Friday, 6 August 2010

Frekuensi Part 6

Hati Nurul Fatini resah gelisah. Macam mana pula Shahruddin boleh memasuki kelas yang sama ni? Shahruddin sedang duduk di hadapan Nurul Fatini. Nurul Fatini menghela nafas pendek. Tiba-tiba pen Shahruddin terpelanting ke belakang.

“Eh, macam mana la budak ni menulis?’ monolognya sendiri. Tangan Nurul Fatini secara automatik bergerak perlahan-lahan ingin mengutip pen tersebut. Shahruddin tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih pada Nurul Fatini.

"Syukran jazilan ya Nurul. Ana doakan anti santiasa bersyajaah demi Islam," ujarnya lantas segera memalingkan muka ke hadapan semula. Syajaah? Kata-kata itu seperti pernah didengarnya sebelum ini. Kata-kata Imzad! Mengapa lelaki ini sering bertutur dan berbicara seperti Imzad? Gayanya juga persis Imzad. Bahkan, dia sudah menggunakan kata ganti diri ana.

"Bersungguh-sungguh sekali tadi anti mempertahankan maruah anti di depan Siti," Imzad menyuarakan pendapatnya. Nurul Fatini mengetap bibir. Dia memang tidak mencuri hasil kerja Siti Zubaidah namun mengapa dia yang dituduh?

"Itulah, ana pun kagum lihat Nurul tadi," Hafizah juga bersuara. Hari ini Nurul Fatini memang lain daripada lain. Suatu aura terpancar pada dirinya tadi.

"Imzad, salahkah ana mempertahankan yang benar? Anta percaya kan ana tidak akan mencuri hasil kerja Siti?" Nurul Fatini ingin tahu.

"Tidak, sebenarnya itulah syajaah," Imzad bebicara lembut. Sering membiarkan sesiapa yang mendengar tertanya-tanya.

"Apa maksud syajaah? Ana tak pernah dengar pun?" soal Hafizah langsung tidak mengerti.

"Syajaah tu ertinya sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, negara, maruah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga dan jiwa," terang Imzad. Nurul Fatini dan Hafizah akhirnya mengangguk faham.

"Padan muka si Siti itu. Selalu sahaja dengki terhadap anti!" ujar Hafizah. Mereka kemudiannya tertawa.

4 comments:

  1. assalamualaikum ukhtie..:)
    nice blog. cerpen pon best2.. tapi cerpen ni guna nama ana.so yang ni la paling best..hihi/... keep it up ya..:) salam ukhwah,abadan2..insyaALLAH. sbelum ni ana penah mnetap di kulim slama stahun.di matrik mara kulim.enti mmg tinggal dikulim ke?

    ReplyDelete
  2. bru kali ni ana mngetahui mksd syajaah..trma ksih kwan

    ReplyDelete
  3. @fatin fataci
    waalaikumussalam..
    Terima kasih kerana sudi singgah, membaca dan komentar. Ana hargai.
    Ana memang tinggal di Kulim. ^^

    ReplyDelete