Sunday, 30 October 2016

Inspirasi Hasan Al-Banna


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya membeli lagi buku tulisan Abdul Latip Talib yang berjudul Hasan Al-Banna. Saya sedang membuat koleksi penulisan beliau. Saya rasa penulisan Pak Latip ni sangat berbeza daripada penulis yang lain dan beliau pandai menarik perhatian pembaca. Ya lah, cuba bayangkan.

Kalau dengar sahaja buku sejarah, pasti ramai yang keberatan untuk membeli dan membaca buku tersebut. Saya sendiri pun akan berfikir dua tiga kali sebelum membeli buku sejarah. Tapi uniknya penulisan Abdul Latip Talib ialah beliau pandai menukar penulisan fakta kepada fiksyen sejarah. Bila sebut tentang fiksyen, sudah tentulah kita boleh membayangkan novel-novel dalam bentuk penceritaan. Begitu juga novel fiksyen sejarah ini. Daripada kita perlu membaca dalam bentuk fakta, penulis membawa pembaca meresap ke alam penceritaan.

Secara peribadinya, apaila saya membaca novel-novel Pak Latip, saya rasa seolah-olah berada di dalam era tokoh-tokoh sejarah Islam tersebut. Macam mana berlakunya peperangan, situasi mencemaskan, pembunuhan, semangat yang berkobar-kobar, semuanya menyentuh hati saya sebagai seorang pembaca. Serius. Salah satu novel Pak Latip yang saya masih belum boleh move on sampai ke hari ini adalah tentang Sultan Muhammad Al Fateh. MasyaAllah saya memang sangat terinspirasi dengan Sultan Muhammad setelah membaca kisah hidupnya. Macam mana baginda membesar dan mampu memerintah sebuah kerajaan seawal usia yang muda. Strategi perang yang digunakan. Dan macam-macam lagi. Rasa macam saya membaca novel thriller pula.





Begitu juga dengan kisah Hasan Al-Banna. Imam Hasan ni memang mempunyai semangat yang berkobar-kobar sejak kecil. Beliau ialah anak kepada Imam Ahmad Al-Banna. Hasan Al-Banna selalu mendengar ayahnya berkhutbah dan dari situ timbul perasaannya untuk turut berkhutbah. Sampaikan beliau sanggup menunggu masjid kosong untuk berlatih khutbah. Imam Hasan ni ada cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di tempat-tempat tertentu. Misalnya kalau beliau bercadang nak lanjutkan pelajaran di Darul Ulum, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk realisasikan impian itu. Tindakan yang sama juga dilakukannya di peringkat pengajian tinggi.

Walaupun masih belum cukup umur, beliau cuba sedaya upaya memenuhi syarat lain yang ditetapkan seperti menghafaz al-Quran dan sebagainya. Semua ujian bertulis pun selalu Imam Hasan dapat selesaikan dengan tepat. 100 soalan, 100 itulah betul. Masya Allah betapa cerdasnya pemikiran beliau. Agaknya kalau saya, hendak dapat 10 markah pun belum tentu dapat. Saya kagum bagaimana Imam Hasan boleh menghafaz Quran dalam usia yang muda. Saya yang sudah 20 tahun ini pun masih belum menghafaz Quran. Entah usia berapa baru saya mampu menghafaz surah-surah Quran.

Sepanjang usia remaja Imam Hasan pula, beliau cekal memperjuangkan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Hendak tahu cerita lebih lanjut tentang perjuangan beliau bolehlah cari novel ni. Saya cuma boleh rumuskan bahawa bukan senang nak menubuhkan sebuah pertubuhan pada era itu, memperjuangkannya dan mengembangkan cawangannya ke serata negara. Hendak tubuhkan persatuan dalam sekolah atau universiti pun sudah banyak tentangan, apatah lagi pertubuhan dakwah. Betullah apa yang sering orang perkatakan, hendak buat kerja baik ni bukannya mudah. Saya ingin memetik kata hikmah yang sangat memberikan impak kepada saya.

“Semua manusia dijadikan hebat. Cuma kadangkala manusia itu sendiri tidak tahu tentang kehebatannya.” – Imam Ahmad Al-Banna membalas kepada Imam Hasan apabila beliau memuji ayahnya seorang yang hebat.

Berikut pula adalah matlamat perjuangan Hasan Al-Banna yang saya petik di dalam novel. “Saya adalah seorang pengembara yang sedang mencari kebenaran, seorang manusia yang mencari makna kemanusiaan di tengah umat manusia, seorang warga negara yang mengidamkan sebuah negara yang memiliki martabat, kebebasan dan keutuhan, serta kehidupan yang baik di bawah naungan Islam yang suci. Seorang yang semata-mata berharap menemukan rahsia kewujudannya di dunia. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku, hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan semikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri.”

Matlamat perjuangan Hasan Al-Banna jelas menunjukkan jelasnya wawasan beliau terhadap dakwah dan Islam. Dan hal ini terbukti melalui perjuangan-perjuangan yang dilakukan oleh Imam Hasan. Membaca kisah-kisah tokoh sejarah Islam seperti ini banyak membuatkan saya refleksi diri dan tanya pada diri ini, apakah jasa yang telah saya sumbangkan untuk Islam? Mungkin banyak sumbangan yang telah dilakukan dari segi kebajikan dan sebagainya. Tapi macam mana sumbangan terhadap agama kita, agama Islam? Adakah cukup dengan menulis blog semata-mata? Tepuklah dada, tanyalah selera masing-masing. What have you contribute to Islam?

Thursday, 27 October 2016

Babysitting is Tough




Sedang berbaring membaca novel Hassan Al Banna sambil menenangkan baby Amanda di sebelah. Tiba-tiba abang si Amanda, Asyraf datang membawa buku akaun saya dan letakkan di sebelah saya.

Apa maksudnya itu?


***


Asyraf memerhatikan seekor semut yang berjalan di hadapannya. Saya buat aksi mengajar dia supaya ambil semut itu dan makan. Tidak saya duga dia benar-benar melakukannya. Habislah kalau ibunya tahu.


***


Amanda kuat menangis. Mungkin lebih kuat daripada gempa bumi. Kadang sampai tak tahu apa lagi yang perlu dibuat kalau dia menangis. Selalunya kita cuma hulurkan tangan dan dia genggam. Selepas itu barulah dia akan berhenti menangis. Maka sambil baca novel, sebelah tangan lagi perlu dikorbankan sebagai mainan buat Amanda.


***


Saya suka buli Asyraf. Tangkap kaki dia, campak dia sana sini (dalam keadaan terkawal), baling  bantal (dengan lemah lembut) dan kadang masukkan dia dalam bagasi tingkat atas tu. Konflik bermula apabila Asyraf mula protes dan membaling mainannya ke arah saya (sambil gelak bahagia). Kemudian saya perlu menangkapnya semula. Dan kitaran yang sama berulang.


***


Ada seorang lagi bayi asuhan ibu saudara saya. Alif namanya. Alif ni tak banyak buat masalah. Cuma itulah, masih dalam peringkat jalan jatuh. Sehari sahaja dua tiga kali jatuh terlentang, jatuh tersembam. Sekali dia menangis, kalah gempa bumi Amanda.


***


Asyraf kuat cemburu. Tak boleh Alif dapat lebih perhatian daripada dia. Saya berganjak sebentar ke laptop untuk membuat tugasan. Dalam sekelip mata, tayar kereta mainan yang besar sudah berada di atas kepala Alif.


***


Amanda menangis lagi. Saya mendukungnya. Dan Amanda muak susu. Saya memerhatikan kotoran pada baju saya. Life is tough.


***


Asyraf suka tumpahkan air. Saya tidak pasti sama ada dia sengaja atau tidak. Tapi Alif akhirnya tergelincir jatuh dan menangis teruk.


***


Cik Na telefon.

“Esok Cik Na kerja malam. Cik Na nak hantar Mikael. Tolong jagakan, boleh?”

“Mikael dah la kuat menangis. Nanti dia menangis macam mana?”

“Kalau dia menangis awaklah kena.”




p/s: Saya bukan ambil upah mengasuh. Saya cuma luangkan cuti mid term di rumah bapa saudara. Kepada semua assignment serta test, rest in peace. Dan terima kasih kepada anda kerana membaca!


Tiba-tiba addicted dengan Bitmoji ni

Monday, 10 October 2016

I'm Not Feeling Very Well


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua yang membaca? Harap semua sihat-sihat sahaja. Sebab saya di sini tak berapa sihat. Mungkin Allah nak kurangkan dosa-dosa saya. Insya Allah. Apa pun, saya masih ada kudrat untuk menulis entry baru hari ini. Maknanya saya patut bersyukur kerana masih boleh melakukan aktiviti fizikal.

Saya bukanlah seorang yang jenis akan ponteng kelas atau tak masuk kelas. Tapi hari ini, saya terpaksa skip kelas Academic English. Setelah agak-agak sihat sikit, saya dan rakan saya Syafikah pergi ke Pusat Sejahtera (klinik kesihatan) untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Masya Allah, memang betul-betul dugaan apabila terpaksa menunggu lama.




Hendak dijadikan cerita, saya merupakan orang terakhir bertemu doktor di Pusat Sejahtera hari ini. Buku pula tak bawa sebab ingatkan sekejap saja. Jadi, saya pun menonton televisyen dan si Syafikah bermain smartphone. Mungkin scroll Instagram barangkali. Sedang saya menonton, pak cik petugas kaunter duduk berhampiran saya dan memberikan komentar tentang drama Melayu yang sedang saya tonton ketika itu.

Kisah lelaki duda bercinta dengan anak dara. Gaya dia bercerita macam banyak sahaja pengalaman bercinta. Saya pun mengusik pak cik itu. “Gaya cakap macam pak cik banyak je pengalaman.” Kemudian pak cik itu pun mulalah membuka kisah silam hidupnya yang panjang. Kisah silam apa, tak perlulah saya ceritakan di sini. Tapi kisahnya banyak yang memberikan pengajaran. Saya rasa seolah-olah kesakitan saya terubat mendengar cerita-ceritanya. Ternyata, setiap apa yang Allah berikan kepada kita ada hikmahnya. Jadi tak perlulah kita merungut setiap kali jatuh sakit. Senyum dan terus percaya dengan apa yang Allah aturkan. Tapi kalau memang sakit sangat tu tak perlulah pula paksa diri untuk senyum. Buruk pula nanti.

Baiklah. Tutup cerita tentang Pusat Sejahtera. Sebenarnya saya ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan event Career Exposure (CE) yang dikelolakan oleh Management Society USM. Kalau anda mengikuti saya di Facebook, mungkin anda perasan banyak post yang saya kongsi berkaitan CE ni. Sampaikan profile picture pun bertukar untuk promosikan event ni. Sebenarnya CE ni adalah satu program yang menjemput speaker untuk membicarakan tentang kerjaya dan pengalaman dalam bidang bisnes. Speaker yang dijemput bukanlah calang-calang orang. Terdiri daripada tokoh yang berpengalaman.


Salah seorang speaker Career Exposure


CE akan berlangsung pada 18 Oktober 2016 (Selasa) pada 7.30 malam hingga 11 malam. Sempatlah juga kalau nak solat Maghrib dulu. Rasanya VIP pun mungkin masuk lewat sikit. Selain daripada talk, kami akan mengadakan aktiviti lain juga. Saya rasa program ni bagus dan dapat mendedahkan orang ramai kepada kerjaya. Dapat membuka minda supaya berkembang dengan lebih luas. Tak rugi pun datang. Banyak manfaatnya. Cabutan bertuah turut disediakan.

Harga tiket pun murah, cuma RM5 sahaja. Tiket boleh didapatkan di booth CE di Library Foyer berhampiran DTSP sepanjang 10-14 Oktober 2016. Esok saya akan berada di sana sekitar jam 10 pagi jadi jumpa di sana ya. Kalau nak dapatkan terus daripada saya pun boleh, pm saya di Facebook atau WhatsApp sahaja.  Sebarang pertanyaan tentang CE pun boleh bertanya langsung kepada saya.

Last but not least, do support our CE! Jangan lupa dapatkan tiket anda. Jumpa di sana. Insya Allah.

Tuesday, 4 October 2016

Bonding Trip in Penang


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

I'm just going to post some random pictures of my Bonding Trip with the Management Society at Tanjung Tokong, Penang. Big thanks to Hooi Fen and Roy for these pictures.

Looking forward to our next programme!

 Felice Homestay

Front view

Penang scenery

Swan's guitar

Confession cups

MS Candles


Playing games at the beach















Saturday, 1 October 2016

Making A DIY Card


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah.

Subhanallah. Dah masuk tahun baru. Ya Allah. Apa yang sudah saya lakukan sepanjang 20 tahun ini? Sultan Muhammad Al-Fateh, umur 21 tahun sudah perintah sebuah negara.




Saya, nak perintah satu kumpulan kecil pun tak lepas. Saya cuma mampu berharap agar semua yang saya lakukan di atas muka bumi ini, walaupun kecil, akan ada impak yang positif. Misalnya sekarang ini saya banyak terlibat dalam pengurusan program. Jadi saya harap, dengan tugas yang saya jalankan itu akan dapat membantu mempermudahkan urusan orang lain. Insya Allah. Kalau kita senangkan urusan orang lain, Allah akan senangkan urusan kita, bukan?

Cuma kalau boleh, saya amat berharap program-program selepas ini akan lebih banyak berunsur motivasi, tarbiah atau berilmiah. Bukannya bermaksud program sedia ada tidak bagus, cuma program-program tersebut bukanlah program yang berunsur Islamik. Nak kata ilmiah itu memang ada, contoh macam Career Exposure yang akan datang. Cuma tak ada unsur-unsur rohani. Bercakap tentang Career Exposure, saya nak ambil kesempatan untuk mempromosikan program ini kepada mereka yang membaca.




CAREER EXPOSURE 2016 is organized by Management Society, Universiti Sains Malaysia (USM).

The main purpose of organizing this program is to expose the students of School of Management to the respective major courses that offered by our school. There are several major courses provided by School of Management, USM:

● Operations Management
● Finance
● Organizational Behavior
● Marketing
● International Business
● Islamic Finance

We are inviting speakers from different fields to share with us about their experience and career path. The speakers are corporate representatives who are now successful in their respective field.  

Jadi saya harap anda dapat hadir bagi memeriahkan program. Program ini dijalankan pada 18 Oktober 2016 di Dewan Pembangunan Siswa 1. Kepada yang masih belum like page Career Exposure, silalah berbuat demikian. Matlamat kami adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin like di page tersebut.

Baiklah. Berbalik kepada tajuk utama. Sebenarnya saya cuma ingin berkongsi gambar DIY Card yang baru saya siapkan sebentar tadi. Bukan senang saya nak merajinkan diri membuat kad sendiri. Tapi disebabkan ekonomi saya yang sedang meleset dan harga kad semakin melonjak di pasaran (mencecah belasan ringgit), maka saya putuskan juga untuk membuat kad sendiri.

Muka hadapan

Sebelah dalam kad

Senang sahaja cara nak buat kad ini. Cuma pergi ke Google Image, cari contoh-contoh DIY Card yang menarik dan cubalah buat sendiri. Tak adalah susah mana pun. Yang penting usaha dan keikhlasan hati sepanjang membuat kad. Eheh. Kalau saya sendiri dapat kad DIY, pasti akan lebih bermakna berbanding kad yang dibeli. Sebab kita boleh nampak kesungguhan seseorang membuat kad semata-mata untuk kita.

Baiklah. Selesai update gambar kad yang susah payah saya hasilkan. Sekarang nak selesaikan tugas lain pula.

Doakan semoga program Bonding Trip saya esok hari akan berjalan dengan lancar, ya?

Semoga urusan anda juga akan berjalan dengan lebih lancar di tahun baru ini.

Senyum dan terus percaya.

Anugerah Kepimpinan dan Empat Jam Siapkan Poster


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

I finally get it done!


Ingat tak lagi saya pernah cerita dalam entry sebelum ini tentang satu pertandingan poster yang saya sertai? Sebenarnya, saya tangguh siapkan poster sampailah hari ini kerana tarikh penghantaran dilanjutkan sehingga 6 Oktober. Baru hari ini rasanya saya dapat bebas daripada sebarang aktiviti. Terima kasih Management Society kerana membenarkan kami berehat seketika. Tapi sebenarnya petang ini ada juga program FitCon. Saya tak pasti singkatan untuk apa. Mungkin Fitness Convex. Dan esok ada aktiviti Bonding Trip dengan para senior. Apa pun saya teruja menantikan program-program ini.

Berbalik kepada cerita poster tadi, hari ini barulah saya nak rujuk semula syarat-syarat penyertaan segala. Kena guna mode CYMK, portrait dan saiz tidak kurang dari 2000 px. Saya tersilap baca ingatkan tidak lebih 2000 px. Setelah empat jam baru tersedar, memang taklah saya nak edit balik. Harap pihak penganjur atau juri tidak membaca entry ini. Maklumlah, saya bukannya pakar sangat dalam Photoshop pun. Saya mula design sekitar jam 11 pagi sampailah 3 petang. Siap poster, terus saya e-mel kepada pihak penganjur. Tapi tak bolehlah tunjukkan di sini.

Selesai satu perkara. Satu lagi belum. Saya masih belum siapkan sajak untuk Convex.


Semenjak menjejakkan kaki ke alam universiti, satu sajak pun saya tak pernah buat. Seakan-akan satu kejutan budaya pula di sini apabila saya yang dulunya seorang pelajar Sastera, perlu belajar subjek pengiraan seperti Financial Accounting dan Microeconomics. Tak tahulah pula hendak menjadi pengurus sampai perlu mahir dalam akaun dan ekonomi. Memang agak bertatih jugalah di sini, tapi saya anggap semua ini adalah cabaran yang perlu saya sahut.

Ilmuwan dulu pun bukan hanya mahir dalam satu bidang ilmu tetapi banyak. Contoh paling mudah Ibnu Sina. Pada awalnya Ibnu Sina pun bermula dengan bidang bahasa dan sastera. Tapi dalam masa yang sama, beliau pun belajar banyak bidang yang lain juga seperti perubatan, astronomi, fizik dan sebagainya. Jadi saya rasa kita juga patut mempelajari banyak bidang pengajian untuk tajamkan minda. Ilmu itu tak akan pernah habis. Saya sedang cuba belajar untuk lihat dunia ni daripada perspektif yang berbeza. Kalau asyik berfikiran negatif, pasti aura negatif yang akan datang kepada kita, bukan?

Saya kagum melihat mereka yang sentiasa ada aura positif. Walaupun sibuk, masih ada juga masa untuk bahagikan masa dan pelajaran. Misalnya seorang senior saya. Masuk Management Society. Jadi Majlis Perwakilan Desa (MPD). Semester satu dapat dekan. Memang dahsyat. Management Society sahaja pun sudah ada banyak kerja, apatah lagi MPD. Saya tanyalah macam mana dia mampu bahagikan masa untuk semua itu. Katanya senang sahaja. Jaga hubungan dengan Allah. Solat Dhuha. Solat Tahajjud. Baca al-Quran. Solat Tahajjud mungkin susah nak dibuat, tapi sekurang-kurangnya cubalah untuk istiqamah. Subhanallah. Apa yang dikatakannya itu sangat memberikan inspirasi kepada saya. Ayat “Jaga hubungan dengan Allah” itu diulang-ulangnya berkali-kali, menyentuh hati saya.

Kalau ada anugerah untuk The Most Inspirational Person di universiti ini, saya memang hendak calonkan senior saya itu. Saya pasti, anda pun mesti pernah jumpa dengan orang-orang hebat seperti ini, kan?

Bercakap tentang anugerah, baru-baru ini ibu saya ada bertanyakan bila saya boleh pulang. Katanya JKKK Kampung Paya Tok Betok ingin memberikan anugerah penghargaan kepada saya. Anugerah kepimpinan itu adalah disebabkan saya pernah menjadi guru tuisyen di Kg Paya Tok Betok dulu. Tapi disebabkan banyak program di sini, saya tak boleh pulang ke rumah.



Ibu saya yang menjadi wakil untuk mengambil anugerah tersebut. Tak apalah. Saya nak bagi peluang kepada dia supaya berbangga sikit dengan anaknya. Eheh. Padahal sebenarnya bukan ada apa sangat pun.

Kalau hendak diberikan anugerah, rasanya guru-guru dan seluruh pendidik di Malaysia yang sebetulnya layak diberikan anugerah kerana tak jemu dan lelah dalam mendidik anak bangsa. Saya yang menjadi cikgu untuk beberapa bulan pun penat melayan kerenah anak murid apatah lagi mereka.
Apalah agaknya cerita anak-anak murid selepas UPSR ni. Mesti sedang bergembira tanpa memikirkan sebarang masalah. Eheh. Bergembiralah selagi boleh. Nanti bila dah masuk universiti, tak ada masa nak bergembira sakan sangat.

Apa pun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak JKKK Kg atas anugerah tersebut. I hope it will inspire me to be a better person in the future. Insya Allah.

Senyum dan terus percaya.