Kini semakin hari semakin sukar untuk saya buka internet kerana laptop telah rosak, saya cuma menggunakan komputer lama atau kadang-kadang telefon bimbit. Nama pun komputer lama, perangai pun mestilah sudah tua. Dan selalunya benda yang kita sudah anggap tidak berguna itulah yang akan menjadi harapan terakhir kita setelah semuanya pergi meninggalkan kita. Benar kan?
Cuti sekolah cuma tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, dan saya harus segera menyiapkan e-novel Aina Zalia, takut nanti harus bertarung dengan masa memandangkan PMR tinggal hanya lebih kurang lima bulan sahaja lagi. Nurina Izzati, wake up from your dreams!
Saya kini berada dalam kondisi sedih kerana sahabat-sahabat saya kebanyakannya sedang bersedih. Cuba bayangkan, mampukah anda berada dalam kondisi bahagia andai kata insan-insan di sekeliling anda bersedih? Saya tak kuat untuk terus tersenyum bagi menenangkan mereka. Saya bukannya manusia yang pandai bicara, pandai berkata-kata. Cuma di atas papan kekuncilah saya berkata-kata. Dan, saya takut andai apa yang saya katakan langsung tidak meninggalkan kesan kepada mereka.
Ariffah sedang berduka cita. Masalahnya apa juga saya tidak tahu. Dia sedang gagah bertarung melawan persekitarannya, dan saya tahu dia boleh. Saya percaya dia mampu keluar daripada segala masalah yang membelenggu dirinya. Dia seorang yang tabah, dan saya tahu itu. Jangan berasa rendah, kerana sebenarnya dia tinggi di mata saya. Dan saya mahu dia mengerti itu. Suatu kata-kata yang selalu menjadi pegangannya, Fly... Fly... Jangan lupakan kata-kata semangat itu.
Rashidah juga sedang menguatkan dirinya. Banyak masalah yang membelenggu sahabat saya yang satu ini. Kadang dia terlalu menyalahkan diri atas setiap sesuatu yang terjadi. Sebenarnya tak berguna salahkan diri, saya tak sanggup melihat dia begitu. Apa yang penting, segalanya menjadi iktibar dan penguat semangat untuk kehidupan yang mendatang. Hikmah pasti ada, percaya itu.
Aina juga sedang terbelenggu dengan konflik-konfliknya. Apa yang pasti, harapnya segala keputusan yang diambil itu tepat dengan memikirkan kebaikan semua pihak. Kadang-kadang, dalam kehidupan ini kita harus mengetepikan kepentingan diri dan mengutamakan orang lain, bukan? Dan saya doakan, dia mampu melupakan kenangan itu kerana itulah yang terbaik buatnya. InsyaAllah.
Dan saya? Nurina Izzati? Ertinya cahaya kemuliaanku, kekuatanku. Tetapi saya lebih suka dengan maksud kekuatanku. Moga saya juga mampu kuat dan menjadi penguat kepada yang lain, dengan bantuan tangan Tuhan. Kalau kalian rasa tiada tangan yang akan menarik kalian, paling tidak, Dia kan ada?
~ Sekadar coretan
No comments:
Post a Comment