Video khas daripada Nur Hanum binti Fauzi untuk 4 Zamrud 2012:
There we go. Hari ini merupakan hari terakhir Hanum di sekolah, selepas ini entah bila lagi boleh berjumpa dia. Rasa sedih apabila seorang rakan berpindah sekolah. Mungkin di sekolahnya nanti, Hanum akan dapat menenangkan diri, minda dan perasaan serta lebih fokus dalam segala apa yang dikerjakannya. You're still a 4 Zamrudian and will always be. Dan kau tetap seorang BADAR, jangan lupa itu.
Walau di mana pun bumi dipijak, tanggungjawab untuk saling berpesan ke arah kesabaran dan kebenaran itu ada pada setiap orang. Yang membezakan adalah sama ada mereka mahu melaksanakan amar makruf nahi mungkar itu atau memilih untuk mengabaikannya begitu sahaja.
Terima kasih Hanum kerana selama ini kau telah menjadi seorang sahabat yang memahami dan sering menasihati dalam waktu-waktu kesulitan. Kita sama-sama akan saling menasihati satu sama lain. Terima kasih kerana telah mengajar aku banyak ilmu tahun lepas. Maafkan aku andai ada salah silap dan terkasar bicara atau sebagainya. Yalah, kadang manusia tak akan sedar kesalahan mereka sendiri.
Aku nak kau tahu bahawa kau memang seorang yang istimewa dan berbakat. Anugerah yang Allah berikan, harapnya terus digunakan dan dikongsi bersama rakan-rakan kau. Aku yakin di sekolah lama tu, kau ada ramai rakan-rakan yang lebih memahami dan sedia menerima kau kembali dengan hati yang terbuka. Mungkin di sini bukan tempat kau, mungkin juga Allah telah merancang takdir dan hikmah yang lebih baik untuk kau di tempat lain.
Walau apapun, aku nak kau ingat semua kenangan manis dan gembira yang kau pernah alami sepanjang satu tahun di sini. Kenangan di kelas dan asrama. Bila kita bergelak ketawa, bergurau, serius, stress, makan ramai-ramai dan banyak lagi. InsyaAllah, segala pengalaman yang kau peroleh di sekolah ini dapat kau terus aplikasikan dalam hidup. Dan semua pengalaman yang pahit pula kita jadikan sebagai panduan dalam menghadapi segala cabaran hidup.
Maafkan aku Hanum andai aku tidak mampu menjadi seorang sahabat yang baik untuk kau. Aku pasti, kau akan temukan ramai lagi sahabat yang lebih baik. Aku nak kau sentiasa ingat bahawa 4 Zamrud '12 tak akan lupakan kau. Kami semua sayangkan High Frequency. Mesti lain keadaannya nanti bila dah tak dengar lagi suara kau yang nyaring tu. Dan aku tertanya-tanya, siapa lagi nak ajarkan aku nasyid-nasyid yang best. Siapa yang nak tuliskan lirik lagu dan bagi aku. Kau seorang saja yang suka buat benda-benda macam ni.
Hanum, I will always remember everything that we've been through together. Always. Life will be kind of different without you. But whatever that you're doing, always put Allah as your priority. Remember that He would not test you unless you are able to go through it. Don't get too much stressed and enjoy this life as long as we can. Uhibbuki fillah ukhti. 4 Zamrud forever.
No comments:
Post a Comment