Sunday, 5 June 2011

Aina Zalia Part 9

Zalia memutuskan untuk menemui Anastasya dahulu kerana lebih dekat. Kelihatannya wanita itu sedang duduk di meja makan dengan muka menyinga.
“Why are you so late? Hurry up! Cook for me!”
Zalia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Nak masak apa ni? Barang dapur aku lupa pula nak beli. Aha, goreng ikan dahlah. Alang-alang ada dekat luar peti sejuk dah.
Anastasya memerhatikan gelagat Zalia sambil mengetuk-ngetuk meja, sengaja membuatkan gadis itu bertambah panik. Zalia menyiang ikan dan menggoreng seperti biasa. Namun, aktivitinya terganggu dengan teriakan Drizella dari bilik.
“Kejap ye akak,” Zalia meminta izin untuk menjenguk Drizella. Apa pula yang dia nak? Sampai sahaja di bilik, Drizella mencampakkan sehelai gaun berwarna putih pada tubuh Zalia.
“Iron it faster!” Drizella membentak. Zalia memerhatikan gaun tersebut lantas beristighfar panjang. Astaghfirullahal’azim.
“Kak Ella, erm, tak ada ke gaun yang lebih tertutup sikit? Yang ni macam tak sesuai aje, terdedah sana, terdedah sini. Faktor yang menyumbang kepada gejala rogol sekarang ni sebab benda-benda macam ni la. Dalam islam…”
“Shut up! Who are you to talk about islam? Ustazah? Entah-entah kat luar berkawan dengan jantan mana-mana, balik rumah tunjuk alim. Hey, get lose!” Drizella menolak kuat tubuh kecil Zalia sehingga keluar dari bilik.
Bumm. Pintu bilik ditutup kuat. Zalia yang terjatuh bangun kembali. “And don’t forget to iron my dress!” Teriakan dari dalam. Zalia menunduk lesu. Hatinya seolah dicarik-carik setelah difitnah sedemikian rupa oleh kakaknya sendiri. Terlalu perit. Parah. Kakinya melangkah longlai ke bilik menggosok pakaian.
Perlahan-lahan gaun putih itu digosok. Dia tidak mahu merosakkan pakaian kakaknya. Dan tiba-tiba namanya dipanggil dari dapur. Alamak, ikan goreng aku!
Segera gadis itu berlari ke arah dapur. Ikan gorengnya telah hangus. Zalia memadam api dan mencapai pinggan berhampiran. Akibat terlalu panik, entah bagaimana pinggan yang dipegangnya boleh terlepas dari genggaman.
Praannngggg! Anastasya terkejut. Hampir sahaja tercabut jantungnya. This kid is really making me angry!
“Hey, what are you doing?” Tubuhnya didekatkan kepada Zalia yang sedang mengutip kaca-kaca yang terhempas di atas lantai. Kakinya hampir bersentuhan dengan hidung Zalia. Dan tanpa diduga, Anastasya memijak tangan Zalia yang sedang mengutip kaca dengan kuat.
“Auccchhhhhh!” Zalia menjerit namun sia-sia sahaja. Anastasya tak peduli. Wanita itu kemudiannya memerhatikan ikan yang telah hangus di dalam kuali. Apa lagi, hatinya membara ibarat disambar api melihatkan makanan tengah harinya hitam legam. Dia menarik lengan Zalia ke arah kuali.
“You see what you have done?”
“Maaf Kak Tasya, Zalia tak sengaja. Tadi Kak Ella…” belum sempat Zalia yang sedang menangis itu menghabiskan kata-katanya, Anastasya mencelup tangannya ke dalam minyak yang panas itu.
“Allah!” Zalia menjerit sekuat hatinya. Air matanya tidak boleh dibilang lagi berapa yang telah menitis. Tangannya terasa perit sekali. Segera ditarik keluar.
“Allah? And you think your God can help you in this situation?” Anastasya menyindir Zalia yang sedang dilanda kesakitan.
“Allah itu Maha Kuasa, kak. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dia mesti nak tunjukkan sesuatu pada Zalia dalam situasi ni…” dalam teresak-esak gadis itu bersuara. Dia lemah, dan akhirnya terduduk longlai.
“Zalia…..!” Drizella pula muncul di dapur dengan muka godzilla sambil membawa gaun putihnya. Zalia memerhatikan gaun tersebut yang telah terbakar. Astaghfirullahal’azim. Aku lupa tutup suis!
Drizella menghampiri adik tirinya itu dan melayangkan satu penampar pada pipi kirinya. Terasa panas. Zalia mengusap pipinya yang kemerahan. Apa salah aku sampai semuanya jadi begini?
“Go to hell!” Drizella menyumpah.
“Let’s go. This kid is totally useless,” Anastasya mengajak adiknya pergi.
“Don’t forget to buy me a new dress!” Sempat lagi Drizella berpesan sebelum berlalu dari situ.
Zalia terdiam. Dia buntu. Tangannya terasa begitu pedih. Pipinya juga begitu. Dia segera ke biliknya, menyarungkan tudung dan mengambil kunci kereta. Masuk ke dalam kereta, tangan kanannya itu seolah-olah tidak boleh berfungsi lagi. Macam mana aku nak memandu ni Ya Allah? Aku tak nak menyusahkan orang lain bawa aku ke hospital.. erm, macam mana ni?
Zalia memutuskan untuk berjalan sahaja ke klinik terdekat. Kondisinya sudah terlalu parah, tangannya tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Otaknya juga sudah tidak boleh berfikir dengan jelas. Dalam tangis, dia meneruskan juga perjalanan sendirian.



***


“Rex, konco-konco Marcus sedang mengejar kita…” Seorang lelaki botak yang berbadan tegap menghampiri dalam keadaan termengah-mengah. Semua yang mendengar kelihatan resah. Mereka cuma menunggu arahan daripada ketua mereka yang bernama Rex itu.
“Apa maksud kau? Bukan ke hal aku dengan Marcus dah lama selesai?” Lelaki yang berambut panjang itu melepaskan asap rokok daripada mulutnya. Asap itu kemudiannya berkepul-kepul di udara. Rex mengerutkan dahinya.
“Diorang dapat tahu kau yang bunuh abang Marcus tu. Sebab tu Marcus bengang. Sekarang semua tengah buru kita. Marcus bersumpah akan bunuh geng Rex satu-persatu,” Botak meneruskan ceritanya.
“Apa? Macam mana hal ni boleh terjadi? Siapa yang beritahu Marcus tentang ni?” Kali ini lelaki yang dipanggil Rex itu mulai serius. Puntung rokok dipijak-pijak di atas lantai. Wajahnya mulai menyinga.
“Aku percaya ada dalang daripada geng kita sendiri. Pembelot! Sekarang, diorang dah tahu tempat persembunyian kita. Aku cadangkan baik kita blah dari sini dengan segera.”
“Ok, semua… gerak.. gerak.. gerak.. Cari tempat sembunyi yang selamat untuk kita,” Rex memberi arahan. Dia mulai panik. Meskipun anak-anak buahnya ramai, tetapi beberapa konco-konco Marcus pun dah boleh kalahkan mereka dengan senang. Semua yang berada di situ cuma menurut arahan.
Rex memastikan kesemua konco-konconya keluar barulah dia yang terakhir sekali keluar. Walau apa pun kondisinya, dia tetap mengutamakan mereka yang telah dianggap sebagai keluarganya sendiri. Geng Rex bergerak keluar dari gudang yang gelap itu, masing-masing berpecah kepada beberapa bahagian untuk mencari kawasan persembunyian yang lebih baik.
“Woi, Rex, jangan lari…!” Akhirnya seorang daripada geng Marcus berjaya mengesan pergerakan mereka.
“Lari.. semua lari…” Rex menghalau semua konco-konconya. Tetapi, dia sendiri berdiri tercacak di situ. Botak memerhatikan gelagat bosnya itu. Dia merupakan orang kanan Rex merangkap orang yang paling setia dengannya sejak kecil.
“Rex, apesal kau tak lari ha?” Botak menjerit kuat.
“Dia suruh aku jangan lari…” Rex ligat berfikir. Eh, apa kebodohnya aku ni?
Lelaki berbadan sasa dan bertatu harimau di lengannya itu menghampiri Rex sambil mengacukan sepucuk pistol. Hehe. Kalau aku bunuh Rex, sure aku dapat bonus bulan ni, ligat dia berfikir.
Rex buntu. Dup dap dup dap. Oh, aku masih banyak dosa. Tak sempat bertaubat. Beginikah pengakhiran riwayatku?
Das dilepaskan. Rex terpana. Botak berada di hadapannya, menghalang daripada lelaki itu terkena tembakan.
“Bodoh, apa yang kau buat ni? Kau patut biarkan aje aku mati!” Rex memegang tubuh Botak.
“Kau satu-satunya sahabat yang aku ada Rex. Kaulah bos terbaik aku. Lari, Rex… Lari…” Dan Botak menghembuskan nafas terakhirnya. Rex segera membuka langkah seribu. Lelaki bertatu harimau itu tadi memanggil rakan-rakannya yang lain untuk sama-sama mengejar Rex.
Rex berlari dan terus berlari. Botak, suatu hari nanti aku akan balas dendam untuk kau. Kau tunggu aje lah. Aku tak akan pernah maafkan Marcus dan gengnya. Maafkan aku, Botak…
Rex berlari di celahan orang ramai. Dia tidak peduli lagi, asalkan dia selamat. Dan andai hayatnya masih panjang, dia akan menuntut bela untuk Botak. Itu janjinya pada diri sendiri.
Rex menoleh ke belakang. Huh, selamat! Dan tiba-tiba… Dupp! Dia terjatuh. Gadis di hadapannya juga terjatuh.
Huh, ada maraton ke dekat sini, ha? Dahla tangan aku ni sakit lagi. Zalia memerhatikan tangannya yang berdarah-darah.
Aduh, sakit! Aku langgar orang ke langgar tembok ni? Rex memegang bahunya. Dia memandang insan yang telah dilanggarnya itu. Tiba-tiba, jantungnya seolah-olah berhenti berdegup. Seorang bidadari dunia sedang tersungkur di hadapannya. Oh, tidak! Adakah ini jatuh cinta pandang pertama?
“Encik… encik tak apa-apa?” Zalia cuba bangun, melawan kesakitannya. Dalam sakit-sakit, sempat juga dia memikirkan tentang orang lain.
Rex menggeleng sambil bangun. “Tak apa-apa la, aku… saya jatuh sikit aje pun.” Haha. Control macho. “Tak payahlah panggil encik-encik ni. Umur kita kan sebaya aje.”
Zalia mengangguk dan berlalu pergi. Klinik… klinik…! Di manakah kau..?
Rex memerhatikan tangan Zalia yang berdarah. “Eh, saudari…” Eh, tiba-tiba formal semacam pula aku. “Kenapa dengan tangan tu?”
“Melecur,” Zalia tidak menoleh belakang lagi.
“Biar la saya tengok. Saya ambil bidang kedoktoran,” Rex menawarkan bantuan. Dulu la. Sekarang ambil bidang kesamsengan.
Zalia ragu-ragu. Namun dalam keadaan darurat dan kebingungan otaknya itu, dia menujukkan tangannya dari kejauhan. Bagus juga jumpa bakal doktor ni. Moga Allah kurniakan dia untuk membantu.
Rex memerhatikan luka Zalia yang agak parah, kemudiannya mengoyakkan bajunya. Zalia cuma memerhatikan tingkah lelaki itu. Aik, gila dah ke makhluk jalanan ni?
Rex membaluti tangan Zalia dengan ikatan yang kuat bagi menghentikan dahulu pendarahan akibat terkena kaca itu. Selain itu, ikatan yang dilakukan juga dapat mengurangkan sedikit rasa kesakitan pada tangan Zalia.
“Awak nak pergi mana ni?” Lelaki itu bertanya.
“Klinik,” sepatah saja Zalia menjawab.
“Erm, baguslah. Pergi dapatkan rawatan lanjut. Saya dah tolong hentikan pendarahan tu. Sekejap lagi baiklah kot.”
Zalia mengangguk. “Terima kasih sebab tolong. Alhamdulillah. Nama awak siapa?”
Rex menelan liur. Takkan nak bagi nama glamour aku. Sekarang geng Marcus tengah cari aku, aku tak boleh pakai nama Rex lagi.
“Nama saya Aziz,” dan dia tersenyum. Alamak... comelnya mamat ni…

No comments:

Post a Comment