“Zalia, petang nanti adik-beradik Zalia nak datang rumah. Mereka dah sampai di Malaysia,” Mak Cik Zainab memberitahu anaknya yang sedang menggoreng telur di dapur.
“Zalia tahu.” Gadis itu mengeluh kecil. Bukannya dia tidak suka adik-beradik tirinya itu tinggal di rumahnya, cuma perhubungan mereka tidak berapa baik. Mak Cik Zainab memerhatikan anaknya. Ketika dia berkahwin dengan suaminya, dia tidak mengetahui bahawa suaminya telah pun berkahwin dengan seorang wanita Australia dan mempunyai anak-anak. Kadang-kadang, bila ayah Zalia pulang ke Malaysia, dia akan membawa anak-anaknya sekali. Isteri pertamanya tidak pernah datang ke Malaysia dan bermastautin di Australia.
“Ayah balik tak mak?” Pertanyaan Zalia membunuh lamunannya. Mak Cik Zainab menggeleng.
Orang tua tu lagi suka tinggal di Australia dengan aunty kau. Hampeh betul. Orang di sini sesedap hatinya saja dilupakan. Hah… Cemburu betul aku.
Zalia mengambil beberapa keeping roti untuk dimakan bersama telur lantas meminta diri untuk ke biliknya. Telefon bimbitnya segera dicapai. Satu nama dicari dalam senarai kenalan. Punat hijau ditekan.
~ You’re way too beautiful girl
Thats why it’ll never work
You’ll have me suicidal, suicidal
When you say its over ~
Ayuni meletakkan novel Lovin’ You karya Haruno Hana yang sedang dibacanya. Nama Zalia tertera pada skrin telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam warahmatullah, ya habibi (wahai kekasihku) ! Apa mimpi telefon aku ni?” Ayuni tersenyum.
“La, tak boleh ke? Petang nanti adik-beradik aku nak balik”
“Wow, serius?” Ayuni terus duduk daripada berbaring. Dua step sisters yang perasan bagus dan hebat tu akan datang ke rumah Zalia? Bala apa yang akan datang ni?
“Betullah. Mereka pulang bercuti rasanya. Yang kau ni terkejut macam nak jumpa hantu ni kenapa?” Dia pula yang lebih-lebih dari aku.
Ayuni tergelak kecil di hujung talian. “Memang nak jumpa hantu pun. Aku ingat lagi waktu kali terakhir jumpa Kak Tasya tu. Masa dia balik sorang-sorang dengan ayah kau. Buat macam bos besar aje kat rumah kau. Sampai aku dia kata orang gaji? Menyampah aku. Perasan bagus!”
“Yuni, kau ni tak baiklah cakap macam tu. Seburuk mana pun kakak-kakak aku tu, mereka tetap darah daging aku juga. Saudara aku. Aku kena tetap hormatkan mereka.”
“Eh, diorang pandai tak cakap melayu? Atau masih cakap omputih lagi?”
“Aku pun tak tahu la. Lama aku tak jumpa semuanya. Mungkin mereka dah berubah, siapa tahu?”
“Mungkin. Eh, abang ngah aku panggil la pula. Aku gerak dulu ya?”
“Erm. Ok, assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam warahmatullah.”
Sibuk betullah makhluk bertopi keledar tu. Aku nak sembang dengan kawan aku pun tak boleh. Tidak lama kemudian gadis itu tertidur. Penat menggoreng telur.
“Zalia!”
Zalia terjaga. Terkejut dengan panggilan ibunya. Baru aje aku nak mimpi best!
Zalia segera turun mendapatkan ibunya. Kelihatan dua orang wanita muncul di muka pintu. Zalia menyambut mereka dengan senyuman mesra. Seorang bernama Anastasya dan seorang lagi bernama Drizella. Entah apa-apa mak tiri aku tu bagi nama. Letak la nama Siti Nurhaliza ke, Erra Fazira ke…
“Kak Tasya, Kak Ella, masuklah. Mesti penat,” Zalia menarik tangan Anastasya untuk bersalaman, tetapi tangannya direntap.
“Oh my God, please, get off your hands! It’s disgusting,” Anastasya buat muka meloyakan. Zalia cuba menyalami Drizella tetapi tangannya tidak disambut. Apa, hina sangat ke aku ni ha?
“Zalia, take these to our rooms!” Drizella menunjukkan bagasi besar mereka di muka pintu dengan muka berlagak. Zalia tercengang. Apa, ingat aku ni orang gaji ke? Sabar aje lah Zalia. Kalau mereka bukan kakak aku, dah lama aku cincang-cincang lepas tu goreng dalam minyak yang panas.
Anastasya dan Drizella menuju ke bilik masing-masing tanpa mempedulikan Mak Cik Zainab dan Zalia di muka pintu. Berlagak macam nyonya besar. Zalia memandang ke luar rumah. Erm, dia mana ya?
Beg dibawa masuk ke bilik. “Kak Tasya, Kak Ella, enjoy your holidays.” Belum sempat Zalia keluar dari bilik kedua-dua kakak tiri yang perasan bagus itu sudah bising.
“Zalia, it’s really hot here. Where’s the air conditioner? ” Drizella mengibas-ngibas wajahnya dengan majalah.
“Yes, and where’s the bath tub? How did you expect us to clean ourselves? And where’s our drinks? Don’t you know how to serve guests? Awh, so stupid!” Anastasya menambah kata-kata adiknya.
“Kak Ella, Kak Tasya, untuk pengetahuan kalian, rumah ni memang tak ada pendingin hawa. Dan dalam rumah ni cuma ada shower aje. Kalau nak juga, boleh tinggal di hotel. Kat situ, semuanya ada. Nak mandi bath tub ke, bath room ke, swimming pool pun boleh!” Zalia menggeleng dan keluar untuk mengambil minuman.
Anastasya dan Drizella saling berpandangan sesama mereka. Dan jelas, riak tidak puas hati dipaparkan. Kening Drizella hampir bercantum menahan marah. “You look what that kid did to us? How rude is her! She’s lighting the matchstick!”
“Don’t worry dear. Everything’s going to be alright.” Anastasya gelak jahat persis karakter Plankton dalam kartun Spongebob Squarepants. Konon cantik la tu.
Beberapa minit kemudian, Zalia kembali membawa dua gelas jus oren buat kakak-kakaknya. Anastasya dan Drizella masing-masing mengambil gelas minuman tersebut. Anastasya meneguk jus oren itu, kemudian mengeluarkannya kembali sehingga terkena wajah Zalia. Zalia mengesat wajahnya.
“What in the hell is this?! Are you trying to kill us?” Anastasya mulai menyinga.
Dah sudah. Drama dimulakan. Apa lagi yang tak kena ni? Zalia, be strong! “Apa masalahnya, Kak Tasya?”
“It’s too sour. Get me another drink!”
“La iya ke? Janganlah marah-marah kak, nanti tak comel dah.”
“You and your ‘sweet’ words. Get lose!” Drizella menyimbah minumannya pada wajah Zalia. Ya Allah, aku ni nampak gaya macam orang belum mandi ke sampai nak simbah-simbah ni? Eh, betullah! Aku belum mandi rupanya. Hehe.
Zalia mengambil minuman pada tangan Anastasya dan meminumnya. “Nah, cuba Kak Tasya rasa. Dah manis,” dia menghulurkan gelas itu kembali. Anastasya dan Drizella tercengang dengan kelakuan adik tiri mereka itu.
“You expect me to drink that?” Anastasya buat muka jijik.
“Ya lah. Air ni kan masam, lepas Zalia minum, mesti dah manis kan? Tadi Kak Ella kata Zalia manis…” Selamba aje aku buat loyar buruk di sini.
Muka Anastasya dan Drizella merah padam. “Get Lose!” Kedua-duanya membentak kuat. Alamak, dah marah dah. Baik aku cabut!
Bersambung...
No comments:
Post a Comment