Alhamdulillah, akhirnya saya
telah pun menamatkan zaman persekolahan dan kini tidak lagi bergelar pelajar
sekolah. Hehe. Sepanjang lima tahun menjadi seorang pelajar sekolah menengah,
banyak yang telah saya pelajari dalam kehidupan ini. Suka dan duka, semua ada.
Pengalaman saya di negeri Selangor telah banyak mematangkan lagi diri ini.
Kalau ditanya kepada semua remaja, apa yang paling menarik sekali dalam alam
persekolahan, tentulah mereka akan menjawab persahabatan. Dalam persahabatan,
saya telah menikmati begitu indahnya ukhuwwah berpaksikan keredhaan Allah. Dan
saya juga telah mengalami keperitan ditinggalkan sahabat tanpa sebarang alasan.
Namun itulah ragam hidup. Ada manisnya, ada pahitnya. Kisah yang buruk
dijadikan iktibar manakala kisah yang baik dijadikan perangsang untuk terus
berjaya dalam hidup seterusnya yang lebih mencabar.
Saya tinggal di Kulim, Kedah
namun saya sengaja memilih sebuah sekolah di Kuala Selangor untuk meneruskan
pengembaraan hidup (cewah). Sekitar Januari 2012, saya tidak menyangka bahawa
permohonan saya untuk ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor diterima.
Berbaur rasa tidak percaya, saya akhirnya mendaftarkan diri di Kusess. Pada
awal kemasukan, memanglah semuanya janggal dan kehidupan saya rasa terasing,
jauh berbeza dengan sekolah harian di Kulim. Semua yang saya buat, rasa tak
kena. Dan yang paling penting, saya sukar menyesuaikan diri dengan subjek
Sains. Namun kalau hendak berpatah balik pun, tidak ada gunanya. Bahkan saya
cuma akan menyusahkan kedua-dua orang tua sahaja.
Teater Mencari Azizah arahan Nurina Izzati (cewah) |
Alhamdulillah sekitar pertengahan
tahun tingkatan empat, saya telah mula melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan
kokurikulum. Scrabble, penulisan skrip dan cerpen, teater dan sidang redaksi
majalah sekolah. Lebih membanggakan lagi (bukan nak bangga diri) saya menjadi
seorang pengarah teater dan co-editor majalah sekolah. Nampaknya, warga sekolah
memberikan kepercayaan kepada saya kerana hasil undian pelajar puteri Kusess,
saya telah dilantik sebagai Penolong Ketua Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR)
di sekolah itu pada tahun ini. Saya sengaja tidak menghadirkan diri ketika temu
duga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau pengawas kerana tidak mahu terbeban
dengan amanah yang berat. Cukuplah pegang jawatan tinggi dalam BADAR pun sudah
banyak pening kepala.
Sepanjang dua tahun di Kusess,
rakan-rakanlah yang telah banyak sekali membantu saya dan menyokong segala
perjuangan saya. Demam dan sakit, mereka akan paksa saya makan ubat meskipun
saya seorang yang susah makan ubat. Segala cerita dikongsi bersama dan kalau
tak siap kerja sekolah (normal la kan) kami akan didenda bersama-sama. Hehe. Paling
banyak kena denda masa tingkatan empat. Alhamdulillah tahun ini jarang sekali
kena denda, walaupun banyak tak siap kerja. Kerja majalah boleh pula siapkan. =='
Apa yang penting untuk kekuatan diri hidup di asrama tentulah ibu bapa. Seminggu sekali saya akan hubungi ibu saya, walaupun tak ada benda nak cakap. Saya tahu, merekalah yang tidak putus-putus berdoa untuk kejayaan saya di sekolah. Kerana mereka, saya menjadi kuat.
Percintaan? Kalau dahulu,
bercinta di zaman persekolahan memang susah. Kena main surat-surat segala.
Tetapi zaman dah berubah. Kalau nak jumpa terus jumpa. Memang sudah menjadi
norma remaja kini untuk berpasangan dan saya akui, itu merupakan tugas yang
paling sukar untuk saya laksanakan tahun ini. Adeh. Saya cuma mampu bersyukur
kepada Allah kerana Dia masih sudi menjaga hati saya daripada cenderung ke arah
kemaksiatan. Tak ada maknanya untuk saya bercinta zaman sekolah. Pelajaran pun
entah ke mana. Boleh aje happy bersama rakan-rakan. Sebab saya amalkan nasihat
Akhi Hilal Asyraf, kita kena “couple” dengan kawan kita untuk bahagia.
Minggu semua pelajar sekolah
pulang merupakan detik yang agak menyeronokkan kerana suasana asrama bertukar
lebih kondusif untuk pembelajaran kami. Apa yang membisingkan rakan-rakan
adalah tentang musolla yang bersepah. Musolla merupakan tempat solat untuk
pelajar puteri namun bertukar menjadi tempat ‘tertinggal’ barang. Saya cuma
tersenyum mendengar rungutan segelintir pihak kecoh tentang isu musolla. Pada waktu
itu, saya sudah yakin perkara yang sama akan terjadi kepada musolla tatkala
tiba giliran kami pula untuk meninggalkan sekolah. Oleh itu, daripada merungut
tentang masalah, maka saya cuba untuk selesaikan masalah. Saya bangun sekitar
jam tiga pagi untuk kemaskan musolla dan alhamdulillah berjaya mengemaskannya
sekitar jam lima pagi. Siap buang tahi kucing lagi. Tadaa. Perasaan saya
menjadi puas. Masalah selesai dan tidak ada orang lagi yang membangkitkan
tentang isu musolla selepas hari itu. See. Kita hidup untuk selesaikan masalah,
bukannya membicarakan tentang masalah itu.
Minggu SPM merupakan minggu-minggu yang bahagia
bercampur derita. Bahagia kerana semua pelajar tingkatan lima ditempatkan di
aras yang sama. Dalam masa yang sama, banyak pula ujian yang Allah turunkan.
DugaanNya memang dahsyat. Waktu itulah saya ditinggalkan oleh sahabat saya dan
waktu itu jugalah tangan saya kena sengat tebuan. Bengkak tangan saya dan
sakitnya hanya Allah tahu. Saya pergi ke klinik untuk mendapat suntikan ketika
kelas anjal Pendidikan Agama Islam. Apabila pulang ke sekolah jam sudah
menunjukkan pukul empat lebih. Adik dorm saya menyuruh saya berehat sahaja
tetapi memikirkan betapa banyak ilmu dan pesanan yang mungkin saya terlepas,
saya gagahkan jua diri yang tengah pening-pening lalat ketika itu untuk ke
Dewan Prima (bajet kejap). Dan banyak lagilah dugaan SPM.
Pernah seketika saya hampir kecewa dengan diri sendiri namun akal saya masih waras untuk mengharungi semua dugaan tersebut. Seorang sahabat saya pernah berpesan, sekiranya Tuhan turunkan ujian kepada kita, ertinya Tuhan itu sedang memandang kita. Saya bersyukur kerana Allah sudi memandang diri ini. Apa pun, segalanya telah selesai kini. Saya sekarang cuba menumpukan perhatian kepada dunia penulisan kembali dan harapnya boleh terbitkan novel yang ketiga selepas ini. Pinta doa daripada kalian ya?
Pernah seketika saya hampir kecewa dengan diri sendiri namun akal saya masih waras untuk mengharungi semua dugaan tersebut. Seorang sahabat saya pernah berpesan, sekiranya Tuhan turunkan ujian kepada kita, ertinya Tuhan itu sedang memandang kita. Saya bersyukur kerana Allah sudi memandang diri ini. Apa pun, segalanya telah selesai kini. Saya sekarang cuba menumpukan perhatian kepada dunia penulisan kembali dan harapnya boleh terbitkan novel yang ketiga selepas ini. Pinta doa daripada kalian ya?
i do not know how to express but I feel touch when reading this...
ReplyDeletethanks for reading :)
Delete