Sekarang ini banyak drama di televisyen yang diadaptasikan daripada novel. Drama-drama seperti ini lebih banyak menarik tumpuan rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan drama biasa kerana kisah dalam novel cinta rasanya nampak lebih nyata dan romantis barangkali di kaca televisyen. Dan sudah pastilah yang menjadi tumpuan utama penonton, khususnya daripada kalangan wanita ialah pelakon utama sesebuah drama itu sendiri.
Fenomena artis-artis terkenal
kian mendominasi media sosial. Aaron Aziz, Izzue Islam dan kini Fattah Amin.
Begitu hebatnya penangan industri hiburan kita hari ini sehinggakan wujudnya
pelbagai fanpage untuk karakter-karakter kesukaan masyarakat meskipun karakter
itu tidak wujud di dunia nyata. Selesai satu drama, minat kita beralih pula
kepada drama yang terbaru dan begitulah selanjutnya. Minat dan semangat untuk
menyokong industri tempatan kita tidak ada salahnya. Bahkan, saya sendiri amat
berharap pihak media tempatan dapat juga menyiarkan drama yang diadaptasi
daripada novel remaja kerana menurut saya secara personal, kita telah terlalu
banyak dihidangkan dengan tema cinta. Sesekali bolehlah bertukar angin kepada
drama penyiasatan, persahabatan atau keagamaan.
Menonton drama dan filem kesukaan
kita tidak menjadi sebarang masalah, cuma kita perlu mengawalnya agar tidak
menjebak diri sendiri. Bagaimana media-media ini boleh menjebak kita? Tanpa
kita sedari, drama tersebut boleh membuatkan seseorang itu menangguhkan
solatnya, bahkan lebih parah meninggalkan solat. Ya lah, kita tidak mahu
melepaskan walau satu saat pun babak yang ditayangkan. Hendak pergi solat,
takut terlepas babak penting. Hati menyuruh badan tunggu sekejap. Akhirnya,
bila drama telah selesai, kita pun baru mahu bergerak untuk solat.
Tetapi dalam perjalanan untuk
mendirikan solat, kita diuji pula dengan tugasan dan arahan daripada ibu bapa
untuk menyiapkan makan malam atau sebagainya sehinggakan langsung terlupa untuk
solat. Dan begitulah kebiasaannya. Sedar tak sedar, drama yang kita tonton itu
telah menyebabkan kita lalai daripada melaksanakan kewajipan kita terhadap
Tuhan.
Satu lagi masalah yang berpunca
daripada drama sekiranya tidak berjaya dikawal ialah kefanatikan terhadap aktor/aktres
drama itu, terutamanya jika mereka cantik dan kacak. Malah, ada yang siap
mengaku suami dan isteri masing-masing. Kalau sekadar suka-suka tidak mengapa.
Jangankan ada yang mengambil terlalu serius sehingga ingin mengetahui walau
sekecil-kecil butiran pun tentang pelakon tersebut. Sehinggakan aktiviti
seharian pelakon itu pun dipantaunya habis-habisan. Perkara ini bukan hanya
akan memakan diri sendiri, tetapi boleh juga membahayakan nyawa pelakon-pelakon
tersebut kan? Manalah tahu.
Pesan saya, kita kena
berpada-pada dalam melakukan hal yang kita suka. Jangan sampai melalaikan, dan
janganlah pula sampai memakan diri. Baiklah, sebenarnya tertarik untuk memetik
salah satu judul drama yang sedang meletup di kaca televisyen sekarang ini
iaitu “Playboy” Itu Suami Aku. Biarlah playboy itu suami dia. “Prayboy” Itu
Suami Aku. Saya berminat untuk memberikan sedikit ulasan tentang vlog yang dihasilkan
oleh MrTheAllShared berkenaan isu Perigi Tolak Timba. Meskipun mungkin saya
masih muda untuk membicarakan tentang perkara ini, tetapi tidak ada salahnya
untuk saya mengutarakan pendapat sendiri.
Vlog ini mengetengahkan isu perempuan
yang menolak lelaki soleh untuk dijadikan calon suami, dan juga menolak lelaki
yang jahil untuk dijadikan suami. Lantas, siapakah yang sebenar-benarnya layak
untuk dijadikan calon suami?
Beginilah. Sebagai seorang
perempuan, kita pastilah mengimpikan calon suami yang beriman. Ya, setiap
muslimah mahukan seorang lelaki yang soleh untuk membimbingnya ke syurga. Tidak
ada muslimah yang mahukan playboy sebagai suaminya. Kita mengidamkan “prayboy”
sebagai suami. Namun apabila datangnya seorang lelaki yang soleh melamar untuk
dijadikan isteri, maka wujudnya perasaan rendah diri dan muslimah akan mula
menilai kembali sejauh mana keimanannya jika dibandingkan dengan lelaki itu. Apabila
rasa diri tidak layak untuk lelaki yang beriman itu, mulalah dia menolak
lamarannya.
Begitu juga apabila datangnya
lelaki yang jahil dalam agama. Muslimah akan berpendapat bahawa sukar pula untuk
lelaki itu membimbingnya ke syurga. Lantas, jawapan kami hanya akan menyuruh
lelaki itu pulang dan perbaiki diri sebelum bersedia untuk menerimanya sebagai
calon suami. Mungkin inilah pandangan sebahagian besar muslimah hari ini.
Hasrat di hati cuma mahukan lelaki yang benar-benar layak untuk kita.
Pendirian lelaki dan pendirian
wanita berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan akal untuk memilih calon isteri
tetapi wanita pula lebih banyak menggunakan nafsu dalam proses pemilihan. Dan
seperti yang kita ketahui, nafsu ini tidak akan pernah puas walau apa pun yang
terjadi. Nafsu akan sentiasa bersifat berkehendak terhadap kesempurnaan. Oleh
itu kami akan terus berusaha mencari kesempurnaan, sedangkan hakikatnya tidak
ada lelaki yang sempurna di dalam dunia ini.
Satu perkara yang perlu diingati
tentang wanita, ialah wanita bersifat memilih. Namun, bukan semuanya mempunyai
sifat sedemikian. Seandainya lelaki rasa dirinya mahukan seseorang itu sebagai
pelengkap hidupnya, maka dia harus banyak bersabar sekiranya ditolak. Berikan
sedikit masa dan usaha, sehingga wanita itu dapat menggunakan akalnya bahawa
andalah yang sesuai untuknya. Namun, pastikan usaha itu dilakukan dengan
mengikut syariat. Wanita ini sebenarnya lembut hatinya.
Baiklah, itu sahaja sedikit pendapat saya tentang vlog tersebut. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana diri sendiri belum ada pengalaman. Saya cuma menulis berdasarkan pendapat hati. Kepada muslimah pula, jangan mudah terpedaya dengan janji lelaki. Lelaki yang tulus akan mencari muslimah melalui jalan yang diredhai Allah. Pilih “prayboy” itu sebagai suami, bukannya “playboy”.
Baiklah, itu sahaja sedikit pendapat saya tentang vlog tersebut. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana diri sendiri belum ada pengalaman. Saya cuma menulis berdasarkan pendapat hati. Kepada muslimah pula, jangan mudah terpedaya dengan janji lelaki. Lelaki yang tulus akan mencari muslimah melalui jalan yang diredhai Allah. Pilih “prayboy” itu sebagai suami, bukannya “playboy”.
semoga dijauhi dari playboy.. tetapi didekatkan dengan prayboy.. insya-Allah..
ReplyDeletebetul tu.
ReplyDelete