Assalamualaikum.
Ayat klise, tetapi saya tetap mahu katakannya. Macam tak percaya, pejam celik pejam celik saja kita sudah berada dalam bulan Februari. Sepanjang bulan ini jugalah banyak peristiwa dan aktiviti yang akan berlaku. Keputusan semester satu, dan ujian pertama semester dua. Waduh. Paling dekat, perkhemahan RELA yang akan diadakan pada minggu hadapan.
Saya sangat menyukai kem, tetapi tidak berapa menggemari perkhemahan. Apa bezanya? Ada beza antara kem dan perkhemahan. Ada. Kem adalah satu program yang lazimnya menyediakan makan minum dan tempat tidur yang kondusif seperti hostel atau dorm. Perkhemahan pula merupakan aktiviti yang memerlukan anda untuk cari makan sendiri dan bina khemah sendiri untuk tidur. Ha, itu bezanya.
Apa pun, camping boleh jadi sesuatu yang menarik when it comes to teamwork. Semua kerja kita buat sama-sama. Susah senang sama-sama. Maka pengalaman tu akan jadi sesuatu yang sukar untuk kita lupakan kelak.
Dipendekkan cerita, entah macam mana saya boleh terpilih untuk menjadi ajk hadiah dan sijil. Perkara pertama yang saya bayang apabila mendapat tahu saya menjadi ajk hadiah adalah pegang dulang. Bagilah saya kerja balik tabir yang lain, selain pegang dulang. Saya tak suka kerja atas pentas sebenarnya. Tapi jika sudah tiada pilihan lain, saya relakan sahaja jiwa ini.
Alhamdulillah, rupa-rupanya tugas saya bukannya pegang dulang, sebaliknya mencari hadiah-hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada pemenang pertandingan memasak nanti. Oh ya, semua peserta akan bertanding untuk menghasilkan buah Melaka yang paling enak pada hari perkhemahan kelak. Maka, saya sebagai ajk hadiah pun telah mencadangkan hadiah hamper diberikan kepada para pemenang.
Disebabkan saya tidak ada lesen kereta, ibu sayalah yang membawa saya ke CMart untuk beli barang-barang hamper pagi tadi. Misi saya adalah untuk mencari makanan dan snek yang cukup untuk 10 orang ahli bagi setiap satu hamper. Kalau hendak beli hamper yang sudah siap, harganya agak mahal dan mungkin akan berlaku kesukaran dalam proses pembahagian sesama ahli kumpulan nanti. Jadi lebih baik saya cari snek yang sesuai untuk satu kumpulan.
Banyak kan??? |
Pusing punya pusing, setelah mencari snek yang sesuai, saya pun membuat pembayaran menggunakan peruntukan bajet yang telah diberikan. Apa yang mengejutkan, jumlah belian baru separuh daripada bajet. Padahal rasanya sudah banyak yang kami pilih. Oleh itu, terpaksalah ibu menghabiskan lagi separuh bajet di kedai lain.
Saya tak sangka nak cari hamper pun banyak proses. Rancang bajet, pilih dengan teliti dan akhirnya proses membalut. Fuh! Alhamdulillah my mum and my grandmother are very supportive. Mereka sangat prihatin dan bertungkus-lumus membantu dalam membalut hamper. Ibulah yang paling kerja keras dari pagi. Tujuan utama entry ini sebenarnya nak cerita yang saya sangat terharu dengan mereka.
Mereka yang sanggup tolong saya tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Mereka yang sangat peduli tentang saya.
Mereka yang sanggup berkorban masa dan tenaga, asal dapat melihat saya senang.
Thank you so much kerana membuatkan saya rasa sangat dihargai.
Berkat kesungguhan semua, akhirnya tugasan membalut selesai. Hooray! |
p/s: Sekarang, macam mana nak bawa ke kampus?
No comments:
Post a Comment