Seorang pelancong yang beragama Kristian mencari-cari arah
untuk ke gereja berhampiran. Hari itu hari Ahad, hari untuk dia bersembahyang
di gereja. Luas sungguh kota metropolitan sehinggakan dia sendiri pun tersesat.
Lalu dia terlihat kelibat seorang wanita yang sedang menunggu bas sendirian di
perhentian bas. Dia pun segera menghampiri wanita itu.
“Excuse me miss? Can you tell me where I can find the
church?” dia bertanya dengan penuh sopan.
Wanita itu terus berubah muka menjadi kelat. Namun,
disebabkan tidak mahu memberikan tanggapan yang buruk kepada pelancong Kristian
itu, dia pun menjawab.
“I’m sorry sir. I am a Muslim,” dia cuba melakar senyum.
“Oh, I’m sorry. For a second I thought you’re not a Muslim
by the way you dress.” Pelancong itu kemudiannya berlalu pergi, meninggalkan
wanita itu terkesima dan terkesan.
Sekiranya saya yang berada di dalam situasi tersebut, mahu
sahaja saya menyorokkan muka di dalam beg kerana malu. Ya, malu. Kita merupakan
orang Islam, tetapi dianggap sebagai orang bukan Islam hanya dengan cara
berpakaian. Nah, di sini kita dapat lihat, pakaian seseorang memang sedikit
sebanyak menggambarkan agamanya.
Kita bebas memakai apa jenis pakaian asalkan pakaian itu
menutup aurat. Sebagai umat Islam, pakaian merupakan aset penting yang
melambangkan agama kita. Syaratnya mudah sahaja, untuk muslimin, pakai pakaian
yang menutup aurat daripada pusat sehingga ke lutut manakala buat muslimah
seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Asalkan kita memelihara
aurat kita, insha Allah masyarakat tidak akan memandang prejudis terhadap kita.
Namun, rata-rata masyarakat kita mempunyai salah faham
tentang fesyen. Mereka berpendapat orang Islam perlu memakai baju Melayu dan
baju kurung. Dan mereka akan memandang
prejudis kepada orang Melayu yang memakai pakaian daripada bangsa lain seperti
cheongsam atau dhoti. Ada yang secara terang-terangan terus sahaja menghukum si
pemakai, tanpa berfikir secara rasional.
Cuba kita pula bayangkan, bagaimana pula dengan orang Islam
di negara Cina? Majoriti kaum di negara itu merupakan penduduk yang berbangsa
Cina. Adakah kita juga akan dilarang untuk memakai baju Melayu? Susahlah jika
begitu. Hal ini hanya akan menyebabkan Islam ini nampak rumit dan komples.
Padahal Islam itu memudahkan. Dan kalau diikutkan logik juga, pada zaman
Rasulullah pun tidak ada penetapan pada sebarang jenis pakaian bangsa.
Maksudnya, Islam ini bersifat universal.
Rasulullah sendiri pun pernah memakai pakaian daripada
bangsa dan budaya lain. Baginda pernah memakai pakaian bangsa Rom, padahal dulu
Rom merupakan sebuah negara yang sangat kuat pengaruh Kristian. Oleh itu, hal
ini menjelaskan bahawa pakaian sesebuah bangsa, tidak ada hubungkait dengan
agama bangsa berkenaan. Jika anda suka membaca kisah-kisah perjalanan
Rasulullah, anda akan mendapati Rasulullah pernah memakai variasi baju daripada
bangsa lain meskipun ketika bermusafir. Baginda memakai pakaian yang selesa
mengikut tempat dan waktunya, bukannya sekadar berjubah.
Terdapat pula segelintir kumpulan agama yang mewajibkan pengikutnya memakai jubah. Jikalau begitu, Islam akan menjadi tidak sesuai untuk bangsa-bangsa yang lain kerana mereka terpaksa membeli jubah semata-mata mahu mendapat title Muslim. Saya ada menonton salah satu epidod Tanah Kubur di mana terdapat kumpulan yang semua ahlinya memakai jubah serba hitam dan bercelak. Jubah itu tidak bersalah, yang salah adalah aqidah yang diamalkan oleh anak-anak muda tersebut.
Terdapat pula segelintir kumpulan agama yang mewajibkan pengikutnya memakai jubah. Jikalau begitu, Islam akan menjadi tidak sesuai untuk bangsa-bangsa yang lain kerana mereka terpaksa membeli jubah semata-mata mahu mendapat title Muslim. Saya ada menonton salah satu epidod Tanah Kubur di mana terdapat kumpulan yang semua ahlinya memakai jubah serba hitam dan bercelak. Jubah itu tidak bersalah, yang salah adalah aqidah yang diamalkan oleh anak-anak muda tersebut.
Lain pula pandangannya dengan masyarakat kini yang jelas
mempunyai fahaman yang sangat berbeza. Tidak ada lagi dalil yang mengharamkan
pemakaian baju bangsa lain. Tetapi yang jelas kita perlulah menutup aurat.
Islam kan membenarkan kita untuk berfesyen. Boleh sahaja kita mengubahsuai
cheongsam menjadi lengan panjang dan memakainya, janji pakaian itu longgar dan
menutup aurat.
Ramai juga yang menyatakan songkok itu pakaian sunnah. Ini
juga merupakan satu lagi salah faham orang kita yang mengatakan songkok itu
sebahagian daripada sunnah. Tidak, songkok itu bukan sunnah.
“Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan diberikan mengenai
asal kehadiran songkok di alam Melayu ini. Ada yang mendakwa, ia berasal dari
Turki. Ada yang mengatakan ia berasal dari Parsi (Iran). Ada juga mengatakan ia
mungkin berasal dari benua Hindi (India).” - Petikan daripada blog Ibnu Rusydi
tentang isu songkok
Songkok ini tidak wujud pada zaman nabi. Kebudayaan ini cuma
dibawa daripada negara lain yang akhirnya menular di Malaysia sehingga menjadi
kebudayaan orang Melayu. Begitu juga halnya dengan kebudayaan lain seperti seni
ukiran masjid dan tulisan yang dibawa oleh negara luar. Namun tidak ada
salahnya langsung kita mengikuti ciri-ciri kebudayaan ini. Bahkan, pemakaian
songkok menyebabkan seseorang itu tampil lebih kemas dan kacak. Ehem.
Bagaimana pula pakaian yang dikatakan bercanggah
dengan Islam? Pakaian-pakaian tersebut adalah pakaian yang diperbuat khusus
untuk agama tertentu selain daripada Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah
Islam itu sendiri. Pakaian tersebut seperti pakaian khas untuk sami, paderi
atau pakaian yang menggambarkan keganasan yang sangat kontra dengan Islam.
Islam merupakan agama yang mudah dan penuh dengan nilai murni dan kesopanan,
bukan untuk dicemari dengan black metal dan sebagainya.
pakaian tu juga salah satu yang melambangkan agama kita. nice sharing :)
ReplyDelete