“Kita sering mahukan hari yang cerah, tetapi Tuhan lebih tahu hakikat hujan perlu diturunkan. Kalau kita sayangkan seseorang itu, kita kena ikhlas. Bila dia jatuh, kita hulurkan tangan sama ada dia minta bantuan kita ataupun tidak.”
Ini bukan kisah cinta. Ini bukan kisah komedi. Ini kisah perjalanan seorang muslimah menuju ke arah redha-Nya.
Aina Zalia, seorang gadis yang berperangai gila-gila dan peramah. Dia cuba menjadi muslimah yang sejati dan mengejar erti cinta yang hakiki daripada Sang Pencipta. Ketika saudaranya memerlukan bantuan tarbiah dan dakwah, dia sedia menghulurkan. Namun, bukan semua orang mampu menerima dakwah yang disampaikan. Mampukah untuk dia terus bertahan dengan pelbagai penyeksaan?
Daniel, lelaki misteri yang sering dipersoalkan identitinya di hati Aina Zalia. Hakikatnya, lelaki itulah yang sering membantu menguatkan semangat spiritual Zalia. Tatkala insan-insan terdekat hidup dalam keadaan yang jauh terpesong, dia kekal berpegang pada jalan yang satu. Dia perlukan Zalia untuk membantunya dan gadis itu juga begitu. Namun mereka mengerti, pergantungan yang sebenar hanya pada Ilahi.
Faiq Zakwan, dia mendamba secebis kasih daripada seorang gadis yang secara tidak sengaja termasuk ke dalam kehidupannya. Peristiwa yang mengundang kepada pertemuan pertama mereka begitu sukar dilenyapkan daripada ingatan. Dia tahu mungkin perasaannya itu bodoh, mengharapkan kepada sesuatu yang tidak pasti. Tetapi lelaki itu sering berharap agar kasihnya akan terbalas jua.
Ayuni, setia menemani sahabatnya tidak kira masa. Dia dan Zalia ibarat dua hati satu jiwa. Dia cuba menjadi seorang sahabat yang baik dan sentiasa ada di saat sahabatnya memerlukan. Dia mendahagakan kasih sayang keluarga dan berharap agar tidak terus terseksa dalam kondisi itu.
Anastasya dan Drizella, dua saudara yang sangat tidak menyukai Zalia. Mereka hanyut dalam kejahilan umat dan budaya barat. Mereka cuma hamba Allah yang perlukan ketukan dakwah daripada seseorang yang kental dan bisa mengatasi keegoan mereka. Mampukah kedua-duanya menemukan tangan yang akan menarik mereka?
Mampukah Aina Zalia membantu saudara-saudaranya mengikuti jejak mencari redha Ilahi? Siapakah identiti sebenar Daniel yang muncul secara tiba-tiba? Dan mampukah Faiq Zakwan melawan perasaan kasih yang mengganggu-gugat kehidupannya itu?
interesting....
ReplyDeleteSangat menarik jalan cerita ini! teruja untuk mengikuti. Terima kasih, adik comel!
ReplyDeletemenarik!
ReplyDeleteassalamualakum...nmpk mcm best jer cter ni,,
ReplyDelete