Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Apa khabar semua yang membaca? Harap semua sihat-sihat sahaja. Sebab saya di sini tak berapa sihat. Mungkin Allah nak kurangkan dosa-dosa saya. Insya Allah. Apa pun, saya masih ada kudrat untuk menulis entry baru hari ini. Maknanya saya patut bersyukur kerana masih boleh melakukan aktiviti fizikal.
Saya bukanlah seorang yang jenis akan ponteng kelas atau tak masuk kelas. Tapi hari ini, saya terpaksa skip kelas Academic English. Setelah agak-agak sihat sikit, saya dan rakan saya Syafikah pergi ke Pusat Sejahtera (klinik kesihatan) untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Masya Allah, memang betul-betul dugaan apabila terpaksa menunggu lama.
Hendak dijadikan cerita, saya merupakan orang terakhir bertemu doktor di Pusat Sejahtera hari ini. Buku pula tak bawa sebab ingatkan sekejap saja. Jadi, saya pun menonton televisyen dan si Syafikah bermain smartphone. Mungkin scroll Instagram barangkali. Sedang saya menonton, pak cik petugas kaunter duduk berhampiran saya dan memberikan komentar tentang drama Melayu yang sedang saya tonton ketika itu.
Kisah lelaki duda bercinta dengan anak dara. Gaya dia bercerita macam banyak sahaja pengalaman bercinta. Saya pun mengusik pak cik itu. “Gaya cakap macam pak cik banyak je pengalaman.” Kemudian pak cik itu pun mulalah membuka kisah silam hidupnya yang panjang. Kisah silam apa, tak perlulah saya ceritakan di sini. Tapi kisahnya banyak yang memberikan pengajaran. Saya rasa seolah-olah kesakitan saya terubat mendengar cerita-ceritanya. Ternyata, setiap apa yang Allah berikan kepada kita ada hikmahnya. Jadi tak perlulah kita merungut setiap kali jatuh sakit. Senyum dan terus percaya dengan apa yang Allah aturkan. Tapi kalau memang sakit sangat tu tak perlulah pula paksa diri untuk senyum. Buruk pula nanti.
Baiklah. Tutup cerita tentang Pusat Sejahtera. Sebenarnya saya ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan event Career Exposure (CE) yang dikelolakan oleh Management Society USM. Kalau anda mengikuti saya di Facebook, mungkin anda perasan banyak post yang saya kongsi berkaitan CE ni. Sampaikan profile picture pun bertukar untuk promosikan event ni. Sebenarnya CE ni adalah satu program yang menjemput speaker untuk membicarakan tentang kerjaya dan pengalaman dalam bidang bisnes. Speaker yang dijemput bukanlah calang-calang orang. Terdiri daripada tokoh yang berpengalaman.
Salah seorang speaker Career Exposure |
CE akan berlangsung pada 18 Oktober 2016 (Selasa) pada 7.30 malam hingga 11 malam. Sempatlah juga kalau nak solat Maghrib dulu. Rasanya VIP pun mungkin masuk lewat sikit. Selain daripada talk, kami akan mengadakan aktiviti lain juga. Saya rasa program ni bagus dan dapat mendedahkan orang ramai kepada kerjaya. Dapat membuka minda supaya berkembang dengan lebih luas. Tak rugi pun datang. Banyak manfaatnya. Cabutan bertuah turut disediakan.
Harga tiket pun murah, cuma RM5 sahaja. Tiket boleh didapatkan di booth CE di Library Foyer berhampiran DTSP sepanjang 10-14 Oktober 2016. Esok saya akan berada di sana sekitar jam 10 pagi jadi jumpa di sana ya. Kalau nak dapatkan terus daripada saya pun boleh, pm saya di Facebook atau WhatsApp sahaja. Sebarang pertanyaan tentang CE pun boleh bertanya langsung kepada saya.
Last but not least, do support our CE! Jangan lupa dapatkan tiket anda. Jumpa di sana. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment