Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
20
Mac 2020. Ya, kalau nak cakap minta maaf kerana sudah lama tak update post,
macam biasa semua itu adalah klise dan alasan duniawi. By this time, pembaca
blog ini (kalau masih ada) dah patut tahu penulis blog ini bukanlah merupakan
seorang yang konsisten dalam mengemaskini blognya. Tahun lepas ada sekitar 20
entry sahaja yang saya tulis. Saya tak
pasti jika ada yang setia menunggu update dari dulu.
Ada
banyak hal yang terjadi dalam hidup saya sepanjang hampir enam bulan saya tidak
menulis di sini. Ada banyak yang saya ingin kongsikan dalam bentuk penulisan,
tapi mungkin saya akan kongsikan sedikit demi sedikit. Mungkin ramai daripada
anda yang tahu, saya belajar dan tinggal di Jerman selama satu semester untuk
program pertukaran pelajar di bawah universiti saya. Alhamdulillah,untuk
pengetahuan anda, saya telah selamat pulang ke tanah air tercinta. Jadi jangan
pelik jika nanti ada entry sekejap di Jerman, sekejap di Malaysia pula.
Di hadapan universiti - OTH Regensburg |
So…
where should we start? Saya skip timeline ke hari ini dulu. Saat menulis entry
ini, saya sedang berada di rumah mengikuti perintah berkurung selama 14 hari
yang diarahkan oleh pihak kerajaan untuk menghindari wabak coronavirus COVID-19
yang sedang mengancam seluruh dunia. Saat awal-awal saya mengetahui tentang
COVID-19, saya masih berada di Jerman. Waktu itu masih belum ada sebarang kes
di sana. Tapi saya mengikuti perkembangan wabak tersebut yang sudah pun merebak
di Malaysia. Saya melahirkan kebimbangan saya menerusi story yang kerap saya
update di Instagram.
Rakan-rakan
Eropah saya pada waktu itu masih kurang mendapat pendedahan tentang wabak
tersebut. Ada beberapa rakan yang bertanya tentang story IG saya, dan jujur
saya akui saya pun tak banyak ilmu tentang wabak ni pada masa tu. Saya cuma
mampu jawab yang kes ni dah sampai di Malaysia. Saya masih ingat bagaimana
salah seorang rakan Jerman saya yang mengambil enteng tentang wabak ini. Diulang
kembali, ketika itu masih belum ada kes di Jerman. Katanya. jangan terlalu
risau tentang wabak ini.
27
Januari 2020. Kes pertama COVID-19 dilaporkan di Jerman. Dalam banyak-banyak
state, Bavaria jugalah destinasi pertama pilihan virus tersebut untuk mendarat.
Puncanya daripada HQ pengilang komponen kereta di Stanberg. Saya masih ingat
sewaktu mendengar khabar tersebut, langsung saya cari jarak Stanberg dengan
Regensburg. 1 jam 40 minit lebih sahaja! Ya, dah tentu ada juga rasa cemas.
Tapi melihat netizen negara Jerman yang tidak melatah, saya pun bertenang saja.
Saya tak pasti disebabkan budaya atau apa, walaupun kes tersebut sudah sampai
di Jerman, majoriti masih bertenang. Saya tak tahu betapa kecohnya kes ini di
Malaysia pada waktu itu. Walaupun saya ambil tahu tentang berita, perasaan dan
situasinya tak sama dengan perasaan yang saya ada di Malaysia sekarang. Atau
mungkin sebab masa tu kesnya masih awal-awal lagi?
Wabak
ini tidak menyerang Jerman dengan pantas pada bulan Februari. Pendek kata,
sebenarnya COVID-19 menyerang Malaysia dahulu, kemudian dalam masa seminggu turut
menyerang Jerman. Tapi kalau nak saya gambarkan, situasinya seolah-oleh kita membaca
tentang kes penyakit biasa sahaja. Saya masih ingat saya sempat berjalan hingga
ke gunung tertinggi di Jerman iaitu Zugspitze. Bukan mendaki la bergambar saja
depan gunung tu.
Aktiviti masyarakat semuanya sangat normal, bahkan saya sempat lagi menghadiri party di salah sebuah dormitori pelajar. Ketika di party itu, saya masih ingat seorang rakan saya dari Croatia sempat berterima kasih kepada saya kerana sering update story di IG berkenaan coronavirus. Kata-katanya itu memberi impak kepada saya, membuatkan saya rasa info yang kita kongsikan bermanfaat juga kepada yang lain.
Aktiviti masyarakat semuanya sangat normal, bahkan saya sempat lagi menghadiri party di salah sebuah dormitori pelajar. Ketika di party itu, saya masih ingat seorang rakan saya dari Croatia sempat berterima kasih kepada saya kerana sering update story di IG berkenaan coronavirus. Kata-katanya itu memberi impak kepada saya, membuatkan saya rasa info yang kita kongsikan bermanfaat juga kepada yang lain.
27
Februari 2020, tarikh untuk saya pulang ke Malaysia. Di lapangan terbang
Munich, di antara kesesakan ramai, saya cuma mampu melihat dalam seorang dua
sahaja yang memakai penutup muka. Saya pun jadi tidak konsisten memakai penutup
muka kerana segan dipandang orang. Jujurnya kalau mask saya plain, saya akan
pakai sepanjang masa. Tapi yang saya ada pada waktu itu adalah mask polkadot
pemberian rakan saya yang dibawa dari negaranya semasa cuti. Di Jerman sangat
sukar untuk mendapatkan penutup muka. Jadi, polkadot pun polkadotlah.
Alternatif
saya adalah menjarakkan diri saya daripada orang sekeliling. Ya, saya tahu
kesihatan penting tapi kepekaan kami masih kurang dan saya akui itu. Saya
mencari tempat duduk yang terasing daripada keramaian orang. Kemudian, seorang
wanita berusia dalam 40-50 an duduk di sebelah saya. Dia memakai tudung juga,
jadi saya beranggapan mungkin berasal dari Iran, Syria atau Turki. Saya masih
belum boleh membezakan mereka. Maafkan saya. Rata-rata pelarian yang berada di
Jerman berasal dari negara-negara yang saya nyatakan tadi. Tiba-tiba makcik
sebelah saya tu terbatuk-batuk. Saya jadi tak sedap pula. Dalam hati saya, “Cepatlah
bangun, makcik.” Kalau saya nak bangun tiba-tiba takut dia terasa pula macam
saya lari daripada dia. Mujur makcik itu duduk sekejap sahaja untuk minum air
dan kemudian bangun. Mencabar jugalah nak mengelak keramaian orang di lapangan
terbang di mana ramai yang masih belum peka tentang COVID-19.
Saya
transit di Doha, Qatar. Di sana, jumlah mereka yang memakai mask lebih banyak
sedikit berbanding di Munich. Jadi saya pun bebas memakai mask tanpa sebarang
ketidaksenangan. Saya cuma membukanya sewaktu hendak solat atau mengunyah
coklat titipan rakan-rakan. Sewaktu dalam kapal terbang dari Doha ke Pulau
Pinang, sederet barisan di sebelah saya kosong dan tak ramai yang menumpang
jadi saya boleh bergerak dengan selesa sedikit berbanding penerbangan pertama
sebelumnya.
Sampai
di lapangan terbang Pulau Pinang, saya sangat terkejut kerana disambut oleh petugas-petugas
yang memakai baju biru (mungkin pegawai kesihatan/petugas biasa). Saya
diberikan pas 14 hari yang perlu dibawa ke hospital/klinik sekiranya mengalami
simptom dalam masa 2 minggu. Ada kamera haba dan juga petugas yang memeriksa
mata. Saya sangat terkejut kerana berbeza dengan lapangan terbang Munich dan
Doha. Saya tak pasti pula jika mereka juga melakukan hal yang sama kepada
sesiapa yang baru mendarat. Di Pulau Pinang, alhamdulillah tahap kesedaran
untuk mengamalkan langkah penjagaan kesihatan mungkin lebih tinggi. Walaupun
hari saya pulang ke Malaysia itu tidak ada kerajaan, semuanya masih berjalan
dengan baik. Setelah enam bulan, akhirnya saya pulang juga ke pangkuan keluarga
tercinta.
Saya
rasa pada penghujung Februari kes wabak COVID-19 mungkin masih tidak seserius
hari ini, setelah perhimpunan jemaah tabligh berlangsung. Setelah seminggu
lebih pulang, saya sudah perlu memulakan latihan industri (internship) saya.
Satu kesalahan yang saya buat, adalah saya tidak mengkuarantinkan diri sendiri
di rumah. Jujurnya saya tak tahu saya perlu berbuat demikian, tapi saya pun dah
tak boleh menangguhkan intern lebih lama. Kalau ikutkan saya sudah menangguhkan
beberapa hari dengan kebenaran Timbalan Dekan.
Untuk
permulaan internship, saya masih tak banyak tugasan. Saya cuma ditugaskan untuk
membuat proposal bisnes yang boleh disiapkan dalam masa 2-3 hari sahaja. Baru
hampir seminggu lebih saya memulakan internship, akhirnya kita mendapat arahan
daripada Perdana Menteri baru untuk melakukan kuarantin di rumah dan pergerakan
luar dihadkan. Saya tak boleh bayangkan kalau saya betul-betul ikut kuarantin
14 hari pulang dari Jerman ditambah 14 hari arahan kerajaan, boleh dikatakan
sebulan tempohnya untuk saya dikuarantin. Dari satu aspek, saya lega sebab
tidak tangguhkan intern lebih lewat. Jika tidak banyak juga implikasinya nanti.
Rumit. Tapi yang ini memang dapat arahan khas daripada pemerintah, jadi kena
ikut ya. Saya harap semua orang juga mengikuti perintah berkurung ini.
Mungkin
ada orang yang sudah terbiasa bekerja, bersosial atau melakukan aktiviti luar.
Tapi saya berharap semua orang tidak terlalu pentingkan diri untuk memenuhi
jiwa sosial mereka. Saya memang jenis yang suka duduk bilik, jadi kuarantin ini
sebenarnya tidaklah begitu banyak membawa perbezaan atau kesulitan kepada saya.
Apa yang saya nampak, sebenarnya banyak hikmah yang kita peroleh daripada
situasi sekarang.
Orang
yang bekerja, boleh berehat selama dua minggu. Saya nampak ini sebagai ‘break
& rest time’ buat ibu saya yang bekerja sepanjang masa. Saya nampak, banyak
maksiat yang berjaya dikurangkan. Buktinya, semua bar dan kelab di Jerman
ditutup. Saya juga yakin banyak perkumpulan seumpamanya di Malaysia juga menjadi
terbatas. Dengan ini, sudah tentunya maksiat berkurangan. Saya nampak, Tuhan
cuba untuk hapuskan dosa ramai orang. Orang kata, sakit itu penghapus dosa.
Jadi mungkin mereka yang diuji dengan penyakit ini sebenarnya diberi peluang
untuk dikurangkan atau dihapuskan dosa mereka. Saya juga berasa perjalanan saya
diatur cukup cantik oleh Tuhan.
Sejurus
sahaja saya pulang ke Malaysia, wabak COVID-19 terus menggila di Jerman. Hingga
hari ini, angkanya sudah mencecah 13K. Barangan makanan di pasaraya terkawal
dan rakan-rakan yang masih di sana berasa risau untuk keluar rumah walaupun
masih tiada arahan lockdown. Jadi, tak adalah saya merisaukan keluarga
sekiranya masih berada di sana. Tarikh pulang saya pun adalah sebelum perintah
berkurung, Malaysia jadi segala urusan pulang saya memang dipermudah. Ada
rakan-rakan exchange di sana yang terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk
belajar lebih lama di Jerman disebabkan situasi sekarang. Banyak penerbangan
yang dibatalkan seumpamanya. Jadual bas juga sudah terhenti pada waktu malam di
Regensburg.
Harapnya
situasi di Malaysia dan Jerman, juga di negara-negara lain akan pulih.
InsyaAllah. Kes domestik di China sudah tidak dilaporkan hari ini, jadi itu
adalah permulaan yang baik untuk melihat sinar harapan. Setiap pihak sedang
cuba melakukan yang terbaik. Jadi sebagai rakyat Malaysia, tugas kita yang
utama adalah untuk menjaga kesihatan diri sendiri, bukan menjaga kepentingan
diri.
Sampai
bertemu lagi di entry seterusnya, semoga situasi kita akan lebih membaik.
Singgah sini baca
ReplyDelete