Tuesday, 10 December 2013

Wasiat Terakhir Sultan Muhammad Al-Fateh Kepada Anaknya



Berikut merupakan beberapa pesanan Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya:

-Jadilah seorang yang adil, soleh, dan penyayang.

-Pemudahkan (jangan menyusahkan) atas pemeliharaanmu (terhadap sesuatu urusan) tanpa ada diskriminasi.

-Beramallah untuk menyebarkan agama Islam, kerana itu adalah kewajipan pemimpin di atas muka bumi.

-Utamakan perkara-perkara agama di atas setiap sesuatu, dan jangan kamu hilangkan ketabahan (untuk melaksanakannya).

-Jangan kamu angkat individu yang tidak mengutamakan perkara agama, tidak meninggalkan dosa-dosa besar, dan tenggelam di dalam keburukan.

-Jauhkan (dirimu) daripada bidaah yang buruk dan mereka-mereka yang menggalakkannya.

- Luaskan jihad ke seluruh negara.

-Jagalah harta-harta baitul Mal daripada disalahgunakan.

-Berhati-hati daripada menghulurkan tanganmu terhadap harta orang lain (mengambil harta orang lain) daripada harta yang kamu jaga kecuali dengan hak Islam.

-Satukanlah bagi orang-orang yang berkehendak dan memerlukan itu kekuatan mereka dan muliakanlah mereka-mereka yang berhak (dimuliakan).

Artikel ini dipetik daripada blog Syeikh Mujahid.

No comments:

Post a Comment