Tak ada maknanya...
Cuma, lebih kurang begitulah. Ibu saya telah dijemput ke sebuah program bual bicara RTM iaitu Apa Kata Wanita bersama Zamzarina. Mungkin ramai dalam kalangan anda yang telah lama mengikuti program ini, dan mungkin juga ada yang langsung tidak tahu tentang kewujudannya. Jujurnya, saya juga tidak mengikutinya.
Apa Kata Wanita merupakan sebuah program bual bicara tentang permasalahan semasa yang melibatkan kaum wanita di Malaysia. Ibu saya akan mewakili sebuah pertubuhan kosmetik iaitu PRUMERA dan bakal berkongsi tentang info kosmetik-kosmetik di Malaysia.
Oleh itu, saya akan mengikutinya ke studio atau sri pentas atau ke mana sahaja lokasi rancangan tersebut diadakan. Ya, secara teknikalnya, berkemungkinan juga saya akan keluar tv sebagai penonton nanti. Kepada pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang industri kosmetik kita, jangan lupa saksikan rancangan ini di TV1 pada Sabtu (13 Disember) jam 11 pagi.
Saya tahu, ibu saya sedang berdebar-debar menunggu hari Sabtu kerana ini merupakan pertama kali beliau akan keluar di kaca televisyen yang ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia. Ibu saya mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang kecantikan, kosmetik, dan keusahawanan, jadi saya pasti segalanya akan berjalan dengan lancar nanti. Insya Allah. Sayangnya, minat beliau itu langsung tidak diwarisi oleh anaknya ini.
Saya sebenarnya ada juga terfikir untuk terlibat dalam bidang penyiaran, cuma saya tidak mahu keluar televisyen. Saya mahu bekerja di sebalik tabir sahaja, iaitu sebagai pengarah. Uhuk. Oh ya, berkemungkinan juga Prof Muhaya akan berada di studio nanti. Harap dapat bertemu dengan beliau, insya Allah.
p/s: Maaf entry ringkas sahaja. Ada tugasan lain yang perlu dilakukan. Assalamualaikum. ^^
p/s: Maaf entry ringkas sahaja. Ada tugasan lain yang perlu dilakukan. Assalamualaikum. ^^
No comments:
Post a Comment