Sedang berbaring membaca novel Hassan Al Banna sambil menenangkan baby Amanda di sebelah. Tiba-tiba abang si Amanda, Asyraf datang membawa buku akaun saya dan letakkan di sebelah saya.
Apa maksudnya itu?
***
Asyraf memerhatikan seekor semut
yang berjalan di hadapannya. Saya buat aksi mengajar dia supaya ambil semut itu
dan makan. Tidak saya duga dia benar-benar melakukannya. Habislah kalau ibunya
tahu.
***
Amanda kuat menangis.
Mungkin lebih kuat daripada gempa bumi. Kadang sampai tak tahu apa lagi yang
perlu dibuat kalau dia menangis. Selalunya kita cuma hulurkan tangan dan dia
genggam. Selepas itu barulah dia akan berhenti menangis. Maka sambil baca
novel, sebelah tangan lagi perlu dikorbankan sebagai mainan buat Amanda.
***
Saya suka buli
Asyraf. Tangkap kaki dia, campak dia sana sini (dalam keadaan terkawal),
baling bantal (dengan lemah lembut) dan
kadang masukkan dia dalam bagasi tingkat atas tu. Konflik bermula apabila
Asyraf mula protes dan membaling mainannya ke arah saya (sambil gelak bahagia).
Kemudian saya perlu menangkapnya semula. Dan kitaran yang sama berulang.
***
Ada seorang lagi bayi
asuhan ibu saudara saya. Alif namanya. Alif ni tak banyak buat masalah. Cuma
itulah, masih dalam peringkat jalan jatuh. Sehari sahaja dua tiga kali jatuh
terlentang, jatuh tersembam. Sekali dia menangis, kalah gempa bumi Amanda.
***
Asyraf kuat cemburu.
Tak boleh Alif dapat lebih perhatian daripada dia. Saya berganjak sebentar ke
laptop untuk membuat tugasan. Dalam sekelip mata, tayar kereta mainan yang
besar sudah berada di atas kepala Alif.
***
Amanda menangis lagi.
Saya mendukungnya. Dan Amanda muak susu. Saya memerhatikan kotoran pada baju
saya. Life is tough.
***
Asyraf suka tumpahkan
air. Saya tidak pasti sama ada dia sengaja atau tidak. Tapi Alif akhirnya
tergelincir jatuh dan menangis teruk.
***
Cik Na telefon.
“Esok Cik Na kerja
malam. Cik Na nak hantar Mikael. Tolong jagakan, boleh?”
“Mikael dah la kuat
menangis. Nanti dia menangis macam mana?”
“Kalau dia menangis
awaklah kena.”
No comments:
Post a Comment