Friday 7 March 2014

Terima Kasih Puteri Ichigo dan Diari Jejaka Hangat



Kebelakangan ini saya tidak ada masa untuk update blog tetapi insya-Allah saya akan usaha juga supaya blog ini ada pengisiannya. Entry ringkas kali ini lebih kepada ucapan terima kasih buat dua orang blogger iaitu Puteri Ichigo dan DJH kerana memilih saya sebagai pemenang untuk segmen-segmen yang telah dianjurkan oleh mereka berdua. 

Puteri Ichigo telah mengadakan sebuah segmen Giveaway Doodle + Vector yang berlangsung dari 1 Mac sehingga 6 Mac. Hadiah kepada pemenang merupakan doodle masing-masing. Di bawah inilah doodle yang direkanya untuk saya. Terima kasih ya. Kepada anda yang ingin melihat doodle yang diterima oleh pemenang-pemenang yang lain, bolehlah berkunjung ke blog Puteri Ichigo. Oh ya, blogger ini juga sudah mula membuka tempahan doodle kepada sesiapa yang berminat. Bolehlah PM dia untuk keterangan lebih lanjut.


Terima kasih juga saya ucapkan kepada blogger Diari Jejaka Hangat kerana memilih blog ini untuk dimasukkan dalam bloglistnya selama dua bulan. DJH banyak menceritakan tentang pengalaman yang dialami oleh penulis blog tersebut. Kepada anda yang membaca, silalah ringan-ringankan tangan untuk berkunjung ke laman penulisan blogger ini!


Blog Puteri Ichigo




Blog Diari Jejaka Hangat


1 comment: