Aaaa, ok la Aziz, saya gerak dulu,” Zalia mengundur diri. Lelaki yang bernama Aziz itu juga berlalu pergi. Masing-masing dengan haluan sendiri.
Zalia akhirnya tiba di sebuah klinik berhampiran. Setelah diberikan rawatan lanjut dan ubat-ubatan, gadis itu dibenarkan pulang. Haila.. macam mana aku nak balik ni? Mana ada teksi lalu dekat kawasan ni. Kaki aku dah lenguh pula tu!
Tanpa diduga, sebuah Toyota Innova berwarna hitam berhenti tepat di hadapannya. Tingkap diturunkan. Pemandu kereta mengajak Zalia naik. Abang Daniel?
Zalia duduk di tempat penumpang belakang. Daniel yang sedang memandu berwajah serius.
“Tasya dengan Ella tu memang dah melampau! Abang tak sangka diorang sanggup buat Zalia macam ni. Ini dah melampaui batas dah ni!”
“Abang, mungkin salah Zalia juga. Siapa suruh Zalia hanguskan ikan dengan baju Kak Ella? Zalia yang cuai.”
“Ye la, tapi takkan sampai dera Zalia macam tu sekali? Habis melecur tangan Zalia.”
“Erm, tak apa la abang, Zalia redha. Benda dah nak jadi kan…”
Daniel memandang wajah Zalia melalui cermin hadapan kereta. “Maafkan abang.”
“Maaf? Kenapa? Abang tak salah apa pun…”
“Abang tak dapat kotakan janji abang pada arwah mak Zalia, abang janji untuk terus jaga Zalia. And I failed.”
“Bukan salah abang pun. Dah, dah. Jangan sedih-sedih ni. Happy selalu…” Zalia cuba menceriakan suasana. Daniel cuba meraut senyum.
“Kenapa Zalia tak duduk depan?”
“Erm, tak apa la. Lagi selesa duduk belakang. Luas,” Zalia menala pandangannya ke luar tingkap.
Tiba di rumah, Daniel segera mendapatkan Anastasya dan Drizella. Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kebetulan, kedua-duanya sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu pada waktu itu.
“You both are really over the limits! Melampau! How could you do that to your sister?” Daniel mematikan televisyen.
“Malaikat pelindung dah datang…” Drizella yang sedang mengilatkan kukunya menyindir Daniel dalam bahasa melayu.
“Wohoo.. calm down Mr. Daniel. Zalia really should be treated like that. She’s not our sister. She is not more than a maid in this house,” Anastasya berdiri. Ketinggiannya hampir sama dengan paras bahu Daniel.
“This is her house, not yours. So stop acting like queens, here!”
“What’s wrong with you? You were supposed to defend us, not this stupid little girl. Awhh, or did you already fall in love with her?” Drizella pula bangkit dari duduknya.
Paaaaaappp! Suatu tamparan singgah di pipi Drizella. Panas. Zalia terkejut dengan tindakan spontan Daniel itu. Drizella memegang pipinya. Matanya mulai berkaca, tidak percaya dengan tindakan Daniel. Segera wanita itu masuk ke dalam biliknya.
“Look what you have done! From now onwards, your just an outsider to us. And don’t act like our guardian nymore!” Anastasya menolak bahu Daniel dan pergi mendapatkan adiknya yang mungkin sedang merajuk di dalam bilik. Daniel terduduk di atas sofa. Dia sendiri tidak percaya dengan tindakannya itu.
“Abang… kenapa abang buat Kak Ella macam tu?” Zalia menyoal.
“I… I don’t know. Abang tak tahu…”
“Abang menyesal?”
“Tak. Abang tak akan pernah menyesal,” Daniel bangkit menuju ke pintu keluar.
“Abang nak pergi mana?”
“Baik abang pergi dari sini. Diorang dah bencikan abang. Assalamualaikum.” Bumm. Pintu ditutup.
“Wa… alaikumussalam.”
***
Remaja 20 tahun itu sedang melihat-lihat isi rak yang menempatkan buku-buku pelbagai genre di sudut sempit berhampiran meja belajar Ayuni. Sesekali buku yang tidak berkenan diletakkan semula, kemudian buku lain pula yang dicapai. Ayuni cuma memerhatikan tingkah sahabatnya itu.
“Eh Zalia, tangan kau macam mana? Dah ok?”
“Erm, alhamdulillah. Semakin membaik.”
“Lebih baik kau tinggal aje kat rumah aku ni Zalia. Rumah aku sepi aje ni. Kakak-kakak kau tu memang kejam, aku takut kalau kau terus tinggal kat sana macam-macam lagi diorang boleh buat,” Ayuni memberikan cadangan.
“Kalau aku tinggal kat sini, siapa nak bagi makan kakak aku? Diorang mana pandai masak. Siapa nak jaga rumah aku, bilik aku?”
“Aku cuma risaukan kau aje. Mama aku pun mesti suka kalau kau tinggal sini. Apa kata, untuk beberapa hari ni aje kau tinggal kat sini? Please Zalia, please,” Ayuni buat muka comel. Zalia tergelak.
“Abang kau?” Zalia berasa kurang enak jika terpaksa tinggal serumah dengan lelaki yang bukan muhrimnya.
“Kau jangan risau la. Abang aku keluar awal pagi, balik malam. Lagipun dia takkan kacau kau la…” Ayuni mengusik.
“Erm, ok boss!” Zalia buat gaya tabik.
“Oh ya.. mama aku ada ambil upah bodyguard taw.”
“Bodyguard?”
“Abang ngah tu la. Entah apa-apa. Kau tak nak ambil bodyguard, dia pula yang ambil. Suruh jaga aku pula. Macam la aku ni budak kecil lagi,” Ayuni mencebik bibir. Terhambur tawa daripada mulut Zalia. Memang entah apa-apa pun makhluk bertopi keledar tu. Suka buat benda pelik-pelik. Nasib engkau la Yuni oi, dapat abang macam tu.
“Dia ada kat bawah. Muda lagi, usia sebaya kita aje. Tapi jadi bodyguard. Aku rasa kan, dia mesti asal keluarga susah,” Ayuni membuat andaian. Pandai-pandai je.
“Tu la, kita kena bersyukur kita dapat peluang melanjutkan lagi pelajaran. Bukan semua orang senasib dengan kita. Allah atur perjalanan hidup kita dengan begitu baik, alhamdulillah.”
“Eh, kau nak jumpa dia tak? Aku kenalkan. Cute juga dia tu. Tapi rambut panjang.”
“Apa kau merepek ni Yuni? Aku…” belum sempat Zalia menghabiskan kata-katanya, Ayuni menarik lengannya turun ke tingkat bawah. Ikut suka aje budak ni tarik aku ke sana ke sini. Ingat aku tali ke boleh tarik-tarik sesuka hati.
Ayuni membuka pintu utama vila itu. Ha.. tu pun dia. “Zalia, kenalkan, ni bodyguard merangkap kawan baru aku, nama dia Aziz. Aziz, ni la kawan aku yang aku cerita kat kau hari tu.” Selamba aje Ayuni bersembang dengan Aziz seolah-olah mereka kawan lama. Padahal baru dua hari Aziz kerja di situ.
“Aziz?” Zalia terkejut.
“Ni Zalia ea?” Aziz terkejut kuasa dua.
“Eh, stop stop stop! Apa yang aku dah ketinggalan ni?”
“Yuni, ni la pelajar yang ambil bidang kedoktoran, yang aku cerita kat kau hari tu,” Zalia menjelaskan.
“Oh, jadi kau yang tolong Zalia hari tu?”
“Tak ada la. Biasa-biasa je..” Buat malu-malu kucing pula.
Kring… kring… Telefon rumah berbunyi. Zalia memandang Ayuni yang telah masuk ke dalam. Ceh, waktu-waktu ni juga la kau nak berbunyi ye…
“So Zalia… tak sangka pula kita akan jumpa kat sini ye. Kebetulan pula. Macam jodoh aje.” Hehehe.
“Erm, Allah takdirkan kot. Awak buat apa jadi bodyguard? Kenapa tak sambung belajar?”
“Saya ni bukannya orang senang, Zalia. Pengajian saya pun dah terbantut sebab tak cukup duit. Saya tengok, kerja ni aje yang saya boleh buat. Boleh la untuk buat duit makan,” Ayat ni aku tak bohong ye? Ayat ikhlas…
“Erm kesian saya tengok awak. Muda-muda lagi dah kena kerja kuat.”
“Tak apa, saya dah terbiasa. Banyak kerja-kerja lagi dahsyat yang pernah saya lakukan sebelum ni. Dan banyak pengalaman pahit yang dah saya lalui.”
“Apa maksud awak? Kerja apa?”
“Tarapapa. Abaikan aje kata-kata saya tadi. Eh, tangan Zalia macam mana? Dah sembuh?”
“Alhamdulillah, semakin membaik. Allah turunkan sesuatu kejadian tu, mesti ada hikmahnya. Cuma kita kena yakin dengan ketentuan-Nya.”
Wajah Aziz yang ceria tadi bertukar hiba. “Dah lama… saya tak dengar orang cakap tentang Allah…” Zalia terkejut.
“Zalia jangan la terkejut. Selama ni saya memang hidup dalam kejahilan. Kehidupan saya dulu, macam tak bertuhan.” Erm, kenapa aku luahkan semua ni pada gadis ni? Rex, kau jangan percayakan sesiapa Rex! Tak ada sesiapa yang boleh dipercayai dalam dunia ni. Bodohnya aku.
Zalia tersenyum. Aziz kebingungan. “Kenapa Zalia senyum?”
“Saya tahu. Kali pertama saya tengok Aziz pun dah boleh agak, cuma tak berani nak suarakan. Allah tu Maha Penyayang, Aziz. Pintunya sentiasa terbuka luas bagi sape-sape yang nak bertaubat.”
“Orang jahat macam saya ni pun, ada lagi ke peluang nak bertaubat?”
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya Aziz. Saya boleh tolong Aziz kalau Aziz nak.”
Aziz terkesima. Allah, adakah Kau masih mahu menerima taubatku? Adakah gadis di hadapanku ini adalah pembimbingku ke jalan-Mu?
hopefully adik nurina dapat smbung episod ni cepat..can't wait.. but then akk da nk masuk kolej mesti jrg dpt online.. ganbatte k nurina semoga dpt terus berdakwah secara halus... (^_^)
ReplyDelete