Monday, 16 August 2010

Remaja: Bangkitlah Dari Ketandusan!

Remaja.. mungkin sekali perkataan itu hanya sekadar perkataan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi pada pendapat saya, remaja mempunyai definisi yang luar biasa. Mungkin ada yang berpendapat remaja itu bebas. Namun saya rasakan remaja itu lemas. Mungkin ada yang berpendapat remaja itu muda. Namun saya rasakan remaja itu hanya jeda. Mengapa saya rasakan begitu?
Artikel kali ini mungkin hanya mengupas sedikit sahaja tentang pemikiran segelintir remaja hari ini. Bukan semua, ya? Artikel ini cuma pada pendapat saya, namun anda bisa menegur saya seandainya saya salah. Manusia memang tidak pernah terlepas dari kesalahan.
Remaja itu lemas. Hanyut dengan era kebebasan. Masing-masing egois, tidak terkecuali saya. Ada yang fikirkan mereka itu bebas, hakikatnya mereka lemas. Hanyut. Ada yang terkapai-kapai meminta pertolongan. Ingin sekali saya bantu,namun apakan daya, saya hanya mampu berteleku dari kejauhan. Tatkala susah baru menyedari kalau mereka itu sebenarnya lemas, lemas dalam kelazatan duniawi. Sibuk memuja dunia, lupa akan akhirat. Apakah dunia itu bisa dibawa ke alam barzakh kelak? Jawapannya, tidak.
Mengapa pula saya katakan remaja itu hanya jeda. Zaman remaja itu hanya perhentian yang sebentar. Tempat istirehat. Antara zaman kanak-kanak dan zaman tua kelak. Apa yang sering kita lakukan di zaman istirehat? Berfoya-foya? Alpa? Soalan itu juga saya ajukan pada diri sendiri kerana saya sedar status diri sendiri di muka bumi ini. Nasihat saya, di usia remaja itu rebutlah! Genggamlah! Janganlah anda biarkan sahaja remaja terlepas dari genggaman anda tanpa meninggalkan apa-apa. Janganlah anda tandus di sini. Bangkitlah!
Pelajaran. Mungkin itu yang perlu kita fokuskan. Kerana pelajaran itu yang akan membimbing kita kelak menyurusi liku-liku dan denai kehidupan nanti. Meskipun anda tandus dan jatuh berkali-kali, jangan putus asa. Bangkitlah kerana putus asa bukan perhentian segala-galanya. Mudah-mudahan artikel ini serba sedikit bisa membantu teman-teman serta saudara-saudaraku. Amin.

No comments:

Post a Comment