Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, rezeki hari ini dalam sejarah. Pagi tadi
telah berlangsungnya majlis penutupan sempena sambutan bulan kemerdekaan.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan sekitar dua, tiga minggu yang lalu. Nak dipendekkan
cerita, alhamdulillah, rasa puas hati sebab tak sia-sia juga effort yang telah
dicurahkan sebelum ini. Saya puas hati sebab sekurang-kurangnya adalah juga
sesuatu yang dapat dicapai dalam hidup ni, walaupun pencapaian yang tak
seberapa. Pencapaian hari ini ialah:
Tempat Ketiga
* Mengarang Esei
* Pertandingan Fotografi (Selfie Merdeka)
Naib Johan
* Melukis Poster
Johan
* Penghasilan Montaj Video
* Mengarang Sajak
Saya agak terkejut sebab tak expect boleh menang dalam semua
pertandingan yang disertai (ayat klise). Tapi saya percaya, rezeki Allah ni,
boleh hadir pada bila-bila masa sahaja.
1. Mengarang Esei
Yang ni memang langsung tak jangka boleh menang sebab karya
yang dihasilkan bukannya 100% asli penulisan saya. Banyak diambil dari buku
rujukan dan sedikit pengolahan ayat sendiri. Kemudian terus hantar pada
pensyarah yang berkenaan, semata-mata ingin mendapatkan sijil penyertaan. Rasa
macam tak layak menang sebenarnya, tapi orang dah bagi, kita ambillah. Ehem.
Dapatlah satu paket wafer sebagai hadiah.
2. Pertandingan Fotografi
Untuk selfie merdeka, saya dan rakan-rakan serumah yang lain
telah membuat perancangan sebelum kami bergambar. Bayangkan, hendak selfie pun
perlukan perancangan. Syarat yang dikenakan perlu ada latar mana-mana kawasan
dalam kampus dan bertemakan kemerdekaan. Jadi lokasi yang kami pilih adalah
kawasan yang mempunyai latar bendera. Kami pun telah bersepakat untuk memakai
tudung berwarna biru dan merah disebabkan kesukaran mencari tudung putih dan
kuning (warna Jalur Gemilang). Monopod pula terpaksa dipinjam dari seorang
rakan yang lain memandangkan kami tujuh-tujuh orang tidak memilikinya. Kemudian,
tetapkan masa yang sesuai untuk bergambar dan sebagainya. Foto pula langsung
tidak diedit kerana kami mahu mengekalkan keaslian pada foto tersebut. Lagipun,
saya lebih suka foto asli daripada foto yang diedit. Alhamdulillah, nak
dijadikan rezeki dapat tempat ketiga. Dapatlah kami hamper yang dipenuhi dengan snek
dan gula-gula. Bahagilah kami tujuh-tujuh orang.
3. Melukis Poster
Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, saya langsung
tidak ada niat untuk sertai pertandingan poster. Tapi salah seorang rakan telah
memasukkan nama saya dan keesokan harinya itu kami pun bertanding. Tanpa ada
sebarang perancangan langsung mahu lukis apa. Sewaktu orang lain telah mula melukis,
saya dan rakan-rakan sibuk mencari idea mahu menghasilkan lukisan.
Masing-masing pula memang bukan orang seni. Jadi itulah masalah yang perlu kami
atasi walau bagaimanapun caranya.
Saya memang tak reti melukis orang, jadi atas persetujuan
bersama, saya pun memilih satu rekaan simple tapi bagi saya ada maksud yang
tersirat. Dah lama rasanya saya tak melukis, dan rasa janggal pula bila melukis
poster. Hikmah yang saya dapat daripada aktiviti ini ialah saya dapat
mengembalikan semula keyakinan untuk melukis. Dan bagi saya, kerjasama pasukan
memang sangat penting untuk kita realisasikan sesuatu perkara. Sungguh.
Rakan-rakanlah yang menjadi pendorong untuk melengkapkan poster. Percayalah,
tanpa kerjasama dan komitmen, memang sukar nak capai something dalam hidup ni.
Alhamdulillah, cuba-cuba nasib pun boleh dapat naib johan. Dan dapatlah lagi
satu hamper berisi snek dan gula-gula.
Carilah lukisan kami yang bernombor K2 |
4. Penghasilan Montaj Video
Bagi montaj video, saya cuma hantar semula montaj video yang
pernah saya hasilkan kira-kira sebulan yang lalu. Penghasilan video ini adalah
yang paling mencabar berbanding yang lain. Memang perlukan bantuan dan
kerjasama orang lain. Lagi mencabar sebab saya cuba bawakan konsep yang berbeza
daripada video-video yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Dan proses rakaman
memang mengambil masa berjam-jam sehinggalah dapat memuaskan hati saya sendiri.
Alhamdulillah, dapat satu paket wafer sebagai hadiah
kemenangan.
5. Mengarang Sajak
Hari terakhir pertandingan barulah saya hantar karya kepada
juri. Minggu itu memang teramat padat dengan jadual aktiviti lain. Saya cari
masa kosong, duduk dalam bilik kuliah kosong, kosongkan fikiran yang serabut,
dan cuba berkarya. Alhamdulillah, karya minit-minit terakhir ini pun mampu
dapat tempat pertama. Maka, dapatlah satu lagi paket wafer.
Sajak tersebut boleh dibaca di SINI.
Sajak tersebut boleh dibaca di SINI.
Kadang, kita rasa kita tak mampu nak libatkan diri dalam sesuatu. Takut tak menang. Takut tak layak. But let me tell you something. Kalah menang belakang cerita. Tapi kalau menang tu kira bonuslah. Apa yang penting, dalam setiap benda yang kita buat tu, kena buat sungguh-sungguh. Sebab setiap benda yang kita buat dengan niat yang baik, pasti ada hikmahnya. Percayalah.
So yeah basically, saya rasa program-program sebegini patut dianjurkan lagi. Tapi harap bolehlah sediakan hadiah selain snek dan makanan. Sebab makanan ni sekejap sahaja boleh hilang. Tapi kalau bagi item yang solid, bolehlah disimpan sebagai kenang-kenangan atau memberikan manfaat kepada si penerimanya.
So yeah basically, saya rasa program-program sebegini patut dianjurkan lagi. Tapi harap bolehlah sediakan hadiah selain snek dan makanan. Sebab makanan ni sekejap sahaja boleh hilang. Tapi kalau bagi item yang solid, bolehlah disimpan sebagai kenang-kenangan atau memberikan manfaat kepada si penerimanya.
No comments:
Post a Comment