Tuesday, 20 December 2016

Study Week







Well. I don't really watch that too many episodes in a week.



Happy studying from Sahabat YADIM. 
I registered for YADIM but I don't really know what's the function of being a member, though. Anyway, good luck and all the best!

Sunday, 4 December 2016

Macam Bilik Hotel


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu semua. It feels good to be home. Dapat melarikan diri sebentar daripada kesibukan di universiti. Dapat menghirup udara Kedah.  Benarlah apa yang orang kata, there’s no place better than home.

Dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu lagi tempat menarik yang mempunyai suasana kondusif untuk penginapan. Cuma, tempat ini bukanlah hotel atau homestay yang sesuka hati menerima sebarang penginapan.

Baru-baru ini, saya terlibat mewakili Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) untuk menyertai Program Pendidikan Pengundi untuk Pemimpin Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Nilai, Negeri Sembilan. Fuh, panjang nama.  Enam orang yang terlibat mewakili universiti. Tiga orang lagi wakil Sahabat MPP dan MPD Tekun. 




Perjalanan dari Penang ke Nilai mengambil masa lebih kurang enam jam. Dipendekkan cerita, enam jam kemudian kami sampai ke AKEPT.




Apa yang boleh saya katakan, bangunan AKEPT sangat menarik dari segi binaan dan rekaannya. Kami disuruh check-in terlebih dahulu. Dan bilik penginapan yang disediakan untuk peserta sudah setaraf dengan bilik hotel, bahkan lebih besar dan cantik. Ringkasnya, memang selesalah bilik yang disediakan! Cuma tak ada Astro sahaja. Makan pun dah macam hotel. Siap ada waiter lagi.





Apa pun, the main point kami menghadiri program ini adalah untuk mendapatkan pendedahan lebih lanjut tentang sistem pilihan raya di Malaysia. Bagaimana prosedur mengundi dari awal hingga ke akhir. Semuanya ditunjukkan oleh pegawai SPR yang terlibat. 




Apa yang saya belajar, walaupun cuma satu dua undi kurang pun mampu menyebabkan kekalahan atau kemenangan sesebuah parti yang memerintah. Walaupun saya masih belum cukup umur untuk mengundi, saya rasa pendedahan seperti ini adalah penting kepada belia supaya semua orang menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memilih barisan kepimpinan negara. Paling penting, semua peserta dapat hamper untuk dibawa pulang. Orang dah bagi, kita terima. 




Pihak SPR tidak menyokong mana-mana parti tetapi bersifat neutral. Jadi, program ini bukanlah berunsur politik dan sebagainya. Program ni cuma pendedahan input berguna yang saya yakin dapat dimanfaatkan oleh semua. Dari tak tahu cara nak mengundi, terus  boleh mengundi. 

Point is, sebagai seorang rakyat Malaysia, kenalah ambil tahu juga tentang isu negara dan isu semasa. Sebab kita juga yang akan menjadi penggerak masa hadapan negara. InsyaAllah. Senyum dan terus percaya. 



Monday, 21 November 2016

Tanjoubi Omedetou Yana!


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Last few days, Yana had a birthday party and she invited her friends to the party. Nurliyana, also known as Yana is one of the ‘earliest’ friends of mine in my university life. She’s a year older than me but we have one thing in common. Both of us love Anime. I’m not going to say that I’m an otaku. I just watch many anime after STPM. She’s also taking Management course and we have few classes of the same lecturers. I was looking forward to go to her party when she told me about it. The venue of the party was at Bumbledees Café. It was my first time going there. I’ve never been to that café before. I’m just going to post some photos here. I want to thank Yana for inviting us and most importantly, thanks for the lunch!

While waiting for the preparation, we decided to take a walk first

With Diba and Syara

Sport shoes, a bottle and a bag

Model?

Different types of food served

The birthday cake

Front view

Backdrop for taking pictures prepared by the workers

Happy birthday, girl

Dapat Tiket Percuma ke Talk Anwar Hadi


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Seperti poster di atas, pihak USM akan menganjurkan satu ceramah atau talk dengan menjemput Anwar Hadi ke sini. Siapa yang tak kenal Anwar Hadi?? Okey, ramai sebenarnya yang masih belum kenal beliau. Dalam kalangan rakan saya sendiri pun ramai yang tidak mengenali Anwar Hadi. Beliau merupakan seorang YouTuber/vlogger yang terkenal di Malaysia. Siapa yang sering melayari laman web YouTube pasti tidak akan asing lagi dengan nama ikon ini. Anwar Hadi juga ialah suami kepada seorang YouTuber yang terkenal iaitu Takahara Suiko.

Beliau banyak menghasilkan video tentang isu-isu semasa di Malaysia dalam Bahasa Inggeris. Kalau sebut tentang YouTuber Malaysia yang lebih cenderung berbahasa Inggeris , kita tak akan asing lagi dengan nama Aiman Azlan dan Anwar Hadi. Mat Luthfi juga pandai berbahasa Inggeris cuma beliau lebih gemar menyampaikan mesej dalam loghat Utara. Anwar Hadi juga merupakan penulis buku Whatever You Say I Am. Saya tak sempat lagi membacanya tapi rasanya buku ini berkisarkan pengalaman peribadi beliau dan sebagainya.

Saya dah beritahu pada rakan saya dari kos TESOL yang saya nak beli tiket ke talk ini. Tak sangka pula boleh dapat tiket percuma. Saya antara individu yang terawal mendaftar di booth  pelajar TESOL. Untuk mendapatkan tiket percuma, kena jawab beberapa soalan yang diberi dengan tepat. Alhamdulillah, saya berjaya menjawab soalan dengan tepat (atas bantuan Syafikah) dan rezeki sebab pilih soalan senang. Syafikah dapat soalan susah yang saya sendiri pun tak boleh nak jawab. Jadi dia terpaksa membayar harga tiket. Jadi apa tunggu lagi? Orang luar pun boleh turut serta dengar talk ini. Jangan lepaskan peluang anda!

Sunday, 13 November 2016

My Feelings

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Sometimes you're in the bottom line of an organization, and you need to follow too many unreasonable instructions.


Sometimes you have too many tasks at the same time and do not even have time to chat with your friends. 


Sometimes you need to catch up from classes to meetings.


Sometimes you have discussions but not everyone will commit to it. 


Sometimes you thank people without even knowing why. 


Sometimes, they give you a crazy task to handle. 

Sometimes you sit alone and start to miss people. 


Sometimes you just feel exhausted.


Sometimes you just feel like shutting down yourself. 


Sometimes you're in a crazy mood and start to mess around with your friends.


Sometimes, you procrastinate even though you need to finish your proposals.


Most of the time, you keep complaining a lot.



But there's always something that motivates you to become stronger. To become better. To become what you are today. So do not ever give up in your life. Never lose sight of what you've decided.


Credits to: Bitmoji

Sunday, 30 October 2016

Inspirasi Hasan Al-Banna


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya membeli lagi buku tulisan Abdul Latip Talib yang berjudul Hasan Al-Banna. Saya sedang membuat koleksi penulisan beliau. Saya rasa penulisan Pak Latip ni sangat berbeza daripada penulis yang lain dan beliau pandai menarik perhatian pembaca. Ya lah, cuba bayangkan.

Kalau dengar sahaja buku sejarah, pasti ramai yang keberatan untuk membeli dan membaca buku tersebut. Saya sendiri pun akan berfikir dua tiga kali sebelum membeli buku sejarah. Tapi uniknya penulisan Abdul Latip Talib ialah beliau pandai menukar penulisan fakta kepada fiksyen sejarah. Bila sebut tentang fiksyen, sudah tentulah kita boleh membayangkan novel-novel dalam bentuk penceritaan. Begitu juga novel fiksyen sejarah ini. Daripada kita perlu membaca dalam bentuk fakta, penulis membawa pembaca meresap ke alam penceritaan.

Secara peribadinya, apaila saya membaca novel-novel Pak Latip, saya rasa seolah-olah berada di dalam era tokoh-tokoh sejarah Islam tersebut. Macam mana berlakunya peperangan, situasi mencemaskan, pembunuhan, semangat yang berkobar-kobar, semuanya menyentuh hati saya sebagai seorang pembaca. Serius. Salah satu novel Pak Latip yang saya masih belum boleh move on sampai ke hari ini adalah tentang Sultan Muhammad Al Fateh. MasyaAllah saya memang sangat terinspirasi dengan Sultan Muhammad setelah membaca kisah hidupnya. Macam mana baginda membesar dan mampu memerintah sebuah kerajaan seawal usia yang muda. Strategi perang yang digunakan. Dan macam-macam lagi. Rasa macam saya membaca novel thriller pula.





Begitu juga dengan kisah Hasan Al-Banna. Imam Hasan ni memang mempunyai semangat yang berkobar-kobar sejak kecil. Beliau ialah anak kepada Imam Ahmad Al-Banna. Hasan Al-Banna selalu mendengar ayahnya berkhutbah dan dari situ timbul perasaannya untuk turut berkhutbah. Sampaikan beliau sanggup menunggu masjid kosong untuk berlatih khutbah. Imam Hasan ni ada cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di tempat-tempat tertentu. Misalnya kalau beliau bercadang nak lanjutkan pelajaran di Darul Ulum, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk realisasikan impian itu. Tindakan yang sama juga dilakukannya di peringkat pengajian tinggi.

Walaupun masih belum cukup umur, beliau cuba sedaya upaya memenuhi syarat lain yang ditetapkan seperti menghafaz al-Quran dan sebagainya. Semua ujian bertulis pun selalu Imam Hasan dapat selesaikan dengan tepat. 100 soalan, 100 itulah betul. Masya Allah betapa cerdasnya pemikiran beliau. Agaknya kalau saya, hendak dapat 10 markah pun belum tentu dapat. Saya kagum bagaimana Imam Hasan boleh menghafaz Quran dalam usia yang muda. Saya yang sudah 20 tahun ini pun masih belum menghafaz Quran. Entah usia berapa baru saya mampu menghafaz surah-surah Quran.

Sepanjang usia remaja Imam Hasan pula, beliau cekal memperjuangkan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Hendak tahu cerita lebih lanjut tentang perjuangan beliau bolehlah cari novel ni. Saya cuma boleh rumuskan bahawa bukan senang nak menubuhkan sebuah pertubuhan pada era itu, memperjuangkannya dan mengembangkan cawangannya ke serata negara. Hendak tubuhkan persatuan dalam sekolah atau universiti pun sudah banyak tentangan, apatah lagi pertubuhan dakwah. Betullah apa yang sering orang perkatakan, hendak buat kerja baik ni bukannya mudah. Saya ingin memetik kata hikmah yang sangat memberikan impak kepada saya.

“Semua manusia dijadikan hebat. Cuma kadangkala manusia itu sendiri tidak tahu tentang kehebatannya.” – Imam Ahmad Al-Banna membalas kepada Imam Hasan apabila beliau memuji ayahnya seorang yang hebat.

Berikut pula adalah matlamat perjuangan Hasan Al-Banna yang saya petik di dalam novel. “Saya adalah seorang pengembara yang sedang mencari kebenaran, seorang manusia yang mencari makna kemanusiaan di tengah umat manusia, seorang warga negara yang mengidamkan sebuah negara yang memiliki martabat, kebebasan dan keutuhan, serta kehidupan yang baik di bawah naungan Islam yang suci. Seorang yang semata-mata berharap menemukan rahsia kewujudannya di dunia. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku, hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan semikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri.”

Matlamat perjuangan Hasan Al-Banna jelas menunjukkan jelasnya wawasan beliau terhadap dakwah dan Islam. Dan hal ini terbukti melalui perjuangan-perjuangan yang dilakukan oleh Imam Hasan. Membaca kisah-kisah tokoh sejarah Islam seperti ini banyak membuatkan saya refleksi diri dan tanya pada diri ini, apakah jasa yang telah saya sumbangkan untuk Islam? Mungkin banyak sumbangan yang telah dilakukan dari segi kebajikan dan sebagainya. Tapi macam mana sumbangan terhadap agama kita, agama Islam? Adakah cukup dengan menulis blog semata-mata? Tepuklah dada, tanyalah selera masing-masing. What have you contribute to Islam?

Thursday, 27 October 2016

Babysitting is Tough




Sedang berbaring membaca novel Hassan Al Banna sambil menenangkan baby Amanda di sebelah. Tiba-tiba abang si Amanda, Asyraf datang membawa buku akaun saya dan letakkan di sebelah saya.

Apa maksudnya itu?


***


Asyraf memerhatikan seekor semut yang berjalan di hadapannya. Saya buat aksi mengajar dia supaya ambil semut itu dan makan. Tidak saya duga dia benar-benar melakukannya. Habislah kalau ibunya tahu.


***


Amanda kuat menangis. Mungkin lebih kuat daripada gempa bumi. Kadang sampai tak tahu apa lagi yang perlu dibuat kalau dia menangis. Selalunya kita cuma hulurkan tangan dan dia genggam. Selepas itu barulah dia akan berhenti menangis. Maka sambil baca novel, sebelah tangan lagi perlu dikorbankan sebagai mainan buat Amanda.


***


Saya suka buli Asyraf. Tangkap kaki dia, campak dia sana sini (dalam keadaan terkawal), baling  bantal (dengan lemah lembut) dan kadang masukkan dia dalam bagasi tingkat atas tu. Konflik bermula apabila Asyraf mula protes dan membaling mainannya ke arah saya (sambil gelak bahagia). Kemudian saya perlu menangkapnya semula. Dan kitaran yang sama berulang.


***


Ada seorang lagi bayi asuhan ibu saudara saya. Alif namanya. Alif ni tak banyak buat masalah. Cuma itulah, masih dalam peringkat jalan jatuh. Sehari sahaja dua tiga kali jatuh terlentang, jatuh tersembam. Sekali dia menangis, kalah gempa bumi Amanda.


***


Asyraf kuat cemburu. Tak boleh Alif dapat lebih perhatian daripada dia. Saya berganjak sebentar ke laptop untuk membuat tugasan. Dalam sekelip mata, tayar kereta mainan yang besar sudah berada di atas kepala Alif.


***


Amanda menangis lagi. Saya mendukungnya. Dan Amanda muak susu. Saya memerhatikan kotoran pada baju saya. Life is tough.


***


Asyraf suka tumpahkan air. Saya tidak pasti sama ada dia sengaja atau tidak. Tapi Alif akhirnya tergelincir jatuh dan menangis teruk.


***


Cik Na telefon.

“Esok Cik Na kerja malam. Cik Na nak hantar Mikael. Tolong jagakan, boleh?”

“Mikael dah la kuat menangis. Nanti dia menangis macam mana?”

“Kalau dia menangis awaklah kena.”




p/s: Saya bukan ambil upah mengasuh. Saya cuma luangkan cuti mid term di rumah bapa saudara. Kepada semua assignment serta test, rest in peace. Dan terima kasih kepada anda kerana membaca!


Tiba-tiba addicted dengan Bitmoji ni

Monday, 10 October 2016

I'm Not Feeling Very Well


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua yang membaca? Harap semua sihat-sihat sahaja. Sebab saya di sini tak berapa sihat. Mungkin Allah nak kurangkan dosa-dosa saya. Insya Allah. Apa pun, saya masih ada kudrat untuk menulis entry baru hari ini. Maknanya saya patut bersyukur kerana masih boleh melakukan aktiviti fizikal.

Saya bukanlah seorang yang jenis akan ponteng kelas atau tak masuk kelas. Tapi hari ini, saya terpaksa skip kelas Academic English. Setelah agak-agak sihat sikit, saya dan rakan saya Syafikah pergi ke Pusat Sejahtera (klinik kesihatan) untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Masya Allah, memang betul-betul dugaan apabila terpaksa menunggu lama.




Hendak dijadikan cerita, saya merupakan orang terakhir bertemu doktor di Pusat Sejahtera hari ini. Buku pula tak bawa sebab ingatkan sekejap saja. Jadi, saya pun menonton televisyen dan si Syafikah bermain smartphone. Mungkin scroll Instagram barangkali. Sedang saya menonton, pak cik petugas kaunter duduk berhampiran saya dan memberikan komentar tentang drama Melayu yang sedang saya tonton ketika itu.

Kisah lelaki duda bercinta dengan anak dara. Gaya dia bercerita macam banyak sahaja pengalaman bercinta. Saya pun mengusik pak cik itu. “Gaya cakap macam pak cik banyak je pengalaman.” Kemudian pak cik itu pun mulalah membuka kisah silam hidupnya yang panjang. Kisah silam apa, tak perlulah saya ceritakan di sini. Tapi kisahnya banyak yang memberikan pengajaran. Saya rasa seolah-olah kesakitan saya terubat mendengar cerita-ceritanya. Ternyata, setiap apa yang Allah berikan kepada kita ada hikmahnya. Jadi tak perlulah kita merungut setiap kali jatuh sakit. Senyum dan terus percaya dengan apa yang Allah aturkan. Tapi kalau memang sakit sangat tu tak perlulah pula paksa diri untuk senyum. Buruk pula nanti.

Baiklah. Tutup cerita tentang Pusat Sejahtera. Sebenarnya saya ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan event Career Exposure (CE) yang dikelolakan oleh Management Society USM. Kalau anda mengikuti saya di Facebook, mungkin anda perasan banyak post yang saya kongsi berkaitan CE ni. Sampaikan profile picture pun bertukar untuk promosikan event ni. Sebenarnya CE ni adalah satu program yang menjemput speaker untuk membicarakan tentang kerjaya dan pengalaman dalam bidang bisnes. Speaker yang dijemput bukanlah calang-calang orang. Terdiri daripada tokoh yang berpengalaman.


Salah seorang speaker Career Exposure


CE akan berlangsung pada 18 Oktober 2016 (Selasa) pada 7.30 malam hingga 11 malam. Sempatlah juga kalau nak solat Maghrib dulu. Rasanya VIP pun mungkin masuk lewat sikit. Selain daripada talk, kami akan mengadakan aktiviti lain juga. Saya rasa program ni bagus dan dapat mendedahkan orang ramai kepada kerjaya. Dapat membuka minda supaya berkembang dengan lebih luas. Tak rugi pun datang. Banyak manfaatnya. Cabutan bertuah turut disediakan.

Harga tiket pun murah, cuma RM5 sahaja. Tiket boleh didapatkan di booth CE di Library Foyer berhampiran DTSP sepanjang 10-14 Oktober 2016. Esok saya akan berada di sana sekitar jam 10 pagi jadi jumpa di sana ya. Kalau nak dapatkan terus daripada saya pun boleh, pm saya di Facebook atau WhatsApp sahaja.  Sebarang pertanyaan tentang CE pun boleh bertanya langsung kepada saya.

Last but not least, do support our CE! Jangan lupa dapatkan tiket anda. Jumpa di sana. Insya Allah.

Tuesday, 4 October 2016

Bonding Trip in Penang


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

I'm just going to post some random pictures of my Bonding Trip with the Management Society at Tanjung Tokong, Penang. Big thanks to Hooi Fen and Roy for these pictures.

Looking forward to our next programme!

 Felice Homestay

Front view

Penang scenery

Swan's guitar

Confession cups

MS Candles


Playing games at the beach