Hari ini saya akan cuba menulis tentang satu eksperimen Physics yang dipelajari ketika tingkatan 4 iaitu Specific Heat Capacity. Bezanya, saya cuba tukar eksperimen ini dengan konsep islam iaitu tentang menutup aurat. Dulu saya pernah terbaca tentang eksperimen ini melalui blog seorang pelajar universiti dalam jurusan fizik jika tidak silap saya. Kalau saya jumpa pautannya, insha Allah saya akan pautkan kepada blog saya. Saya mempunyai sedikit kesukaran untuk menjelaskan eksperimen ini dalam bahasa Melayu kerana kami belajar dalam bahasa Inggeris. Dan post ini agak complicated sikit bagi orang yang tidak mengambil subjek Physics. Tetapi saya akan cuba memberi penjelasan sebaik mungkin berdasarkan pengetahuan yang ada.
Baiklah, sejujurnya saya ini memang lemah dalam subjek Physics. Tetapi saya sangat meminati konsep-konsep Physics kerana subjek ini bersangkutan dengan diri kita dan keadaan semula jadi alam. Namun demikian, saya kurang mahir dalam bab pengiraan, padahal pengiraan itulah yang paling penting dalam subjek Physics. Banyak konsep yang diajarkan seperti Momentum, Inertia, Pressure, Light, Electromagnetism dan Electronics. Bab yang paling saya suka adalah Logic Gates di bawah tajuk Electronics kerana bab ini simple kalau nak dibandingkan dengan bab-bab yang lain. Kalau hendak diceritakan tentang Physics ni memang banyak sejarahnya jadi saya masuk terus kepada tujuan utama entry ini. Izinkan saya untuk menggunakan dwibahasa dalam entry kali ini. Saya memohon maaf seandainya ada kesalahan dalam penterjemahan ke dalam bahasa Melayu. Mohon dibetulkan.
The specific heat capacity is the quantity of heat energy required to increase the temperature of a substance. Maksudnya, jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sesuatu bahan itu. Suhu di sini memang bertepatan dengan konsep aurat kita. Ramai orang terutamanya wanita membuka aurat mereka (tudung) dengan alasan panas. Tambahan lagi, wanita-wanita di Malaysia ni. Ya lah, di Malaysia mana ada musim sejuk. Terpaksalah buka aurat sepanjang tahun.
Formula yang wajib kami hafal untuk heat capacity ini ialah Q=mc(tetha). Tak jumpa simbol tetha pula.
Q = heat energy / tenaga haba
m = mass of substance / jisim objek
c = specific heat capacity / (rujuk maksud yang telah dinyatakan)
tetha = change in temperature / perubahan suhu
Saya telah menyatakan maksud dan formula yang perlu kita ketahui. Sekarang jom buat eksperimen Aurat bersama-sama saya. Ok, kita ada satu situasi. Saya ambil 3 orang wanita dengan cara berpakaian yang berbeza. Muslimah A ni seorang yang bertudung labuh, pakai handsocks dan menutup segala-galanya. Muslimah B masih menutup aurat tetapi biasa-biasa sahaja. Manakala Muslimah C pula dengan rupa paras yang cun-melecun, menayangkan rambutnya yang cantik dan lurus menawan ibarat pelakon Hollywood gitu.
1. Aim / Tujuan :
To investigate the spiritual of an individual to resist pressure based on how she covers her aurat.
Untuk menguji tahap ketahanan spiritual dan rohani seseorang terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaiannya.
2. Hipothesis / Hipotesis :
The better they cover their aurat, the higher their spirit to resist any pressure.
Semakin baik cara pemakaian seseorang itu mengikut syariat Islam, maka semakin tinggilah daya ketahanan spiritualnya terhadap tekanan yang diberi.
3. Manipulated variable / Pembolehubah manipulasi :
c - Jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sesuatu bahan itu mempunyai kaitan dengan tahap ketahanan spiritual dan rohani seseorang terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaiannya. Maksudnya di sini, seperti yang telah saya jelaskan, wanita tidak menutup aurat dengan alasan mereka panas. Bereti, orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna ini mempunyai tahap ketahanan spiritual yang sangat rendah.
4. Responding variable / Pembolehubah tindak balas :
Q - Tenaga haba pula dikaitkan dengan daya ketahanan ketiga-tiga muslimah tadi.
5. Fixed variable / (Yang tak berubah) :
m - Jisim objek. Just consider the mass of the three women are the same. Malah, anggap saja semua ciri-ciri fizikal seperti bangsa dan agama mereka sama.
6. Procedure / Kaedah (Procedure ni penting sangat dalam eksperimen. Kalau tak dapat tangkap gambaran eksperimen, pandai-pandailah buat eksperimen sendiri) :
- Kita perhatikan saja perubahan yang terjadi terhadap Muslimah A, Muslimah B dan Muslimah C.
- Melakukan soal selidik kepada mereka tentang aurat.
- Ulang eksperimen terhadap 3 orang wanita lain dengan kaedah yang sama.
- Pandai-pandailah sendiri.
7. Observation / Pemerhatian :
- Muslimah A akan kelihatan sentiasa ceria, sopan santun, lemah lembut dan sentiasa menjaga pergaulannya.
- Muslimah B juga kelihatan ceria dan tenang. Tapi kadang-kadang dia akan berasa risau. Kadang-kadang dia akan terlepas kemarahan, tapi lambat laun back to normal.
- Muslimah C memang rasa dirinya bagus dan berketrampilan tetapi hakikatnya clumsy, tidak menjaga pergaulan dan mudah marah.
8. Conclusion / Konklusi :
Orang yang akan meraih nilai Q yang tinggi ialah mereka yang menutup aurat dengan sempurna berlandaskan syariat Islam. Hypothesis is accepted!
experiment yg bgus dik..science n islam mmg xdpt dipisahkan..
ReplyDeleteBagus lah post ni , terima kasih kerana share ilmu ni ya :)
ReplyDeleteNice =)
ReplyDeletenak tahu jugak full version experiment ini dari penulis asal.
Rasanya, student yang ambik course social science or mana-mana course dalam Islamic faculty boleh try conduct experiment ni untuk dimasukkan ke dalam tesis. Hehe
ReplyDeletemenarik...
ReplyDeleteblogwalking http://fathe87.com
ReplyDeleteblogwalking to www.hibernateminda.blogspot.com
ReplyDeleteSetuju dengan Ikhwan Yusuff! Sains dan Islam sentiasa berkait~
ReplyDeleteTq sbb share walaupn agak terkial2 nk memahami konsep die..bagus..perkongsian yg bermanfaat
ReplyDeleteA good experiment. it open the eyes of muslimah to cover their Aurat. well done my dear :)
ReplyDelete