Sinopsis:
Idris merupakan seorang anak yatim piatu yang diusir dari rumah sendiri bersama adiknya Zaki, gara-gara sebuah ketidakadilan yang dicipta oleh ibu saudaranya sendiri, Mak Long lalu telah dipelihara oleh Cikgu Zakuan, seorang guru sekolah yang berhati mulia. Idris sama sekali tidak menjadikan dugaan itu penyebab kemungkaran, malah remaja berjiwa besar ini sentiasa mengamalkan hidup bersyariat dan berhasrat untuk mentarbiah remaja lain di sekelilingnya. Dia dan rakannya, Umar merupakan pelajar lelaki bersongkok, yang menyebabkan mereka digelar 'Geng Malaikat' oleh Geng Alif Ba Ta.
Siapa Alif Ba dan Ta? Alif Ba Ta bukanlah huruf jawi yang kita semua pelajari. Alif Ba Ta ialah nama sebuah kumpulan budak nakal yang dianggotai oleh Alif, Badrul dan Taufiq, maka singkatan nama mereka, Alif Ba Ta. Alif, ketua kumpulan ini merupakan atlit bermasalah dan suka mencari masalah. Badrul, seorang lelaki kacak yang berjaya mengetuai pasukan bola sepak sekolah berbekalkan undian pelajar perempuan yang amat meminatinya. Popularnya lelaki ini, hendak minum pun tiga botol sekali disua ke mulutnya! Siapa yang menyua botol itu jika tidak pelajar perempuan yang meminatinya. Taufiq pula pelajar pintar yang menjadi saingan Idris dalam pelajaran meskipun selalu ditewaskan oleh Idris. Mereka ini sangat memusuhi Idris, malah mencemuh pelajar baru bernama Lukman kerana menyertai Idris dan Umar.
Idris, walaubagaimanapun, tidak membenci atau membalas perbuatan mereka. Seperti biasa, apabila ditanya, maka jawabnya, "Mereka hanya perlukan masa untuk ditarbiah,". Persoalannya, bagaimanakah pula Idris mahu mengotakan kata-kata serta hasratnya ingin mengubah Geng Alif Ba Ta ke arah kebaikan?
Mari lihat jawapannya dalam buku Idris dan Alif Ba Ta. Boleh didapati di pasaran pada harga yang berpatutan iaitu RM13. Buku ini terbitan syarikat Mustread Sdn. Bhd. Bagi yang tinggal di Kulim, Kedah, boleh dapatkannya di Kedai Buku Harfa.
Bukan sekadar perbalahan Geng Malaikat dan Geng Alif Ba Ta...
Buku ini, merupakan sebuah kisah merangkap jawapan pelbagai soalan di benak remaja...
nmpk menarik..insya-Allah sy akan bca.
ReplyDeletetu buku baru ke akak ? eee , nak baca ! mcm best je ..
ReplyDelete@Nur Najihah
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongannya. ^^
@Ana ♥ Jonghyun
ReplyDeleteTerima kasih Ana. Kak Nurina hargai. ^^
Tahniah atas kelahiran novel ke 2.
ReplyDeleteSemoga adik berjaya dalam bidang penulisan ni.
:)
kenapa tak terbitkan novel ni dkt Galeri Ilmu?
ReplyDeletesalam kak nurina. saya dah baca novel ni. banyak sungguh manfaatnya. suka dgn watak idris. :)
ReplyDelete@Nurul 'Atiya
ReplyDeleteTerima kasih, insyaAllah. Saya terbitkan bersama Must Read sekadar untuk mencari pengalaman baru. ^^
@Iman Kyuhee
ReplyDeleteWaalaikumussalam, terima kasih kerana sokongan dan membaca. ^^