Showing posts with label Fesyen Remaja. Show all posts
Showing posts with label Fesyen Remaja. Show all posts

Wednesday, 25 December 2013

Islam: Aurat, Fesyen dan Sunnah



Seorang pelancong yang beragama Kristian mencari-cari arah untuk ke gereja berhampiran. Hari itu hari Ahad, hari untuk dia bersembahyang di gereja. Luas sungguh kota metropolitan sehinggakan dia sendiri pun tersesat. Lalu dia terlihat kelibat seorang wanita yang sedang menunggu bas sendirian di perhentian bas. Dia pun segera menghampiri wanita itu.



“Excuse me miss? Can you tell me where I can find the church?” dia bertanya dengan penuh sopan.

Wanita itu terus berubah muka menjadi kelat. Namun, disebabkan tidak mahu memberikan tanggapan yang buruk kepada pelancong Kristian itu, dia pun menjawab.

“I’m sorry sir. I am a Muslim,” dia cuba melakar senyum.

“Oh, I’m sorry. For a second I thought you’re not a Muslim by the way you dress.” Pelancong itu kemudiannya berlalu pergi, meninggalkan wanita itu terkesima dan terkesan.

Sekiranya saya yang berada di dalam situasi tersebut, mahu sahaja saya menyorokkan muka di dalam beg kerana malu. Ya, malu. Kita merupakan orang Islam, tetapi dianggap sebagai orang bukan Islam hanya dengan cara berpakaian. Nah, di sini kita dapat lihat, pakaian seseorang memang sedikit sebanyak menggambarkan agamanya.

Kita bebas memakai apa jenis pakaian asalkan pakaian itu menutup aurat. Sebagai umat Islam, pakaian merupakan aset penting yang melambangkan agama kita. Syaratnya mudah sahaja, untuk muslimin, pakai pakaian yang menutup aurat daripada pusat sehingga ke lutut manakala buat muslimah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Asalkan kita memelihara aurat kita, insha Allah masyarakat tidak akan memandang prejudis terhadap kita.

Namun, rata-rata masyarakat kita mempunyai salah faham tentang fesyen. Mereka berpendapat orang Islam perlu memakai baju Melayu dan baju kurung.  Dan mereka akan memandang prejudis kepada orang Melayu yang memakai pakaian daripada bangsa lain seperti cheongsam atau dhoti. Ada yang secara terang-terangan terus sahaja menghukum si pemakai, tanpa berfikir secara rasional.

Cuba kita pula bayangkan, bagaimana pula dengan orang Islam di negara Cina? Majoriti kaum di negara itu merupakan penduduk yang berbangsa Cina. Adakah kita juga akan dilarang untuk memakai baju Melayu? Susahlah jika begitu. Hal ini hanya akan menyebabkan Islam ini nampak rumit dan komples. Padahal Islam itu memudahkan. Dan kalau diikutkan logik juga, pada zaman Rasulullah pun tidak ada penetapan pada sebarang jenis pakaian bangsa. Maksudnya, Islam ini bersifat universal.

Rasulullah sendiri pun pernah memakai pakaian daripada bangsa dan budaya lain. Baginda pernah memakai pakaian bangsa Rom, padahal dulu Rom merupakan sebuah negara yang sangat kuat pengaruh Kristian. Oleh itu, hal ini menjelaskan bahawa pakaian sesebuah bangsa, tidak ada hubungkait dengan agama bangsa berkenaan. Jika anda suka membaca kisah-kisah perjalanan Rasulullah, anda akan mendapati Rasulullah pernah memakai variasi baju daripada bangsa lain meskipun ketika bermusafir. Baginda memakai pakaian yang selesa mengikut tempat dan waktunya, bukannya sekadar berjubah. 

Terdapat pula segelintir kumpulan agama yang mewajibkan pengikutnya memakai jubah. Jikalau begitu, Islam akan menjadi tidak sesuai untuk bangsa-bangsa yang lain kerana mereka terpaksa membeli jubah semata-mata mahu mendapat title Muslim. Saya ada menonton salah satu epidod Tanah Kubur di mana terdapat kumpulan yang semua ahlinya memakai jubah serba hitam dan bercelak. Jubah itu tidak bersalah, yang salah adalah aqidah yang diamalkan oleh anak-anak muda tersebut.

Lain pula pandangannya dengan masyarakat kini yang jelas mempunyai fahaman yang sangat berbeza. Tidak ada lagi dalil yang mengharamkan pemakaian baju bangsa lain. Tetapi yang jelas kita perlulah menutup aurat. Islam kan membenarkan kita untuk berfesyen. Boleh sahaja kita mengubahsuai cheongsam menjadi lengan panjang dan memakainya, janji pakaian itu longgar dan menutup aurat. 

Ramai juga yang menyatakan songkok itu pakaian sunnah. Ini juga merupakan satu lagi salah faham orang kita yang mengatakan songkok itu sebahagian daripada sunnah. Tidak, songkok itu bukan sunnah.

“Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan diberikan mengenai asal kehadiran songkok di alam Melayu ini. Ada yang mendakwa, ia berasal dari Turki. Ada yang mengatakan ia berasal dari Parsi (Iran). Ada juga mengatakan ia mungkin berasal dari benua Hindi (India).” - Petikan daripada blog Ibnu Rusydi tentang isu songkok

Songkok ini tidak wujud pada zaman nabi. Kebudayaan ini cuma dibawa daripada negara lain yang akhirnya menular di Malaysia sehingga menjadi kebudayaan orang Melayu. Begitu juga halnya dengan kebudayaan lain seperti seni ukiran masjid dan tulisan yang dibawa oleh negara luar. Namun tidak ada salahnya langsung kita mengikuti ciri-ciri kebudayaan ini. Bahkan, pemakaian songkok menyebabkan seseorang itu tampil lebih kemas dan kacak. Ehem.

Bagaimana pula pakaian yang dikatakan bercanggah dengan Islam? Pakaian-pakaian tersebut adalah pakaian yang diperbuat khusus untuk agama tertentu selain daripada Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri. Pakaian tersebut seperti pakaian khas untuk sami, paderi atau pakaian yang menggambarkan keganasan yang sangat kontra dengan Islam. Islam merupakan agama yang mudah dan penuh dengan nilai murni dan kesopanan, bukan untuk dicemari dengan black metal dan sebagainya.


Wednesday, 2 June 2010

Fesyen Remaja: Songkok Fesyen Remaja Kini

Okay, kali ini saya cuba menyingkap isu penggunaan songkok yang ketara dalam kalangan remaja lelaki. Songkok memang merupakan pakaian tradisi orang melayu yang juga berkait rapat dengan islam. Memanglah dalam islam tiada istilah songkok atau apa2 yg mewajibkan memakai songkok, tetapi pada kebiasaannya songkok dipakai ke surau, masjid @ majlis2 keagamaan seperti kenduri dsb.

Namun nmpknya kini songkok telah disalahgunakan dalam mengejar arus kemodenan. Sebut sahaja tentang moden, pasti semua orang suka. Tapi kemodenan yg cuba dibawa ini pada pandangan saya bagaikan satu penghinaan terhadap adat melayu dan sedikit sebanyak menjejaskan agama islam. Songkok yang dulunya dibawa ke masjid kini telah dibawa ke atas pentas dengan iringan lagu2 ROCK. Hah, dasyat! Dipadankan pula dengan pakaian yang menampakkan pusat sekali sekala. Apa ya sebenarnya tujuan buat benda2 seperti ini? Untuk mengangkat martabat melayu? Atau mempromosikan baju melayu trend terbaru? Wallahu'alam.

Songkok bukanlah pakaian yang sesuai untuk dibawa ke atas pentas sekiranya bukan untuk tujuan dakwah. Sambil nyanyi lagu2 yang melalaikan dengan songkok atas kepala, what's the point? Harap2 semua kaum muslimin di luar sana tidak menyalah gunakan songkok sebagai trend remaja songsang masa kini. Maaf kalau entry ini menyakiti hati sesiapa but sharing is caring.. Cuba sahaja lihat para muslimin di luar sana, kan indah memakai songkok dengan tujuan yang betul. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua. Ameen.

Saturday, 29 May 2010

Fesyen Remaja: Trend Scarf?? Haram tetap haram...

Okay..sekarang nie ramai orang yang suka pakai scarf utk tutup kepala tapi nampak leher. Kononnya dah tutup auratlah tu. Tapi Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Nur 24:31 iaitu

“
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”


Dalam ayat trsbt, Allah memerintahkan agar kain tudung yang sedia dipakai di kepala dilabuhkan ke hadapan agar menutup belahan leher dan dada. Ayat ini memperincikan aurat dan cara pakaian yang dikehendaki oleh syariat Islam untuk menutup aurat. Oleh itu, pesan Writer kalau nak ikut trend bley, tapi jgn lebih2 sgt. Nasihat Writer untuk diri sndri dan saudara seiman...

Thursday, 27 May 2010

Islam: Sanggul Tinggi Diharamkan

Sebenarnya ramai di kalangan umat Islam yang masih terbawa-bawa dengan fesyen 'sanggul tinggi'. Kesedaran tentang hukum Islam masih kabur. Saya juga baru terbaca hadis ini (maklumlah, saya masih kerdil dan cetek ilmu) di sebuah laman web dan tertarik untuk menyebarkannya kepada seluruh umat Islam. Banyak golongan remaja yang mungkin belum menyedari akan hakikat ini. Walau apapun, haram tetap haram! Berikut hadis yang dimaksudkan:


“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith riwayat Muslim.


Dalam hadith tersebut kita dapat melihat Rasulullah telah memberi gambaran awal mengenai ciri-ciri umat akhir zaman, yang mana lebih spesifik lagi, boleh dikatakan wanita pada zaman kini, yang lebih gemar untuk berfesyen, dari atas sehingga ke bawah, seolah-olah menerima perubahan dan peredaran zaman yang semakin maju dan canggih serta tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.
Hal ini juga telah disebut di dalam Al-Quran yang suci, Surah An-Nur, ayat 31, di mana Allah Taala telah menyebut kewajipan seorang wanita untuk menjaga segala yang tersurat akan dirinya. Walaubagaimanapun, kita sekarang lebih suka untuk menyedapkan hati, menenangkan diri, mengabaikan yang hakiki, dengan mengambil pendapat-pendapat yang lebih ringan tanpa berasas (maafkan saya kerana saya menyebut hal ini).
Saya ingin menyatakan bahawa kita tidak sibuk untuk mengomen orang bertudung yang bersanggul tinggi, akan tetapi apabila kita disebut atau mengimani Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan berpegang kepada agama yang satu, maka kita hendaklah melaksanakan syariatnya secara menyeluruh dan bukan separuh-separuh. Dan bagaimana pula dengan orang yang tidak bertudung, secara mutlaknya mereka tidak melaksanakan perintah Allah secara zahirnya walaupun mereka sudah arif akan tuntutan ini. Walaubagaimanapun, segala-galanyanya terletak kepada perhitungan Allah di akhirat kelak. Saya bukanlah Tuhan yang menentukan segala-galanya. Saya cuma hamba-Nya yang hina. Firman Allah Taala di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah...."
Oleh itu, para muslimah terutamanya yang remaja di luar sana d iharapkan jangan terikut-ikutkan fesyen terkini yang ada kalanya menyalahi syariat Islam.
* Sumber: Google. Gambar lucu ini cuma sekadar renungan diri dan para muslimah di luar sana. Tidak ada tujuan mengaibkan sesiapa. Maaf andai ada khilaf.