Adakah anda pun ada
perasaan begini? I don’t know.
Contohnya, semalam merupakan hari
ulang tahun kelahiran seorang rakan terdekat saya. Saya tak ada hadiah pun untuk
diberikan kepadanya, tapi saya rasa bersalah kalau saya tak berikan apa-apa
kepadanya. Finally, I’ve came out with this idea to make a birthday video for
her. Malam sebelum hari lahirnya, saya usaha juga edit video. Tapi video simple
saja. Pada mulanya, selepas dia tengok video itu, dia marah pada saya. Saya terkejut
kerana menyangka ada yang tidak kena pada video tersebut. Dan dia kata pada
saya, “Benci Ina sebab buat orang rasa nak teriak. Terharu.” Saya gembira sebab
dapat buat orang lain gembira.
Saya teringat akan sebuah
perbualan dengan seorang rakan. “Buat apa hampa susah-payah tolong orang lain,
padahal orang cari hampa bila susah ja. Bila senang, depa tinggai macam tu ja.
Buatlah baik banyak-banyak pun, orang tak hargai langsung jasa hampa. Tapi bila
nampak satu ja kesalahan, itu yang depa ingat sampai bila-bila. Rugi ja tolong
depa selama ni.” Her words keep lingering in my mind until now. Ya, saya akui,
memang ada betulnya kata-kata itu, sebab memang itu pun yang pernah saya alami.
Segala kebaikan yang pernah kita lakukan boleh terhapus walau dengan satu
kesalahan, itu pun kalau betul kita salah.
Saya cuba tegakkan padanya, bahawa
saya buat kerja tanpa harap balasan pun. Katanya lagi, “Ya, memang la kita buat
kerja ikhlas, tapi at least, orang yang minta tolong kita buat kerja tu
appreciate lah sikit usaha kita.” Dan saya diam. Tidak mahu berbalah.
Tahun ini, seingat saya, hampir tiga kali saya naik pentas ketika perhimpunan rasmi untuk menerima hadiah. Tapi saya tak pernah teruja pun untuk dapat hadiah. Terutamanya ketika dapat Anugerah Personaliti Unggul. Rasa heartless. Sebab saya tak rasa apa yang saya buat tu perlu dihargai oleh orang lain.
Mungkin sebab saya dah biasa tak dihargai, jadi saya tak berapa kisah pun orang hargai atau tidak. Wacewah. Ayat pasrah. Entahlah. Saya sendiri pun tak faham.
Mungkin sebab saya dah biasa tak dihargai, jadi saya tak berapa kisah pun orang hargai atau tidak. Wacewah. Ayat pasrah. Entahlah. Saya sendiri pun tak faham.
Jadi, macam mana pula dengan
anda? Adakah anda lebih suka menghargai, atau dihargai oleh orang lain? Atau
kedua-duanya? Kalau saya, saya lebih suka menghargai daripada dihargai. Dah
memang sifat saya agaknya. Saya cuma nak buat sesuatu untuk agama, ibu bapa,
dan masyarakat. Biarlah semua yang saya buat ni mendapat penghargaan daripada
Allah SWT di akhirat. Mungkin ada sesetengah situasi yang menjadikan kita perlu
untuk dihargai, tetapi kebanyakannya saya tak harapkan pun pengiktirafan daripada
orang lain. Pesan seorang guru, setiap apa pun yang kita lakukan di atas muka
bumi ini, pastikan lillahi taala. Kerana Allah Taala.
Foto pengacara majlis yang tak ada kena-mengena dengan entry |
No comments:
Post a Comment