Alhamdulillah, finally went through my MUET speaking test. Hooray.
Pada mulanya, memang agak janggal menjadi satu-satunya pelajar memakai baju kurung sedangkan yang lain memakai baju RELA, but who actually cares. Ramai kawan yang mengucapkan good luck, yang membuatkan saya bertambah gentar sebenarnya. But I really appreciate all those wishes.
Alhamdulillah, banyak pengalaman baru yang saya peroleh hari ini. Sepatutnya, dalam jadual sesi saya bermula pada jam 11 pagi. Saya tidak suka tiba lewat, maka 10.45 lagi saya sudah memunculkan diri di bilik menunggu. Nampaknya, saya orang pertama yang tiba. Padahal sebenarnya ujian bermula jam 11.30.
Saya kenal dengan pengawas di bilik menunggu itu kerana dia pernah datang ke kampus sebelum ini. Lama-kelamaan, seorang demi seorang calon mula mengisi kekosongan ruangan bilik menunggu. Setelah menandatangani senarai kehadiran, saya tunggu di luar disebabkan kedinginan memenuhi ruangan bilik menunggu. Pengawas yang jaga di dalam bilik tadi keluar dan mengajak saya berbual. Tuan pengawas itu pun hairan melihat saya seorang sahaja Melayu. Nak buat macam mana, ajak kawan-kawan semua tak mahu ambil MUET pada bulan Mac.
Saya mendapat giliran dalam kumpulan yang ketiga. Satu kumpulan akan diuji selama hampir setengah jam. Jadi saya duduk di dalam bilik menunggu sehingga jam 12.30. Sharon, seorang rakan berbangsa India banyak membantu dan mengingatkan saya sebelum peperiksaan. Tipulah jika saya kata saya tidak gementar. Mestilah takut memikirkan apa impression pemeriksa terhadap kita nanti. Sharon pun sama. Tapi saya katakan padanya yang dia mesti boleh sebab dia sudah biasa berbual dalam bahasa Inggeris. Lainlah macam saya, tak selalu pakai English, bukan berlatarbelakangkan bahasa Inggeris. Sharon membidas kata-kata saya.
Katanya, jangan pernah pandang rendah pada diri sendiri hanya disebabkan saya orang Melayu. Kawan-kawan kepada kakaknya rata-rata orang Melayu juga. Namun, mereka semua mampu untuk mengambil perubatan di India dan lulus dalam sekali cubaan sahaja. Kakaknya sendiri pun terpaksa mengulang. “It’s not about who you are, but it’s about how you manage to bring yourself ahead.” Lebih kurang begitulah ayat mendalam yang dilontarkan kepada saya.
Kemudian, saya tanya pula target pencapaiannya untuk MUET. Katanya lagi, dia sudah membayar untuk peperiksaan ulangan pada bulan Julai. Saya bertambah terkejut dan mempersoalkan tindakannya itu. Sharon mahu mendapat band yang paling tinggi, iaitu sekitar band 5 dan 6. Jadi, untuk kali pertama ini, dia mahu mencuba sekurang-kurangnya mendapat band 4. Julai nanti, dia sudah mampu memantapkan dirinya untuk mencapai band yang lebih tinggi. Always plan ahead. Saya jadi semakin kagum. Saya langsung tak simpan harapan untuk mengulang MUET.
Sepanjang menunggu, Sharon memperkenalkan saya kepada rakan-rakannya yang lain. Kebanyakan mereka yang mengambil MUET hari ini merupakan pelajar lelaki berbangsa Cina. Dan mereka semua happy-go-lucky. Membuat lawak di dalam bilik menunggu. Ada seorang yang sangat pandai dalam subjek Mathematics. Ada yang pandai dalam semua subjek. Ada juga yang mempunyai kebolehan untuk bercakap tanpa henti. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Dan hal ini sekali lagi membuatkan saya berasa rendah diri.
“Your friends are great. They’re intelligent,” kata saya.
“But you have your gifts too,” she told me. “What gifts?”
“Your English is very fluent, different from the others. Where do you learn it?”
“I don’t know. I don’t really speak in English. Maybe you’re right. This is a gift.” Dan saya diam. Berfikir. Sibuk melihat kelebihan orang lain, sampai tak sedar yang Allah sudah memberikan kelebihan pada diri sendiri. Yang bernama manusia ni, selalu melihat pada yang atas, jarang memandang ke bawah. Terima kasih Sharon kerana mengingatkan saya.
Tunggu dan terus menunggu, akhirnya jam sudah menunjukkan lebih kurang 12.30. Tuan pengawas tadi memanggil saya dan ahli kumpulan ke bilik ujian. Jujur saya katakan, rasa gementar itu sudah hilang disebabkan masa menunggu yang sangat lama. Tambahan semua orang sibuk menghiburkan diri sendiri di bilik menunggu. Gelak tawa berjaya mematikan rasa gentar saya.
Ada dua orang pemeriksa wanita, seorang India dan seorang Melayu. Mereka cuma meminta kad pengenalan dan kami terus memulakan tugasan. Tajuk tugasan kami memang agak senang, alhamdulillah, cuma bagi saya tugasan candidate D agak susah sedikit untuk cari isi. And guess what, I am candidate D. I talked too fast for the individual task. Masa pun tak sampai dua minit rasanya. Tapi untuk tugasan perbincangan kumpulan, alhamdulillah berjalan lancar. Semua calon berjaya menyuarakan pendapat masing-masing and that is what matters the most.
Keluar sahaja dari bilik ujian, kami berempat lega. Saya, Sharon dan dua lelaki Chinese yang lain. Sekarang, kami perlu tunggu pula ujian writing, reading dan listening pula yang akan diadakan bulan Mac ini. Baru sahaja keluar bilik ujian, rakan-rakan sudah menyerbu tanya susah atau senang dan soalan apa yang saya dapat. Dalam belasan kali jugalah terpaksa mengulang jawapan yang sama. Selepas ini, giliran anda pula. Semoga semuanya berjaya.
p/s: Terima kasih sangat untuk semua yang mendoakan saya. Moga Allah yang membalasnya.
No comments:
Post a Comment