Sebagai penjaga blog Nurina sekarang, saya rasa bertanggungjawab untuk menyajikan pembaca blog ini dengan sedikit bahan bacaan. Memandangkan empunya asal blog ini merupakan seorang penulis dan kandungannya yang sekian lama saya telaah juga banyak memaparkan karya, maka saya cuba untuk 'mewarnai' blog ini seperti beliau dengan sedikit buah tangan.
Maka, dengan rasa ingin mengubat hati para pengunjung blog ini, saya nukilkan Dingin Cerita Luka untuk semua pengunjung. Lebih dahulu saya maklumkan, ini bukan e-novel seperti Aina Zalia. Tetapi insya-Allah, jika ada yang inginkan cerita itu dipanjangkan kelak, saya cuba. Mengikut perancangan, mungkin Dingin Cerita Luka cuma ada tiga hingga empat siri.
Saya mendapat idea menukilkan Dingin Cerita Luka ini daripada sajak http://jeritannurani2.blogspot.com/2011/06/radif-cerita-luka.html. Maaf kerana saya bukannya pandai dalam bab-bab menulis ini, cuma blogger mentah yang belum tahu berkenaan dunia penulisan.
Di sini saya letakkan sinopsis cerita untuk tatapan semua.
Saqirah, gadis yang tampak dingin. Senyumannya tiada, hilang entah ke mana. Semua yang ada memanggilnya 'Gadis Tanpa Perasaan'. Gadis itu mungkin membantu insan lain, tetapi semuanya dilakukan tanpa segaris senyuman mahupun sebaris ayat. Ketika dilanda kesakitan, tangisnya tiada pula kedengaran.
Atif, lelaki yang mengenali Saqirah sekian lama. Gadis itu ditinggalkannya kerana syariat. Namun, tak siapa tahu bahawa dia meninggalkan Saqirah juga kerana enggan air mata gadis itu menitis di pusaranya kelak.
Syaza, Amira, dan Natasya ... mereka pernah diselamatkan Saqirah. Mendengar persepsi orang lain tidak sama dengan mendekati sendiri gadis dingin itu. Ya, mereka pelajar junior yang tidak kenal hati budi Saqirah, tetapi itu bukan alasan yang mengabui pandangan mereka. Biarpun dingin, salju juga sebenarnya bisa mencair suatu masa nanti.
Cerita luka membawa kepada sebuah kedinginan. Dalam kedinginan itu, terselit ikhtiar dan doa mencari Allah. Sejak azali, segalanya telah ditakdirkan, termasuklah ... dingin cerita luka.
http://http://jeritannurani2.blogspot.com/2011/06/di-sebalik-bismillah-dan-insya-allah.html
~pemangku blog Nurina Izzati~
Kemana perginya penulis cilik Nurina Izzati?
ReplyDelete@Jamal Ali nurina izzati menyepi untuk sementara waktu dari aktiviti di alam maya, memandangkan peperiksaan percubaan dan PMR 2011 sudah hampir menjelang. nurina menduduki PMR tahun ini. sama-sama doakan kejayaannya ya. ;)
ReplyDelete