Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Macam mana dengan Syawal anda tahun ni? Sudah selesai
berpuasa enam? Alhamdulillah, walaupun Syawal tahun ini disambut dengan
sederhana, tapi suasananya masih tetap meriah. Cuma duit raya yang dah tak
berapa meriah seperti dulu sebab usia yang dah mencecah 20-an kan. Uhuk. Ya,
memang betul Syawal ni bukan semata-mata untuk kumpul duit raya. Tapi bagi
pelajar yang dah berdikari menggunakan duit sendiri, saya rasa mereka agak
berharap untuk mengumpul duit raya. Saya sendiri tidak menafikan itu.
Apa pun,
saya bersyukur kerana berpeluang untuk beraya bersama rakan-rakan di Kedah
tahun ini. Sebelum ini, kami sekeluarga lebih banyak menghabiskan masa beraya
di Selangor atau Johor sahaja.
Bercakap tentang perayaan, saya amat teruja untuk menghadiri
jamuan raya syarikat PRUMERA, sekaligus merangkap majlis pembukaan syarikat
tersebut pada hari Sabtu ini. Apa itu PRUMERA? PRUMERA ni singkatan kepada Pertubuhan
Usahawan Kosmetik Utara, di mana ibu saya memainkan peranan yang aktif dalam
syarikat itu.
Kepada sesiapa yang tahu dan akan hadir Sabtu ini, bolehlah
mendaftar sebagai ahli PRUMERA dan anda akan menerima kad keahlian yang direka
oleh saya sendiri. Sebenarnya saya sudah pun terlambat menyiapkan design kad
tersebut walaupun telah lama diminta oleh ibu saya. Sebab pagi dan malam pun
bekerja, jadi balik rumah rehat tak ingat dunia. Apa pun, saya telah
menyiapkannya semalam dan hari ini, kad keahlian tersebut telah pun siap dicetak!
Alhamdulillah. Pantas betul mereka buat kerja. Mana tak pantas, Sabtu ni dah
nak majlis.
Don't judge the design. Don't judge. Haha |
Hari ini juga, saya telah mendapat khabar dari guru sekolah
rendah saya bahawa proposal untuk mengadakan program di sekolah telah pun
diluluskan. Alhamdulillah. Teruja saya dibuatnya. Program ini sebenarnya telah
lama dirancang oleh saya dan rakan-rakan, tetapi baru sempat nak jalankannya.
Susah nak kumpulkan balik rakan-rakan sekolah rendah dan mengadakan program
bersama. Kami putuskan untuk buat juga minggu hadapan kerana tak lama lagi
Aina, rakan saya dah nak kembali ke Korea semula.
Program tersebut dinamakan Program Peningkatan Sahsiah &
Keyakinan Diri yang saya singkatkan menjadi PESAK. Program PESAK ni melibatkan
murid-murid tahun 4 & 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Kulim yang
merupakan sekolah rendah saya dahulu. Kalau hendak diceritakan tentang
perjalanan nak anjurkan program ni memang banyak halangannya. Sekejap orang itu
tak dapat serta, sekejap orang ini pula. Kemudian nak cari tarikh yang sesuai.
Proses membuat kertas kerja dan sebagainya. Walaupun bukanlah saya yang buat
kertas kerja, saya cuma menyampaikannya sahaja.
Kami juga dah beberapa kali bermesyuarat tentang program ini, dan mungkin hujung minggu ini ada lagi perjumpaan kali terakhir. Tapi rasanya saya tak dapat serta kali ini kerana terlibat dengan majlis PRUMERA yang saya ceritakan awal tadi.
Kami juga dah beberapa kali bermesyuarat tentang program ini, dan mungkin hujung minggu ini ada lagi perjumpaan kali terakhir. Tapi rasanya saya tak dapat serta kali ini kerana terlibat dengan majlis PRUMERA yang saya ceritakan awal tadi.
Saya cuma nak berterima kasih kepada pengalaman di SMK Taman
Mahsuri dulu yang banyak mengajar saya cara untuk mengendalikan program dan
sekaligus memberikan idea aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan. Percayalah,
pengalaman itu sangat membantu. Ringkasnya, saya sangat teruja untuk program
PESAK ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.
Sebenarnya, kata orang kita tak perlu ceritakan rancangan
kita kepada umum. Hanya menceritakannya setelah betul-betul terjadi. Tapi bagi
saya tak ada salahnya untuk berkongsi dengan pembaca blog saya, sebab saya
yakin ramai yang membaca tulisan ini kerana ingin tahu. Saya tak mahu
berfikiran negatif.
Saya juga rasa tak ada salahnya berkongsi rancangan yang
sudah pasti akan terjadi. Saya 100% yakin majlis PRUMERA dan Program PESAK kami
akan berjalan seperti yang dirancangkan.
No comments:
Post a Comment