Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Saya baru sahaja pulang daripada makan malam dengan customer
gym. Mereka nak belanja sebab Ahad ni saya akan pulang ke universiti semula.
Kira macam farewell dinnerlah lebih kurang. Saya tak ambil gambar untuk dikongsikan,
jadi kongsi cerita sajalah. Saya nak selitkan appreciation shoutout kepada dua
insan ini.
Saya nak berterima kasih kepada Mak Cik Ilah yang sanggup ambil saya di rumah walaupun rumahnya jauh dan Kak Natrah yang menghantar saya pulang. Mereka bersungguh-sungguh juga nak belanja saya makan. Mak Cik Ilah dan Kak Natrah sudah lama merancang untuk membawa saya keluar makan tetapi malam ini baru sempat.

Apa yang saya tidak boleh lupa adalah babak di dalam kereta
Mak Cik Ilah tadi. Sedang kami berbual, tiba-tiba Mak Cik Ilah memandang saya
dan berkata “Cantiknya.” Saya tidak tahu bagaimana nak berikan respon. Haha.
Seronok berkenalan dengan mereka berdua. Walaupun mereka banyak bicara, topik perbualan mereka tidak pernah sesekali mengumpat atau mengutuk orang lain. Kalau Mak Cik Ilah dan Kak Natrah membaca entry ini (kalaulah), terima kasih sebab menyokong saya dengan membeli novel saya dan terima kasih sebab belanja makan.

Bila ada perpisahan, akan ada jugalah pertemuan baru. Nak
tak nak, semester baru akan bermula lagi. Maka tamatlah hampir tiga bulan saya
bercuti. Dan setiap kali nak masuk semester baru, mesti akan wujud satu
perasaan malas tu.
Ada banyak benda yang saya dah masukkan dalam list-to-do saya untuk semester tiga ni, tapi tak tahulah macam mana hasilnya nanti. Banyak benda yang saya nak lakukan, tapi saya tak rasa perlu sangat diceritakan di sini. Ya lah, nanti kalau tak jadi buat malu diri sendiri saja. Eheh. Satu yang boleh saya kongsikan ialah saya nak perbaiki pointer supaya dapat 3.X. Siapa yang tak nak baiki pointer kan?

Saya mengambil tujuh subjek untuk semester tiga ni. Semester
ini, kami sudah diberikan pilihan untuk memilih minor. Saya belum jumpa lagi
rakan-rakan yang mengambil minor sama sebab rata-ratanya mengambil minor
Psikologi. Kawan-kawan saya ada yang tanya, kenapa saya tidak mengambil minor
Psikologi padahal saya skor subjek tersebut.
Jawapannya, saya sudah lama target nak ambil minor yang saya pilih sekarang ni sebab ada benda yang saya nak belajar. Saya rasa anda pun tahu bezanya bila kita terpaksa memilih untuk belajar atau subjek yang memang kita nak belajar. Kali ini, saya betul-betul serius nak belajar subjek dalam minor saya. Harapnya seriuslah.

Bagi saya, semester tiga adalah permulaan saya kembali dari
titik kosong. Kebanyakan kelas sudah tidak sama lagi dengan rakan-rakan saya.
Mungkin cuma dua tiga kelas saja yang sama. Subjek-subjek juga sudah semakin
mencabar. Kalau boleh disamakan dengan permainan video, saya sudah upgrade
level baru dalam sebuah game yang tidak ada butang pause. Cuma ada butang quit
yang tersedia. Tapi kita semua tahu yang hidup ni bukannya permainan.
Belum buka lagi semester, banyak tawaran kerja yang sudah
saya dapat. Tawaran yang tidak dibayar upahlah. Isnin hingga Rabu buka semester
perlu bertugas di stor untuk pengambilan barang penghuni desasiswa. Harapnya
tidaklah begitu memenatkan seperti waktu penyimpanan barang dulu. Kalau saya
jadi lagi MPD untuk sidang akan datang, semoga ada staf yang akan menguruskan
bab-bab penyimpanan dan pengambilan barang ni. 30 September pula Bella minta
saya untuk jadi jurugambar Interaction Day. Dan ada jugalah beberapa aktiviti
lain yang bakal dilaksanakan. Entah kenapa saya dapat rasakan semester baru ini
akan lebih sibuk daripada sebelum ini.
Oh ya, saya juga ada beberapa cadangan idea untuk buat video
dalam kepala saya. I’m also looking forward to that. Teringin rasanya nak ada
DSLR sekarang ini. Dan kalau dapat kawan-kawan yang nak berlakon memang
terbaiklah.
Banyak jugalah yang saya rancang untuk semester baru ni,
tapi saya tak nak cerita banyak. Pernah tak anda berada dalam satu situasi di
mana semangat tu membuak-buak untuk buat banyak benda? Ha, begitulah yang
sedang saya rasa. Harap ada hasilnya daripada tak ada. InsyaAllah. Selamat memasuki
semester baru ya dan terima kasih membaca coretan ringkas ini.
Anime images: K On, Hyouka, Tsuki Ga Kirei
Best ada org belanja makan..rezeki
ReplyDelete