Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah.
Alhamdulillah, kita sudah memulakan satu lagi tahun baru
Hijrah. Bila kita dengar sahaja perkataan Hijrah, sudah tentulah kita teringat
akan kisah Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sebut
tentang Mekah dan Madinah, terasa rindu pula nak berkunjung lagi ke sana. Jika
ada rezeki, harap saya dapat ke sana lagi. InsyaAllah. Bercakap tentang hijrah
ni, banyak definisi yang boleh kita tafsirkan. Tepuk dada, tanya pada hati, apa
ertinya hijrah bagi kita? Dan adakah kita sudah memulakan langkah hijrah, atau
masih berada pada takuk yang lama? Saya sendiri sedang menanyakan persoalan
tersebut kepada diri saya.
Apa yang saya lakukan pada hari Maal Hijrah ini? Jujurnya,
saya banyak menghadap laptop untuk menyiapkan design. Dan mungkin malam ini
saya akan hasilkan satu design baju persatuan atas permintaan seorang rakan.
Sebenarnya, saya tahu saya tidak mampu untuk menghasilkan design yang lawa.
Tapi saya tak pernah nak berhijrah untuk belajar menggunakan Adobe Photoshop
dengan lebih baik. Saya cuma akan menggunakan tools yang saya sudah biasa gunakan.
Ternyata, hendak berhijrah ke peringkat seterusnya bukanlah merupakan suatu
perkara yang mudah. Walaupun saya tidak pakar dalam design, saya bercadang
untuk hantar juga design baju. Diterima atau tidak, itu lain cerita.
Satu lagi benda yang saya belum boleh berhijrah ialah projek
puisi yang sedang saya usahakan. Rasanya sampai hari ini saya masih tersekat
pada jumlah yang sama. Bukannya apa, akhir-akhir ini inspirasi tak nak datang
kepada saya. Selalunya saya akan dapat hasilkan sebuah puisi jika ada benda
atau perkara yang berlaku di sekeliling saya. Tapi semenjak dua menjak ini, hidup
saya agak plain dan tak ada sebarang inspirasi yang menghentak saya. Saya harap
projek puisi itu tidaklah bersarang begitu sahaja. Eheh.
Baiklah. Cukup dengan kisah projek saya yang tidak berhijrah
itu. Maafkan saya kerana membawa unsur negativiti dalam entry ini. Sebenarnya,
saya ingin berkongsi tentang satu tawaran untuk berkolaborasi daripada Broaden.
Sewaktu saya sedang menyemak e-mel saya, ada satu e-mel yang dihantar oleh
pihak Broaden kepada saya.
Sebelum ini saya pernah mendapat tawaran daripada
Zalora untuk berkolaborasi, tetapi saya abaikan sahaja kerana saya tidak gemar
mempromosikan sesuatu yang tidak saya gunakan. Jika hendak membuat review, saya
lebih suka untuk menulis dari hati. Dan saya tidak mampu pun nak berikan
komitmen. Sebenarnya pihak Zalora memang sedang merekrut ramai lagi blogger
untuk bekerjasama dengan mereka.
Saya tidak tahu tentang Zalora, tetapi Broaden merupakan
satu website yang mempunyai banyak artikel berkaitan travel, kesihatan dan
sebagainya. Broaden berfungsi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog
kita. Pengunjung yang membaca pula bukannya dari Malaysia sahaja tetapi juga
dari luar negara. Saya rasa, jika ada blogger yang berminat untuk mendapatkan
trafik dengan entry bahasa Inggeris yang berkualiti, mungkin anda boleh cuba
berkolaborasi dengan Broaden. Tentang bayaran, saya tidak pasti pula. Rasanya
mereka cuma memberikan manfaat kepada blog dari sudut trafik sahaja.
Apa pun, sama seperti Zalora, saya akan mengabaikan sahaja
tawaran daripada Broaden. Bukannya saya melepaskan peluang keemasan, cuma saya
tidak mampu untuk memberikan komitmen dan saya lebih suka penulisan sendiri.
Walaupun tak ada yang membaca. Saya menulis blog cuma sekadar mengisi masa lapang dan menyampaikan sesuatu yang lahir
dari hati.
Mungkin, satu hari nanti kalau saya benar-benar serius untuk
menjana pendapatan daripada media sosial, saya akan usahakan
kolaborasi-kolaborasi bersama website terpilih. Manalah tahu.
wah tahniah..saya baru jumpa blog sebab nak cari tentang broaden..
ReplyDeletesama mcm saya suka menulis dari hati...hehe selamat berkenalan..