Friday, 10 January 2014
Tujuh "S" Yang Membunuh Remaja
Wednesday, 25 December 2013
"Prayboy" Itu Suami Aku
Sekarang ini banyak drama di televisyen yang diadaptasikan daripada novel. Drama-drama seperti ini lebih banyak menarik tumpuan rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan drama biasa kerana kisah dalam novel cinta rasanya nampak lebih nyata dan romantis barangkali di kaca televisyen. Dan sudah pastilah yang menjadi tumpuan utama penonton, khususnya daripada kalangan wanita ialah pelakon utama sesebuah drama itu sendiri.
Baiklah, itu sahaja sedikit pendapat saya tentang vlog tersebut. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana diri sendiri belum ada pengalaman. Saya cuma menulis berdasarkan pendapat hati. Kepada muslimah pula, jangan mudah terpedaya dengan janji lelaki. Lelaki yang tulus akan mencari muslimah melalui jalan yang diredhai Allah. Pilih “prayboy” itu sebagai suami, bukannya “playboy”.
Thursday, 2 June 2011
Diari#22: Mereka Sedih, Saya Juga...
Friday, 7 January 2011
Motivasi: Pemuda Pemudi Islam dan Pemikirannya
Menuntut ilmu dan kefahaman islam
Sudah menjadi kewajiban kaum muslimin untuk mempelajari dan memahami ilmu islam kerana, tidak akan mungkin seorang muslim mengamalkan agamanya tanpa disertai mempelajari dan memahami ilmu tersebut dengan baik dan benar. Berbeza dengan ‘ilmu’ teknologi dan ICT, tidak semua kaum muslimin wajib untuk mempelajarinya. Ilmu yang telah Allah SWT turunkan melalui Rasul-Nya merupakan ilmu yang menyangkut keselamatan hidup seseorang di dunia mahupun di akhirat kelak. Maka, bila seorang muslim menghendaki kebaikan, hendaknya dia berupaya mempelajari dan memahami secara baik dan benar ilmu yang satu ini.
Sebagai imtihanya, sepanjang yang saya ketahui, berbanding blog islamik dan blog gosip atau blog yang lainnya, pemuda pemudi lebih memilih yang lain daripada blog islamik. Artikel-artikel islamik yang 'panjang menjela' dirasakan membosankan dan membuang waktu. Itu hakikat yang sebenar.
Saudara-saudaraku, bila dibicarakan tentang ilmu islam, ia bukanlah sesuatu yang baru sahaja didengari oleh telinga kita, sejak zaman Rasulullah SAW lagi semuanya telah bermula. Bayangkan Rasulullah yang terpaksa bersusah-payah dalam menyebarkan ilmu itu sehingga sampai kepada generasi kita hari ini, tetapi usaha para dai'e kini cuma dianggap enteng, padahal sebenarnya apa yang dikehendaki adalah kita sama-sama semuanya mendapat redha Allah dan ganjaran syurga, bukannya menunjuk-nunjuk ilmu yang baru dipelajari atau ingin memperlihatkan 'kealiman' seseorang itu. Hargailah usaha-usaha ulama, para pemimpin dan semua yang cuba membawa pemikiran islam yang sebenarnya selagi masih ada. Andai sahaja, manusia-manusia ini sudah tidak ada lagi di muka bumi ini, kita pastinya telah lama hanyut dan tidak mampu lagi mendapat bimbingan ilmu islam.
Muslimin muslimat yang saya kasihi, ketahuilah ilmu islam, atau islam itu sendiri sebenarnya bersifat komprehensif, menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Asas utama ajaran Islam ialah ke arah membina kehidupan manusia yang beriman, bertakwa dan cemerlang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri. Kedatangan Islam sebenarnya membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Hargailah islam, agamamu, bukan?
Gejala mat rempit
Gejala ini merupakan salah satu gejala sosial yang agak mendapat perhatian umum, dan statistik mat rempit juga telah menaik. Yang saya hairankan, kebanyakan mat rempit terdiri daripada pemuda islam, dan jarang sekali saya lihat pemuda bukan islam melakukannya.
Akal manusialah menjadikan seseorang itu makhluk mulia, berbanding makhluk lain ciptaan Allah sehingga boleh membina tamadun dibanggakan. Melalui kurniaan Allah itu juga manusia mencipta peralatan moden serta canggih untuk keperluan mereka.
Kemampuan manusia membezakan perkara baik dan buruk juga daripada akal fikiran. Namun, kelihatannya kecenderungan manusia lebih kepada melakukan kerosakan daripada mendatangkan kebaikan untuk seluruh isi alam. Apabila akal yang sepatutnya diletakkan pada kedudukan yang tinggi dikorbankan untuk sesuatu kepentingan diri, maka tepat apa difirmankan Allah, manusia akan terjun menjadi serendah-rendah makhluk, bahkan lebih rendah daripada haiwan yang melata.
Penunggang motosikal di jalanan terdiri daripada penunggang motosikal biasa, mat rempit dan bikers. Bikers memakai pakaian yang berhemah, tidak melakukan aksi-aksi bodoh di jalanan, jauh berbeza dengan mat rempit. Jika pemuda menunggang motosikal untuk menunjukkan kehebatan dan kelasakan anda dalam merempit, cukuplah sekadar jadi bikers atau golongan penunggang motosikal biasa, tidak perlulah dikategorikan dalam golongan mat rempit. Insan yang beriman pada pandangan agama digelar orang mukmin.
Rukun iman yang keenam mampu melahirkan mat cemerlang seperti kehendak kepimpinan negara dalam usaha menangani gejala mat rempit. Menghasilkan remaja yang beriman adalah usaha semua yang dikepalai oleh kepimpinan negara. Negara mengharapkan yang terbaik daripada pemuda islami kini, pemudi islami pula mengharapkan pemuda yang menjadi khalifah, bukannya ayah rempit kepada anak-anak mereka nanti. Pemuda harapan negara, harapan semua. Janganlah mengecewakan harapan-harapan ini.
Pemikiran tentang buang bayi
Apa dosa bayi yang tidak berdosa dibuang sebenarnya? Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan.
Apa sudah jadi dengan pemudi kita pula tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi. Lebih menyedihkan lagi, media melaporkan ada bayi yang didagangkan semata-mata mahu mengejar kekayaan duniawi yang sementara ini.
Astaghfirullahalazim, bukanlah saya selayaknya menghukum, cuma Allah yang selayaknya. Cuma saya sedih, bayi merupakan permata jernih negara, bayilah yang akan membesar menjadi pemuda pemudi harapan kelak. Dengan membuang atau membunuh bayi, samalah ertinya dengan membunuh seorang pemuda atau pemudi negara. Menurut saya, apa yang berperanan penting di sini adalah nafsu. Nafsu duniawi semata. Nafsu untuk mendapatkan kasih sayang, cinta dan lafaz janji yang palsu. Tahukah anda sebenarnya anak kecil yang tidak berdosa juga perlukan perasaan seperti itu daripada ibu dan ayahnya?
Rasanya, apa yang bermain di fikiran ibu-ibu, cuma malu menconteng arang ke muka, tetapi langsung tidak terfikir, di akhirat nanti Allah akan menayangkan kembali apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Dan tidak guna juga kita menyesali perkara yang telah berlaku, kerana kita perlu bertaubat untuk memohon kemaafan Allah semata.
Masalah pembuangan bayi juga adalah salah satu natijah buruk yang terhasil akibat pelbagai masalah masyarakat yang melanda dan kini menjadi barah yang semakin merebak dalam masyarakat kita. Justeru, cara sewajarnya bagi menangani permasalahan buang bayi adalah membanteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini. Kepincangan pendidikan, persekitaran, perundangan dan institusi keluarga harus diperbetulkan demi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai murni yang membawa kepada terlahirnya generasi muda yang mempunyai daya tahan tinggi bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di zaman yang serba canggih dan moden ini. Insya Allah.
Konklusi
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru para pemuda pemudi islam di luar sana agar bangkitlah! Majulah untuk negara dan islam! Kita perlu sama-sama menempuh duri dan ranjau yang tidaklah seberapa ini dibandingkan dengan ujian dan cubaan yang dihadapi Rasulullah dahulu. Janganlah mudah tertewas dengan bisikan syaitan dan nafsu, kerana kita harapan negara. Harapan islam. Mudah-mudahan penulisan saya yang masih mentah ini tiadalah melainkan ibadah untuk mendapat redhaNya semata.
*p/s: sengaja saya menukar-nukar font kali ini. =)
Klik like jika suka, jika tak suka, diam sahaja.
Saturday, 23 October 2010
Remaja: Fitnah Dari Kamera
Pada zaman serba modenisasi ini, tidak mustahillah kalau manusia tidak boleh dipisahkan dengan penggunaan gadget yang canggih seperti telefon bimbit, laptop, dan kamera. Artikel saya kali ini lebih menyuarakan pendapat tentang penggunaan kamera. Sebenarnya kalau saya membuka Facebook, rata-rata yang keluar gambar lelaki dan wanita ajnabi bergambar bersama secara berdua-duaan. Astaghfirullah.
Terdetik juga di hati saya segelumit sikap kesal, mudah-mudahan Allah ampuni dosa-dosa kita kerana setiap manusia itu tidak pernah terlepas dari kesalahan. Saya juga begitu. Mungkin sekali saya juga sering alpa, maka sebagai sesama muslim, ini adalah tugas kita untuk menegur dan menasihati.
Sebenarnya saya masih lagi tertanya-tanya, apa hukumnya seorang wanita bergambar dengan lelaki ajnabi, dan begitulah sebaliknya? Saya akan rujuk pada yang lebih mengetahui dalam bidang ini, tapi mohon juga ya pendapat kalian. Manusia bukan semuanya thiqoh. Dan saya juga kadang-kadang lalai. Apabila terpandangkan gambar-gambar sebegini, secara tidak langsung akan ada suara-suara yang keluar. Misalnya, "Korang ni kapel ke?", "Awek ko ke nie?", "Korang ni sweet lah", dan sebagainya. Bukankah suara-suara itu secara tidak langsung menimbulkan fitnah?
Menegur adalah tanggungjawab setiap insan. Perbaiki diri, sambil ajak orang lain ke arah kebaikan. Mohon sekali teguran anda sepanjang kesalahan saya menulis artikel. Hanya Allah yang boleh membalas jasa anda. :)
Friday, 20 August 2010
Remaja: Doa Seorang Remaja
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasannya Rasulullah SAW bersabda: "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau (Syak Perawi Hadis) Seseorang yang masih menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia," H.R. Muslim.Saya tertanya-tanya. Apakah amalan saya sudah cukup? Belum. Hadis di atas menerangkan kepada kita betapa dasyat dan hebatnya ujian terhadap sesorang di akhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir di waktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba esok paginya telah menjadi kafir.
Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Apakah muslimin dan muslimat, terutamanya remaja, bisa menghadapi cabaran iman? Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai yang menggadaikan imannya kerana kelazatan duniawi. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman.
Saya terkedu. Seandainya cabaran itu datang melanda, apakah saya bisa menghadapinya? Insya Allah boleh. Tetapi para remaja di luar sana, sahabat-sahabat saya, muslimin dan muslimat seantero dunia, adakah kita mampu? Insya Allah.
Dugaan dasyat menggoncang iman
Hampir terseret benteng pertahanan
Setiap saat setiap detik
Jantung berdegup nadi berdenyut
Usah digadai lambang kekuatan
Meskipun mahal tidak ternilai
Peganglah dakaplah
Untuk bekalan di akhirat kelak
Wahai remaja di luar sana
Ayuhlah, bangkitlah
Agar kita sama-sama memimpin tangan
Masuk ke pintu gerbang syurga
Monday, 16 August 2010
Remaja: Bangkitlah Dari Ketandusan!
Artikel kali ini mungkin hanya mengupas sedikit sahaja tentang pemikiran segelintir remaja hari ini. Bukan semua, ya? Artikel ini cuma pada pendapat saya, namun anda bisa menegur saya seandainya saya salah. Manusia memang tidak pernah terlepas dari kesalahan.
Remaja itu lemas. Hanyut dengan era kebebasan. Masing-masing egois, tidak terkecuali saya. Ada yang fikirkan mereka itu bebas, hakikatnya mereka lemas. Hanyut. Ada yang terkapai-kapai meminta pertolongan. Ingin sekali saya bantu,namun apakan daya, saya hanya mampu berteleku dari kejauhan. Tatkala susah baru menyedari kalau mereka itu sebenarnya lemas, lemas dalam kelazatan duniawi. Sibuk memuja dunia, lupa akan akhirat. Apakah dunia itu bisa dibawa ke alam barzakh kelak? Jawapannya, tidak.
Mengapa pula saya katakan remaja itu hanya jeda. Zaman remaja itu hanya perhentian yang sebentar. Tempat istirehat. Antara zaman kanak-kanak dan zaman tua kelak. Apa yang sering kita lakukan di zaman istirehat? Berfoya-foya? Alpa? Soalan itu juga saya ajukan pada diri sendiri kerana saya sedar status diri sendiri di muka bumi ini. Nasihat saya, di usia remaja itu rebutlah! Genggamlah! Janganlah anda biarkan sahaja remaja terlepas dari genggaman anda tanpa meninggalkan apa-apa. Janganlah anda tandus di sini. Bangkitlah!
Pelajaran. Mungkin itu yang perlu kita fokuskan. Kerana pelajaran itu yang akan membimbing kita kelak menyurusi liku-liku dan denai kehidupan nanti. Meskipun anda tandus dan jatuh berkali-kali, jangan putus asa. Bangkitlah kerana putus asa bukan perhentian segala-galanya. Mudah-mudahan artikel ini serba sedikit bisa membantu teman-teman serta saudara-saudaraku. Amin.









